‘Saya Sangat Malu & Sedih’ – Anak Makan Sisa Dari Tong Sampah, Ibu Luah Rasa Pilu

Diceraikan suami tiga bulan lalu, mualaf dan juga ibu kepada empat orang anak ini tidak dapat menahan sedih apabila dimaklumkan anak makan sisa makanan dari tong sampah.

Menerusi laporan Harian Metro, Mardinah Dabe Martin tidak boleh bekerja kerana terpaksa menjaga 2 lagi anak yang menghidap penyakit hiperaktif.

Saya malu dan sedih

Dia yang ditemui di rumah sewa Perumahan Taman Rakyat Jaya, Dungun berkata tidak mempunyai duit untuk perbelanjaan anak-anak ke sekolah.

Saya sangat malu dan sedih selepas dimaklumkan anak makan sisa makanan dari tong sampah di sekolah.

Perasaan saya ketika itu bercampur baur. Ibu mana yang tidak sedih dan sebak apabila melihat keadaan anak selain rasa malu kerana tidak dapat menyediakan keperluan mereka secukupnya sehingga mereka bertindak sedemikian.

Tambahnya lagi, dua anaknya, Nur Farah Insyirah dan Muhammad Farish Irsyad mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sejak Januari tahun ini namun bertindak sedemikian mungkin kerana terlalu lapar.

Saya sayang agama Islam

=

Tambah menyedihkan apabila dia tidak mampu bekerja kerana terpaksa menjaga dua lagi anak yang hiperaktif.

Hanya mereka yang mempunyai anak seperti saya faham betapa sukarnya menjaga mereka.

Diceraikan suami tiga bulan lalu, wanita yang berasal dari Ranau Sabah ini mengaku memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengan suami kira-kira 14 tahun lalu.

Bagaimanapun, bekas suami bawa kami pulang ke kampungnya di sini awal tahun lalu dan kehidupan saya serta empat anak berubah selepas kami berpisah.

Saya dipujuk ibu dan rakan-rakan supaya pulang ke kampung namun saya tidak mahu kembali ke agama asal saya kerana saya sayang pada agama Islam.

Sebelum ini, saya malu nak keluar rumah kerana tidak mahu jiran tahu kesusahan hidup namun mereka banyak membantu sejak mengetahui kisah kami.

Saya tidak mempunyai kenderaan dan tidak pandai memandu, mujurlah ada jiran yang sudi membantu menghantar dan mengambil dua anak yang bersekolah.

Setiap hari saya menangis

Disebabkan kesempitan hidup juga, mereka sekeluarga terpaksa mencatu makanan selain memberitahu tidak dapat belajar ilmu agama di pusat pembelajaran yang disediakan agensi kerajaan.

Saya hanya mempelajari ilmu agama hanya melalui YouTube dan buku-buku rujukan.

Setiap hari, saya menangis mengenangkan kesusahan hidup yang dihadapi namun pelbagai pihak termasuk jiran, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan agensi kerajaan iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) datang membantu sejak kisah kami tersebar.

Saya berterima kasih kepada semua yang membantu dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik anda semua.

Selepas kisah ini viral, beberapa agensi NGO seperti Kelab Motosikal Freedom Rider, Pertubuhan Karyawan Terengganu dan Kelab Triton Kemaman tampil menghulurkan bantuan. Pengerusi Kelab Motosikal Freedom Rider, Mohd Sabri Talib berkata,

Hasil gabungan tiga persatuan ini, kami dapat menyumbang pelbagai barangan seperti peti ais, mesin basuh, rak buku, tilam, bantal, selimut, meja belajar, barangan makanan dan sebagainya.

Saya sedih melihat kekurangan merekadan hari ini Mardinah serta empat anaknya kelihatan sangat gembira selepas menerima pelbagai barangan dan keperluan yang disumbangkan semua pihak.

Mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB Bank 7049534798.

Sumber : Harian MetrO

Sumber:ohbulan

Leave a Reply