“Solat jgn tinggal, aurat jaga, buang ego maafkan semua”-Doktor Ini Kongsi Pengalaman Berdepan Kes Kemtian Tak Kenal Usia

 

Saban hari ada sahaja kisah kemtian yang kita dengar atau baca yang berlaku di negara ini. Malah kadangkala ia berlaku tanpa dijangka atau lebih tepatnya secara tiba-tiba.

Hakikatnya tiada siapa boleh mengelak saat ajal datang menjemput kita walau dimana kita berada, walau apa yang kita lakukan waktu itu, mti itu PASTI!

Seorang Doktor di Hospital di Shah Alam, Faiz Mashood telah memuatnaik pengalamannya berkaitan isu ini di facebook yang mana dia acapkali berdepan kes yang melibatkan kemtian mengejut dan tidak mengenal umur.

Perkongsiannya ini sehingga kini telah mendapat 27k shares walaupun baru dimuatnaik pada 5 Mac lalu..benda baik mesti ramai nk kongsi kan?

Kat ed ni macam2 jenis kemtian ada

Kat bawah ni merupakan perkongsian Faiz sepanjang kerjayanya sebagai Doktor. Malah dia sendiri merasakan adakalanya apa yang berlaku adalah ‘suratan’ namun ada juga yang dianggap ‘keajaiban’.

Buat cpr 30 min still nadi xde, announce death

“24tahun sampai2 nadi da xde. Taktau sebab. Known case of asthma je. Buat cpr 30min still nadi takde. Announce death. Thats it. Kalau aku ditakdirkan mati umur 24tahun, aku taktau apa je jasa yang aku dah buat. Im not judging others, just talking about myself”.

Baby 1 yr old sawan sejam tak berhenti-henti

“……terpaksa intubate takut brain injury. Kalau lama sgt sawan otak kurang oksigen bole jadi cacat/disturbed development. I dont know what happen then to this baby. I hope baby is well”.

Baby 5 tahun datang tak sedar, buat cpr 10min tapi….

“Baby 5months old datang unconscious. Team paramedic dah start cpr 10minit. History dari babysitter baby tersedak susu. Cpr 30minit. No sign of life. Annouced death. Anak sulung. Parents menangis teresak2”.

Hebat Allah, jantung dah stop beating pun Dia boleh dtgkan balik dalam 10 saat je

Pakcik datang nadi 28 je. Sikit lagi nadi nak kosong. Nadi kosong means no heart beat. Normal range 60-100. Bagi treatment tiba2 nadi hilang. Pacik unconscious. Start cpr. 10saat cpr tiba2 terkejot. Nadi dtg balik. Hebat Allah. Jantung da stop beating pun Dia boleh datangkan balik dalam 10saat je”.

Pakcik 60 tahun datang tak sedar diri, rupanya cuba bu nuh diri

“Pacik 60tahun unconscious. Cpr ongoing. Cubaan untuk intubate x3 fail. Langsung tak nampak ruang untuk masuk ETT(endotracheal tube). Baru perasan kesan jerut di leher. Rupa nye pacik jerut leher untuk bu nuh diri”.

Remaja 16 tahun ada brain injury serius, tak sempat ke ot adik pulseless

“Adik 16tahun. Kawan bonceng motor. Adik terjatuh ke belakang kepala terhantuk jalan. Tak pakai helmet. Datang ke ED pupils dilated 4mm. Tanda dah ada brain injury yang agak serius. Ct brain memang ada intracranial bleed. Agak besar. Cerebral edema, otak nampak bengkak. Transfer ke hospital sg buloh untuk pembedahan otak emergency. Belum sempat ke ot adik pulseless (tiada bacaan nadi) di ED hosp sg buloh. Cpr 30mins. Asystole. Announced death”.

Faiz berkata ramai salah anggap yang zaman muda remaja inilah waktu paling baik untuk enjoy konon hidup masih panjang sedangkan ramai yang mti muda tanpa sebab.

Sebaliknya Faiz mencadangkan supaya memanfaatkan hidup dengan melakukan aktiviti berfaedah dan niatkan perkara baik dalam melakukan sesuatu perkara.

Kita ni muda2 terlalu nak enjoy. Konon hidup masih panjang. Padahal berapa ramai mati muda tanpa sebab. Dah ma ti its either 2 je tempat kita. Lepastu 24h kita sibuk dgn kerja la cari duit la famili la entertainment etc.

So try to make 24h meaningful. Solat jgn tinggal aurat jaga maafkan semua org jgn panjang2kan gaduh buang ego . Benda ni semua no use. Menyusahkan kehidupan kita lepas mati je. Kalau 24h sibuk kerja niatkan kerja kita tu lillahitaala nak tolong org nak tolong famili or apa2 niat yg baik. Berapa ramai pergi balik kerja tanpa apa2 niat so kerja hanya dtgkan gaji takdtgkan pahala. Gaji habis kejap je. Pahala tu je yg kita bole buat bekalan.

Selamat malam kawan2. Saya doakan semua berjaya dunia dan akhirat.

Artikel berkaitan : Individu cergas juga berisiko mti mengejut

SEJAK kebelakangan ini sering dilaporkan individu sihat dan cergas berhadapan detik cemas hingga berlaku sesak nafas ketika beriadah hingga meragut nyawa dan disahkan meninggal dunia secara mengejut.

Kebanyakan kes membabitkan individu ketika beriadah antaranya bermain badminton, berjoging atau bermain bola sepak.

Senario ini menimbulkan tanda tanya sama ada aktiviti lasak sedemikian meningkatkan risiko kematian mengejut. Ini kerana laporan sebelum ini mendapati, individu aktif lebih sihat dan sukar diserang penyakit.

Ketua Pakar Kardiologi Kanan, Institut Jantung Negara, Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim, berkata risiko kemtian mengejut membabitkan individu aktif bersukan bergantung kepada jenis riadah yang mereka jalankan.

Bersukan secara keseluruhannya kata beliau, memberikan kesan baik kepada kesihatan kecuali individu terbabit mengalami masalah jantung koronari yang tidak pernah dikesan sebelum ini.

“Tanda seseorang mengalami serangan jantung ketika bersukan seperti individu lain seperti rasa berat di dada mungkin merebak ke bahagian tekak, tangan kiri, sesak nafas, rasa hendak pitam, peluh sejuk dan jantung berdebar,” katanya.

INFO:

Langkah sebelum menyertai aktiviti lasak atau bersukan:

* Pastikan anda sihat dengan menjalani hidup sihat (tidak merokok dan menjalani diet sihat).

* Jalani pemeriksaan kesihatan.

* Pastikan anda tidak mengalami sebarang gejala atau petanda masalah jantung.

* Mulakan dengan senaman ringan sebelum ditingkatkan kepada sederhana mengikut keupayaan diri.

Anda dinasihat berhenti bersenam atau bersukan apabila:

* Terasa seperti akan pitam atau pengsan.

* Dada terasa sakit dan ketat ketika bersukan atau berehat.

* Sukar bernafas.

* Degupan jantung yang laju atau tidak sekata.

* Pening atau sakit kepala ringan.

* Keletihan melampau atau lemah.

* Sejarah keluarga yang mennggal dunia secara tiba-tiba sebelum usia 50 tahun.

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq

 

Sumber:lobakmerah

Kredit:bhonline/edisimedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *