‘Sabar Sikit Je Kay, Anje Dah Nak Habis Pantang’ Mawar Rashid Tulis Kapsyen Ini Kepada Suami, Tapi Lain Pula Yang Netizen Perasan

Belum habis pantang, Mawar Rashid dah rindu nak ‘jalan2’ bersama suami. Kelahiran anak pertama pasangan Mawar Rashid dan Raff Yaakob sememangnya memberi sinar dan kebahagiaan buat pasangan romantik ini. Mawar yang sering berkongsi foto danak pertamanya, Raden Rafael Raff telah menarik perhatian peminat yang memuji kecomelan anaknya.

Mawar nampak enjoy berpantang!

Walaupun belum habis berpantang, Mawar Rashid telah meluahkan perasaan rindu terhadap suaminya. Mawar memberitahu bahawa dia merindui kenangan dan aktiviti yang kerap dilakukan bersama sebelum dikurniakan cahaya mata.

“Tadi Mawar kata “dah lama tak selfie dengan Abang” Pastu Raf jawab “Alaa, shian dia. Bukan nye selfie je, dah lama kita tak buat banyak benda berdua, macam dinner sama2, movie sama2.”

Sabar sikit je kay, Anje dah nak habis pantang!

“Tapi kalau kita keluar dinner berdua mesti kita rasa macam first time dinner sekali kan? Like our first date hehe. Sabar sikit je kay, Anje dah nak abis pantang da” 😳 Love you Husband, you’re my number one.”

Lepas pantang nanti, boleh dating selalu!

Selepas memuat naik kapsyen dan foto tersebut, peminat meninggalkan komen memuji sifat romantik Mawar dan suami. Mereka juga mendoakan semoga Mawar dapat berpantang dengan baik. Melihatkan rupa Mawar yang polos tanpa sebarang solekan, membuatkan ramai memuji kecantikan Mawar.

Ha rupanya ramai juga yang perasan apa yang admin nampak. Sekali pandang, memang cantik Mawar Sekarang, tak pakai make up pun dah cantik. Tak payah solekan pun. Memang keturunan cantik yang asli sungguh. apala rahsia kecantikan Mawar ni ye..

Pantang pun cantik, stress lah macam ni!

Loving couple sangat!

Bestnya dalam pantang boleh peluk suami!

Sumber : Mawar Rashid

Artikel Berkaitan ‘Raden Muhammad Rafael nama ‘baby boy’ Mawar Rashid’

PELAKON Mawar Rashid mendedahkan nama anaknya yang baru dilahirkan pada malam Rabu lalu. Mawar dan suaminya Raf Yaakob telah memilih Raden Muhammad Rafael sebagai nama anak mereka itu.

Perkara itu dikongsi Mawar menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum. “Assalamualaikum dan Salam Jumaat, MawaRaf nak kekalkan baby kami kepada semua.

 

“It’s a healthy 3.4 kg baby boy, we named him Raden Muhammad Rafael,” tulisnya sebagai kapsyen. Di ruangan komen pula, rata-rata pengikut Mawar mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat bayi mereka itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂

 

Sumber astroawani / cokelatputih/ theexpressviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *