Saya tertekan dituduh svndal! – Thalia (Mentor 4) buka tudung selepas empat tahun berhijab

Setelah empat tahun berhijab, bintang realiti program Mentor musim keempat (Mentor 4), Thalia Rasul, 31, hari ini mengumumkan bahawa dia sudah kembali tidak bertudung bermula hari ini.

Thalia atau Ketty Natalia Rasul Khan ketika dihubungi berkata, sebelum tekad membuat keputusan drastik tersebut, dia telah memberitahu hal itu kepada ahli keluarganya.

“Sebenarnya banyak tekanan yang saya hadapi. Disebabkan dua kali mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini, saya dilabel dengan bermacam-macam gelaran.

“Saya pernah dituduh sundal dan ramai menganggap saya adalah punca berlakunya keruntuhan rumah tangga,” akuinya.

Thalia mula mengenakan hijab pada 2015 atas kerelaannya sendiri dan hari ini, juga secara rela hati, bekas pramugari itu mengaku untuk kembali kepada imej terdahulu.

Thalia memuat naik gambarnya yang tidak bertudung dalam media sosial miliknya.

Akibat tekanan yang dihadapi, Thalia cuba elakkan diri untuk bersendirian dan sering meluangkan masa bersama anak tunggalnya hasil perkahwinan pertama.

“Sekarang kalau saya sendirian, banyak perkara bermain di benak fikiran sampaikan rasa macam nak bvnuh diri kerana menanggung sengsara,” jelasnya. –

Sumber: MHE TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *