Selepas Pertahankan Intan Najuwa, Kini Fatin Afeefa Pula Menjadi Mangsa Kec4man Netizen

FATIN AFEEFA PERTAHAN INTAN: “LELAKI YANG BITTER NI SEMUA MISKIN”

Kita tahu yang Intan Najuwa menerima banyak kritikan gara-gara pertunangannya dengan seorang usahawan Ahad lalu kerana jarak usia 16 tahun. Selain komen negatif, ada juga yang menuduh pelakon itu mendapar mesin ATM.

Bagaimanapun,tuduhan itu dinafikan oleh Intan dengan memberikan penjelasan alasan pertunangan itu.

Terkini, rakannya Fatin Afeefa yang juga seorang pelakon telah meluahkan rasa terhadap netizen yang mengkritik Intan: Tulisnya di Twitter: “Lelaki yang bitter ni semua miskin,” Wow… pedas tu!

Akibatnya, bintang filem ‘Tentang Bulan’ ini turut dikritik oleh netizen yang terasa hati. Dakwa mereka, Fatin juga 2X5 mata duitan kerana mempertahankan rakannya.

Hai… nampaknya bertambah panjang drama pertunangan ni. Apapun, mari kita doakan semoga semuanya kembali tenang.

Artikel berkaitan:

“IF TRUE… DAH LAMA WE ALL ONE FAMILY GOYANG KAKI” – KAKAK INTAN NAJUWA

“Majlis pertunangan ini buat tertutup untuk ahli keluarga sahaja dan semua diuruskan oleh pihak perempuan. Pelamin and all decoration pun semua dibuat all out oleh my mom and team. @acountryweddingplanner family know you very well. Jangan pertikaikan jodoh yang Allah dah tetapkan.

“Kami sekeluarga tak kaya raya mana. If true intan najuwa nak kan lelaki kaya raya dan kikis duit. Dah lama we all one family goyang kaki tak payah kerja tunggang langgang nak bayar hutang-hutang and all. And jangan pertikaikan umur orang. Siapa jodoh dia dan kenapa. Sebelum bercakap please fikir dan jaga hati perasaan pasangan ni dan keluarga.

“Kaya atau tak tu rezeki. Dapat suami kaya itu bonus. Doakan lah yang baik-baik untuk @intannajuwa semoga hubungan ni sampai ke jinjang pelamin dan kekal selamanya,” demikianlah tulis kakak kepada pelakon Intan Najuwa iaitu Intan Najihaa yang tampil menyebelahi adiknya di ruangan komen selepas mendapat lemparan komen negatif daripada netizen.

Semua ini gara-gara foto pertunangan Intan, 22, bersama tunangnya seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 38 yang dikongsikan di akaun Instagram (IG) miliknya. Rata-rata pengikut Intan beranggapan pertunangan ini terjadi bukan disebabkan cinta tetapi wang ringgit.

Bagaimanapun, menurut Najihaa majlis pertunangan itu telah ditanggung sepenuhnya oleh keluarga belah pihak perempuan. Malah, Najihaa turut berpesan kepada netizen untuk berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap kerana melibatkan perasaan ahli keluarga yang lain.

Di samping itu menerusi Instagram Stories miliknya, pelakon drama Tuan Danial memaafkan individu yang telah melemparkan segala tomahan terhadapnya. Pada Ahad lalu, Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid selamat mengikat tali pertunangan bersama dengan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli di Hotel Thistle, Johor Bahru yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman rapat.

Sumber: artismalaysia

Leave a Reply