“Seorang Ibu Yang Kuat, Tapi Sekarang Dia Mengidap Kans3r Payuda@ra Stage 4” – Aiman Tino

Penyanyi Aiman Tino bersyukur apabila hajatnya tercapai untuk melawat peminatnya yang menghidap penyakit kanser payudara tahap empat.

Menerusi entri di Instagram (IG), Aiman berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan peminatnya yang dikenali sebagai Kak Aza semoga cepat sembuh.

“Alhamdulillah. Tercapai hajat hari ini untuk menziarah Salah seorang yang Aiman dah kenal 2 tahun.

“Seorang ibu yang kuat, yang selalu cuba memenuhi permintaan anaknya untuk datang event-event Aiman dulu.

“Tapi sekarang dia mengidap kanser payudara stage 4. Minta jasa baik yang baca, dapat mendoakan semoga Kak Aza kembali sembuh seperti dulu.

“Sama-sama kita doakan okay. Terima Kasih,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata memuji sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Aiman dan mereka turut mendoakan agar Kak Aza kembali sihat serta sebuh daripada penyakit yang dihadapinya itu.

Dalam pada itu,

Takut Kesan Lebih Teruk, Aiman Tino Tak Jadi Bedah Buang Tonsil

Penyanyi muda, Aiman Tino, 21, menjelaskan dia mengambil keputusan untuk menangguhkan pembedahan membuang tonsil yang sepatutnya dijalankan pada November lalu.

Kata penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu, sehingga kini dia bergantung pada ubat yang dibekalkan oleh doktor.

“Saya tak jadi bedah buang tonsil sebab tidak digalakkan oleh doktor.

“Jadi, saya dibekalkan ubat-ubatan dan akan berjumpa doktor untuk pemeriksaan berkala setiap bulan.

“Insya-Allah ia tidak memudaratkan dan ubat itu pun akan dimakan sekiranya perlu sahaja,” katanya kepada Gempak.

Tambah Aiman, dia turut berdepan kerisauan seandainya pembedahan membuang tonsil itu akan menyebabkan suaranya berubah.

“Takut pun ada juga sebab terlalu banyak fikir mungkin suara saya sudah tak sama lagi nanti.

“Jadi pendekatan saya sekarang tidak boleh terlalu ‘menekan’ apabila menyanyi dan ada tahap tertentu sahaja untuk menyanyi setiap hari,” tambahnya.

Mengulas mengenai ‘kehilangan’ daripada industri sejak hujung tahun lalu, jelas Aiman dia mengambil peluang untuk berehat seketika.

“Sejak daripada saya sakit, saya jadi kurang yakin untuk menyanyi. Jadi saya ambil peluang ini untuk berehat seketika.

“Bagi saya, industri ini ada turun naik dan ia normal bagi seorang penyanyi,” ujarnya yang baru muncul dengan single terbaharu, Terlerai Sebuah Janji.

Sumber:astrogempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *