Setelah Mengetahui Hukuman Yang Dikenakan Ke Atas Lan Pet-Pet, Ini Respon Mengejut Pak Ya Pengawal Keselamatan Yang Dipukol

Pengawal tidak puas hati Lan Pet-Pet didenda RM2,000

SEREMBAN 15 April – Pengawal keselamatan, Yahya Manap, 68, tidak berpuas hati kerana pelawak, Lan Pet-Pet hanya dikenakan denda sebanyak RM2,000 kerana memukulnya dalam kejadian pada 6 April lalu.

Warga emas itu berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu jumlah denda yang dikenakan terhadap Lan Pet Pet atau nama sebenar, Mazlan Ahmad, 49, memandangkan kecederaan yang dialaminya dalam kejadian itu agak teruk.

“Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bedal (pukul) ini apa cerita. Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula?

“Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yahya berkata, dia dan keluarganya dalam proses melantik peguam bagi mengemukakan saman malu ke atas Lan Pet Pet dan jika diikutkan hatinya mahu menyaman pelakon tersebut sebanyak RM3 juta.

Bagaimanapun, katanya, dia akan menyerahkan urusan saman itu kepada peguam yang telah dipilih oleh menantunya.

Lan Pet-Pet didenda RM2,000 oleh mahkamah di sini hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan memukul seorang pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati di Nilai pada 6 April lalu.

Pelawak itu dipercayai bertindak demikian selepas ditegur oleh pengawal keselamatan itu kerana tidak membuat catitan dalam buku pelawat semasa memasuki kawasan perumahan itu. – UTUSAN ONLINE

Berita sebelum ini melaporkan

Lan Pet Pet didenda RM2,000 pukul pengawal keselamatan

SEREMBAN 15 April – Pelawak terkenal, Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad, 49, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Seremban hari ini selepas mengaku salah memukul seorang pengawal keselamatan pada 6 April lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, pelawak itu dibawa ke mahkamah pagi tadi bagi berdepan tuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

“Tertuduh yang merupakan seorang pelakon mengaku salah dan dihukum denda sebanyak RM2,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan polis menyiasat pelawak itu selepas disyaki menyerang seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di taman perumahan Acacia Park Desa Jati di Nilai.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, pelawak terbabit dipercayai menumbuk muka pengawal keselamatan berkenaan, Yahya Manap, 68, sebanyak tiga kali sebelum menendang mangsa.

Dia yang pernah menganggotai kumpulan lawak, Senario dipercayai berang kerana ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat semasa memasuki kawasan perumahan itu. – UTUSAN ONLINE

Sumber:utusan

Selepas Seminggu Kejadian Adik Iparnya Pukol Pak Guard, Che Ta Akhirnya Buka Mulut Dan Luah Sesuatu

Selebriti dan usahawanita terkenal, Rozita Che Wan menyifatkan laman sosial seperti Facebook dan Instagram ibarat dajjal kecil dalam menyebarkan fitnah.

Rozita atau Che Ta, 46, berkata insiden yang menimpa adik iparnya, pelawak Lan Pet Pet merupakan fitnah besar yang ditimbulkan pihak tertentu.

“ Sebenarnya insiden itu bukan perkara besar. Cuma sebab video itu menjadi viral. Lan pun elok sahaja buat persembahan dekat Johor sekarang.

“ Instagram, Facebook seperti itu sebenarnya dajjal kecil.

“ Perkara seperti ini kalau kita tak tahu hujung pangkal kedua-dua belah pihak, ia akan jatuh fitnah,” ujarnya kepada mStar.

Che Ta ditemui pada majlis koleksi Rindu Lebaran dan pelancaran lagu raya E1 Band di Publika pada Ahad.

Che Ta berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes yang mengaitkan nama pelawak Lan Pet Pet yang dikatakan membelasah dan menendang pengawal keselamatan warga emas dalam kejadian pertengkaran di Taman Acacia, Nilai, Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Lan Pet Pet kena tahap lokap dan sudah dijamin

Sementara itu, pelawak tersebut yang didakwa memukul pengawal keselamatan dalam insiden pada Sabtu lalu ditahan polis pada Ahad sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, pelawak terkenal era 90-an itu diikat jamin oleh rakan baiknya kira-kira pukul 2 petang, Isnin.

” Kami telah memanggil individu terbabit dan dia menyerah diri pada pukul 5 petang semalam (Ahad) di balai polis Nilai untuk siasatan.

” Dia ditahan untuk siasatan dan sudah diikat jamin oleh rakan baiknya pada kira-kira pukul 2 petang tadi (Isnin),” katanya ketika dihubungi mStar Online tanpa mendedahkan identiti suspek.

“Setiap Kecaman & Celaan Saya Maaafkan” – Isteri Lan Pet Pet

Nampaknya kes seorang pelawak terkenal menumbuk seorang pengawal keselamatan sehingga cedera teruk masih lagi menjadi bualan ramai. Rata-rata netizen mengecam tindakan pelawak tersebut kerana sanggup melakukan perkara sedemikian terhadap seorang lelaki warga emas.

Susulan isu tersebut, isteri kepada Lan Pet Pet iaitu Ruby Che Wan turut menjadi mangsa serangan netizen apabila akaun Instagramnya dihujani dengan komen yang meminta wanita itu menasihati suaminya supaya berubah dan belajar menghormati mereka yang lebih tua.

Dalam pada itu, Ruby turut memuat naik kapsyen gambar menerusi akaun Instagram miliknya memberitahu dia memaafkan netizen yang melemparkan kecaman kepada mereka. Katanya lagi, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

 

Setiap kecaman dan celaan, saya maafkan. Pandangan mata zahir manusia mungkin nampak buruk. Pandangan dengan hikmah akan berikan kita rasa tenang dan terima setiap apa yang Allah takdirkan itu dengan reda.

“Kerana setiap kejadian buruk ada kebaikan di sebaliknya. Insya-Allah, saya maafkan ‘in advance’, kerana kita semua manusia tidak sempurna,” tulisnya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pelawak terkenal bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan sebelum bertindak memukul, menendang serta membaling batu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *