Selain Emma Maembong, Ini Antara Artis Malaysia Yang Memilih ‘Buka’ Bertudung.

Isu artis wanita  menanggalkan tudung kembali hangat selepas pelakon, Emma Maembong di lihat menanggalkan tudung sewaktu bercuti di luar negara. Namun Emma masih mengekalkan tudungnya walaupun menerima kutukan terhadap tindakannya itu

Image result for emma maembong

 

Ini senarai artis wanita Malaysia yang mengambil keputusan sama membuka tudung selepas beberapa lama melalui fasa bertudung.

Sarah Ali, pelakon yang kali terakhir muncul dalam filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng, pada awalnya enggan memberi komen apabila gambarnya tidak bertudung ketika bercuti di Shanghai, China tular di laman sosial. Sarah Ali mengambil keputusan berbuat demikian atas alasan peribadi.

 

Namun dalam satu perkongsian di Facebook Live milik Sarah 2 tahun lalu, dia memberi penjelasan keputusan menanggalkan tudung selepas setahun memakainya kerana rasa bersalah dan hidup tidak tenang.

“Saya akui saya bertudung bukan kerana diri sendiri atau kerana Allah tetapi kerana sesuatu (yang tidak mahu saya sebutkan).

“Ya, akan ada impak yang saya sendiri tidak boleh duga. Banyaknya saya nampak daripada sudut negatif, jika ia menjejaskan karier saya tiada apa yang boleh saya buat. Ini silap saya, sepatutnya saya bertindak menggunakan akal tetapi tidak. Saya bertudung atas sebab sesuatu,” katanya.

Katanya dia tidak mahu bangun tidur dengan perasaan bersalah dan menipu semua orang selama setahun.

sarah-ali
Sarah Ali

Awal tahun ini, penyanyi Zila Seeron memuat naik gambar imejnya yang sudah tidak bertudung di laman Instagram. Dia yang berambut pendek yang diwarnakan ‘blonde’ dikatakan sudah tidak bertudung namun enggan mendedahkan sebab berbuat demikian.

Zila adalah bekas isteri kepada pelawak Along Cham yang mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan ditangkap khlwat dengan seorang lelaki di sebuah apartmen, beberapa tahun lalu.

zila
Zila Seeron

Tak ketinggalan dalam senarai ini ialah artis jelitawan Uqasha Senrose yang dipuji sangat manis apabila mengenakan tudung. Dia bagaimanapun tiba-tiba buat keputusan menanggalkannya pada pertengahan tahun lalu.

Menurut Uqasha, sepanjang 3 tahun bertudung imannya tidak tetap dan sebenarnya keputusan beliau menutup aurat sebelum ini semata-mata kerana kecewa selepas putus cinta.

“Sejak bertudung, iman saya turun naik, tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta,” katanya.

Uqasha juga menekankan tidak berniat untuk mempermainkan agama dan hanya mahu menjadi diri sendiri.

uqasha
Uqasha Senrose

Awal tahun lepas, timbul spekulasi apabila pelakon kelahiran Singapura, Elfaeza Ul Haq dikesan tidak bertudung ketika penggambaran sebuah drama di di negara itu. Dia mula bertudung secara penuh sejak bulan Oktober 2015 akui terpaksa membukanya kerana terikat dengan syarat dalam kontrak drama berkenaan.

“Saya terikat dengan kontrak selama setahun bermula Mac tahun lalu untuk drama bahasa Inggeris, dan saya mengambil keputusan untuk bertudung selepas sambutan Aidilfitri tahun lalu.

Jadi bila bekerja saya perlu kekal dengan karakter seperti mana diminta dalam kontrak. Apabila berlakon drama saya perlu melakukan promosi dan sesetengah perkara terpaksa dimuat naik di laman sosial sendiri,” katanya.

Dia bagaimanapun dilihat kembali bertudung sekarang.

Elfaeza-Ul-Haq
Elfaeza Ul Haq

Mungkin ramai yang tidak mengenali pelakon bernama Diana Johor sehinggalah namanya menjadi kecaman di laman sosial kerana membuka tudung 2 tahun lalu.

Pelakon yang berlakon dalam drama televisyen mengaku belum bersedia untuk bertudung dan mengambil keputusan membukanya.

“Sampai masanya saya jadi diri sendiri dan tampil dengan gaya yang selesa. Saya tidak mahu buat sesuatu semata-mata memuaskan hati orang lain. Soal pakai tudung atau tidak, biarlah antara saya dan Tuhan,” katanya.

Malah Diana Johor sendiri mengakui apa yang dilakukannya bersedia untuk menerima kecaman dan kritikan hebat. Diana turut memberitahu dia sudah bersedia sepenuhnya dengan perkara berkenaan.

diana
Diana Johor

Video Wanita Mirip Fathia Latiff Tak Berhijab Berkaraoke Tular... Biar Betul?

Fathia Latif

Siapa tidak mengenali artis wanita ini, sejak terpalit dengan kontroversi video live dalam keadaan yang kurang sopan. Nama Fathia terus menjadi buah mulut ramai apabila tular video beliau tidak mengenakan hijab dengan  gaya potongan rambut pendek sedang berkaraoke di sebuah cafe di Shah Alam. Sehingga kini Fathia tidak memberi respon terhadap tindakannya itu.

Image result for ernisha

Ernisha

BEKAS finalis Dewi Remaja 2018/2019, Erni Nurshahira Khairul Zaman atau Ernisha akui kontroversi video kelab malam dan minuman keras adalah dirinya.

“Saya akui sebelum ini saya memang on and off berhijab. Malah iman jadi goyang kerana walaupun saya berhijab tetap kena kecam hingga saya tertanya-tanya betul ke keputusan saya untuk berhijab sebelum ini.

“Namun buat masa ini saya mahu muhasabah diri dulu, minta petunjuk dari Tuhan dan biar Dia yang tentukan jalan apa patut saya pilih.

Beliau  meminta peminat mendoakannya agar  terus kekal berhijab dan dapat memperbaiki segala kesilapan dilakukan.

nina-iskandarNina Iskandar

Mei 2015 lalu, pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar juga buat kejutan di laman sosial selepas mendedahkan gambarnya yang tidak lagi bertudung.

Dalam satu temuramah dengan akhbar Kosmo! Nina menyatakan semua keputusan dilakukan atas kehendak dirinya sendiri.

“Jujur saya katakan, keputusan untuk bertudung atau sebaliknya adalah didorong oleh kemahuan saya sendiri. Ia bukan dipengaruhi sesiapa dan saya tidak perlu memuaskan hati semua pihak.

“Apa yang boleh saya kata, hati manusia berubah. Saya tidak terkecuali. Saya cuma harapkan peminat doakan saya untuk menjalani hidup yang lebih sempurna,” katanya.

sumber : Free Malaysia Today edit by Hiburan Media Terkini

Wajah Terkini Emma Maembong Setelah Buka Hijab Yang Dipakai Selama 5 Tahun Dan Gambar Terakhir Adalah Gambar Pertama Tanpa Hijab

KUALA LUMPUR: Selepas hampir lima tahun berhijab, pelakon, Emma Maembong, mengesahkan dirinya tidak lagi bertudung sejak tiga hari lalu.

Bahkan, peminat juga mula bergambar dan merakam video bersama Emma dengan imej baharunya itu di tempat awam.

Membuat pengakuan berkenaan secara eksklusif kepada BH Online, pelakon terbabit menegaskan, tindakan dilakukannya itu bukanlah contoh yang baik.

Katanya, ia juga tidak kaitan dengan kontroversi melanda dirinya, baru-baru ini, sekali gus membuat permohonan maaf dan mengakui khilafnya apabila gambar mesra tanpa tudung bersama seorang jejaka tular di media sosial.

Iman Belum Kuat

Mengakui imannya belum kukuh, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, selesa membiarkan keputusan yang dilakukan dengan berat hati itu ditanggung sendiri.

“Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.

“Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Ia (tindakan membuka tudung) bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya.

“Cuma dalam tempoh bertudung itu, bukan saya tidak mencuba untuk membulatkan hati. Namun, saat saya tewas dan perkara itu tular. Hukuman bertalu-talu datang, tetapi saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

Menurut pelakon berdarah campuran yang dikenali menerusi drama Kau Yang Terindah itu, dia mula mengenakan tudung secara suka-suka dengan memakai selendang di leher.

“Cara saya mengenakan selendang di leher dulu juga pantas dikecam netizen. Ada yang cakap, lebih baik bertudung penuh dan sempurna. Sedikit demi sedikit, saya mencuba untuk bertudung.

“Ketika itu, saya cuba bermuhasabah dan memperbetulkan diri. Selepas saya mula bertudung dulu pun, seperti biasa cara berpakaian dan mengenakan tudung itu juga terus mengundang kritikan. Semua benda bagai serba tak kena. Benar, susah untuk saya memuaskan diri orang lain.

“Saya seperti berperang dengan diri sendiri. Tetapi, saya lawan segala perasaan negatif. Namun, saat hanyut dengan kekhilafan diri, baru-baru ini. Saya terus dihukum seperti mempermainkan agama.

Mereka yang memberi komen pedas itu pula seolah-olah mendapat jaminan masuk ke syurga. Malah ada yang cakap, apabila sudah ‘kantoi’, baru nak minta maaf. Saya akur, diri ini manusia biasa yang tak pernah sempurna,” katanya.

Menjawab pertanyaan apakah dia memakai hijab kerana mengusahakan perniagaan tudung, Emma menafikan sekeras-kerasnya perkara itu.

“Perniagaan tudung dibuat ketika saya belum lagi menutup kepala. Secara peribadi, saya suka membeli tudung dan selendang, malah mempunyai sedikit bakat melukis, termasuk menjadikan tudung sebagai kanvas lukisan,” katanya.

Tambah Emma, agak berat bagi ahli keluarga menerima keputusannya untuk tidak lagi berhijab.

“Cuma, mereka akur dan tahu apa yang saya lalui selama ini. Mereka lihat dengan mata sendiri segala episod jatuh bangun dan ‘sakit’ saya menjadi anak seni.

Gambar Terbaru Emma Di Instagram

Gambar pertama yang Emma. Maembong muat naik tanpa hijab di instagram rasmi emma.

“Mereka bukanlah menggalakkan saya tidak bertudung, tetapi dalam masa sama, berharap supaya suatu hari nanti saya akan kembali istiqamah,” katanya.

Sumber Artikel: Bharian Online via gontuni.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *