Selain Elyana, 5 Selebriti Ini Berjuang Melawan Penyakit Kans3r Dan Ada Yang Agak Serius

Selain kanser, banyak lagi penyakit yang tidak diduga boleh menyerang manusia bila-bila masa sahaja. Ada beberapa penyakit yang masih belum ada ubatnya, malah perubatan bagi sesetangah penyakit pun cukup sulit dan memerlukan waktu yang lama.

Seperti mimpi buruk, serangan penyakit yang tidak diduga juga terjadi pada artis di Malaysia. Ada yang menemui ajal dengan penyakit tersebut, namun ada juga yang berhasil berjuang mendapat kesembuhan. Senarai yang dibuat oleh Hangat.com ini dari berbagai sumber, berikut 5 artis yang berjuang melawan penyakit tanpa menyerah yang sangat memberi inspirasi pada kita semua.

Nazim Othman

Pada tahun 2015, Nazim Othman menghidapi penyakit di bahagian otak selepas beliau memuat naik foto imbasan magnetik (MRI) di akaun Instagram miliknya. Ada yang mengatakan beliau menghidapi kanser otak dan sebagainya.

Pembedahan yang telah dilakukan ke atas Nazim mempunyai beberapa risiko besar, antaranya beliau boleh kehilangan deria rasa, kerana ia melibatkan bahagian otak yang agak sulit. Ketumbuhan pada otaknya terletak di antara bahagian mata kanan dan di atas hidung kanannya.

Kini Nazim dapat menjalani kehidupan seperti biasa namun dia bertambah kuat, dan jadikan kesakitan yang lepas lebih dekat dengan pencipta.

Shah Iskandar

Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar Mahfuz pernah mengalami penyusutan drastik berat badannya disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru yang dialaminya. Lantaran dari sakit itu, dia diarahkan untuk dikuarantin selama tujuh hari.

Kini Shah Iskandar bertambah sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa. Malah dia mula aktif dalam bidang lakonan dalam drama bersiri Dendam Aurora bersama pelakon hebat seperti Nabila Huda, Ungku Ismail dan Anzalna Nasir.

Ras Adiba Radzi

Pada tahun 2002, penyampai berita Ras Adiba Radzi jatuh apabila mahu mengambil barang di dalam almari yang tinggi. Ketika jatuh, dia sangkakan cuma terseliuh biasa. Lantas dia dibawa ke hospital dan ketika bangun dari katil mahu ke tandas, terjatuh lagi. Kakinya mula tidak terasa dan sukar untuk mengatur langkah.

Dari kejadiaan itu dia bergelar OKU, satu setengah tahun dia berputus asa. Sepanjang tempoh itu jugalah kawan-kawan semua menghilangkan diri. Namun dia tetapkan dalam pemikiran dan bersangka baik dengan mereka.

Kini beliau bergelar penyampai berita sambilan di saluran NTV7 (Edisi 7 dan 7 Edition). Dia juga aktif dalam sukan menembak (atlet skuad Paralimpik). Dalam masa sama saya menguruskan syarikat produksi sendiri yang memfokuskan dalam skop hal ehwal semasa.

Ifa Raziah

Penyanyi dangdut ini juga turut mengalami saat-saat sukar di serang penyakit. Ifa Raziah tidak menyangka sakit perut yang dialaminya pada awal rupa-rupanya menghidap empat penyakit bahagian dalaman selepas menjalani pemeriksaan hospital.

Ifa mengalami masalah bengkak hati, hiatus hernia di bahagian usus besar, refluks asid dan ketumbuhan fibroid dalam rahim sebesar tiga sentimeter. Ifa menjalani pembedahan selama tujuh jam dan kini dia semakin pulih serta semakin aktif dalam dunia hiburan.

Amin Hayat

Jejaka berpesonaliti menarik kelahiran Johor Bahru, Amin Hayat pernah melalui saat getir berdepan masalah keguguran rambut yang kronik atau dikenali sebagai alopesia. Amin mengejutkan penonton berita di saluran TV9 selepas tampil dengan imej tanpa rambut atau botak ketika bersiaran. Alopesia menyebabkan keguguran rambut di bahagian belakang kepala secara bertompok-tompok dan dia memutuskan membotakkan kepala supaya kelihatan kemas.

Oleh kerana fesyen dan imej seseorang pembaca berita tidak boleh keterlaluan, Amin melalui saat-saat hampir berputus-asa untuk meneruskan kerjayanya. Ternyata keputusannya membotakkan kepala mendapat inspirasi dari kisah mendiang Julia Perez atau Jupe yang meninggal dunia kerana kanser.

Amin menjadikan Jupe sebagai idola pembakar semangatnya di mana ketika itu dia sedih kerana kondisi yang agak serius. Masih tidak berputus asa meneruskan rawatan masalah berkenaan, Amin turut terpanggil menyuntik kesedaran kepada orang ramai tentang alopesia. Menerusi Intagram akaun miliknya (Amin tv9) bakal membicarakan pengalaman dan rawatan penyakit ini melalui satu program tidak lama lagi.

Erneelya Elyana Emrizal-Ada Kanser Tahap 4

Penyanyi Elyana mengakui menghidap penyakit kanser tahap 4. Kenyataan tersebut dilafazkan Elyana sewaktu membuat ucapan penyingkirannya dalam program Gegar Vaganza 4 (GV4) malam tadi.

“Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi. Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar”

“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” jelasnya kepada BH Online.

Selain mengakui fobia untuk tidur pada sebelah malam kerana takut tidak dapat berjumpa dengan anaknya lagi, Elyana dalam masa yang sama turut mengingatkan perkara tersebut kepada anak perempuannya.

SETAHUN UNTUK HIDUP?

Pernah diberitahu oleh doktor bahawa dia hanya mempunyai masa setahun untuk hidup kerana menghidap kanser, perkara itu bagaimanapun tidak membuatkan Elyana terus murung sebaliknya menjadikan penyanyi ini lebih kental.

ELYANA SOMBONG?

Selain itu, Elyana turut menjelaskan bahawa dia mengetahui ada pihak yang menyatakan bahawa dia sombong kerana menolak untuk melakukan persembahan.

“Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur. Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup”

“Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini,” kongsinya lagi. Sama-sama doakan yang terbaik buat Elyana.

KANSER TAHAP 4

Dua hari lalu, penyanyi Elyana ada memuatnaik sekeping gambar menunjukkan kotak set lengkap pengurusan jenazah yang mengundang banyak spekulasi tentang motif sebenar penyanyi itu bertindak demikian.

Dan ketika memberi ucapan di pentas Gegar Vaganza 4 (GV4) malam tadi di mana beliau tersingkir dari persaingan, Elyana mendedahkan yang dirinya kini sedang menghidap kanser yang sudah berada di Tahap 4.

Tidak dapat dipastikan kanser apa yang dihidapi Elyana ktika ini.

Dalam ucapan beliau, Elyana turut meminta individu lain yang mempunyai penyakit sama agar terus kuat menempuh ujian itu. Kami pun mendoakan yang Elyana turut tabah menghadapi ujian ini bersama keluarga tercinta.

Sumber: ROTIKAYA

Malah Elyana turut memberi nasihat kepada pesakit kanser lain agar terus kuat menempuh ujian yang sedang mereka lalui.

Bertahan selama lima minggu di program berkenaan, Elyana menyampaikan lagu Sepi , dendangan asal penyanyi Yuni Shara.

Persembahannya mendapat markah paling rendah daripada juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk M. Nasir selaku juri jemputan.

Barisan peserta yang masih meneruskan perjuangan untuk minggu seterusnya ialah Aishah, Liza Hanim, Hazami, Tia Jinbara, Firman, Aqasha, Elyana, Syura dan Lan Solo.

Apa Itu Kanser Limfoma (Lymphoma)

Separuh daripada kejadian kanser darah adalah kanser limfoma atau kanser limfa. Limfa adalah sistem berangkai yang terdiri daripada nod limfa di leher, bawah ketiak, celah peha, dada dan perut, sistem limfa bertindak mengeluarkan cecair berlebihan dari badan dan juga membina sistem imun badan.

Sel darah putih yang abnormal (sel kanser) akan membelah dan berkumpul dalam nod limfa, lama kelamaan kumpulan sel kanser ini akan menganggu sistem pertahanan tubuh.

Kanser limfoma bermula daripada sel darah putih yang dipanggil lymphocytes. Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.

Ia bergerak dan mengalir dalam jaringan sistem limfa yang tersendiri dari satu bahagian nod limfa ke nod yang lain. Lymphocytes mampu bergerak ke dalam sistem peredaran darah dan tisu sel badan untuk bertindak balas dengan serangan bakteria dan virus.

Kanser limfoma (lymphoma) terbentuk apabila sel Lymphocytes membiak dan membahagi dalam kadar yang tidak terkawal sehingga membesar dan membentuk tumor.

Tumor ini akan membesar dan menjejaskan tisu dan organ badan yang masih sihat.

Sumber:hangat.com via izzchannel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *