“Saya Bagi Pihak Rakyat Malaysia Merestuinya” Remy & Mira Diminta Tidak Lengah2 Lagi

Acap kali Mira Filzah dan Remy Ishak digosipkan bersama gara-gara peminat melihat keserasian kedua pelakon ini menerusi drama-drama lakonan mereka.

Namun siapa menyangka, foto terbaru yang dimuat naik oleh Remy dilaman Instagram membuatkan ramai yang ‘merestui’ mereka. Mana taknya, peminat ingin melihat mereka juga menjadi pasangan reality sepertimana dalam drama lakonan mereka.

Sama padan.. Malah ada juga yang meminta agar kedua pelakon ini tidak melengah-lengahkan lagi untuk menjadi halal. Bagaimanapun, foto dimuat naik oleh Remy ini meraih lebih 100 ribu tanda suka daripada peminat.

Namun, menerusi laman Instagram milik Mira foto tersebut merupakan kerjasama mereka berdua yang mana pada kali ini untuk commercial.

Sumber: Remy Ishak, Mira Filzah via MH.

Artikel berkaitan ‘Bukan salah Ezza, saya yang belum sedia’

KUALA LUMPUR: Aktor Remy Ishak mengesahkan ikatan pertunangan dengan Ezza Yusof yang terjalin selama dua tahun, putus, kira-kira sebulan lalu.

Mengaku timbul krisis, Remy, 36, bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya wujud orang ketiga dalam hubungan mereka. “Benar (sudah putus tunang)… Tidak adil untuk terus tangguh perkahwinan kerana belum ada hala tuju hubungan ini. Bukan salah Ezza, dia insan baik. Sebaliknya, isu timbul daripada konflik dalaman saya.

“Tempoh pertunangan dua tahun membuatkan saya sedar diri ini belum bersedia untuk menjadi suami. Masih banyak yang perlu diperbaiki sebelum memegang peranan sebagai ketua keluarga.

“Saya harus memikirkan mengenai Ezza kerana hubungan ini bukan membabitkan saya saja. Tempoh bertenang diperlukan untuk memperbaiki diri dan sebagainya, cuma kedua-dua belah keluarga sudah dimaklumkan,” katanya kepada BH Online

Remy bagaimanapun tidak menolak jodoh jika ditakdirkan hubungan dengan Ezza kembali bertaut. Ditanya lebih lanjut mengenai hubungan yang sudah berakhir, Remy enggan membuka mulut terutama mengenai urusan pemulangan cincin pertunangan. Remy menegaskan, ia terlalu peribadi untuk dikongsi bersama umum.

“Banyak hati yang perlu dijaga… Saya memilih untuk tidak mengeruhkan keadaan. Saya tidak mahu mengguriskan hati mana-mana pihak dengan kenyataan yang diberi.

“Biarpun tiada jodoh untuk berkongsi hidup bersama, kami masih bekerjasama menjalankan perniagaan bersama. Biarlah masa yang menentukan segala-galanya,” katanya.

Remy yang mencipta nama menerusi drama rantaian Pujaan Hati Kanda itu mengikat tali pertunangan bersama Ezza pada Mei 2017. Status Remy dan Ezza mencetuskan tanda tanya sejak tahun lalu.

Namun, tindakan Remy berkongsi video secara langsung yang mendedahkan dirinya solo di Instagram, baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan spekulasi itu.

Remy ditemui di majlis pelantikan dirinya sebagai duta minuman Origina di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sumber : bharian via mediaohsem

Leave a Reply