(Vide0) Kant0i berkhalwat, suami Citra Monica buat laporan polis terhadap Ifan Seventeen

VOKALIS kumpulan terkenal Indonesia, Seventeen iaitu Ifan bakal berdepan hukuman sekiranya didapati bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita dikenali sebagai Citra Monica.

Menurut laporan Kapanlagi.com, suami wanita berkenaan membuat laporan polis di balai polis wilayah Bandung pada Selasa.

Laporan itu dibuat selepas penyanyi lagu Kelmarin itu ditangkap dalam sebuah pangsapuri bersama seorang wanita berstatus isteri orang minggu lalu.

Pegawai polis yang mengesahkan mengenai laporan itu turut memberitahu siasatan lanjut akan dilakukan terhadap Ifan.

“Ya betul. Dilaporkan suami Citra Monica,” ujarnya.

 

Sebuah video memaparkan serbuan dibuat di rumah Citra Monica menjadi tular.

Selain itu, sebuah video dia ditangkap khalwat turut menjadi tular di media sosial sejak Isnin.

Menerusi video pendek itu, Ifan kelihatan keluar dari sebuah bilik dengan berseluar pendek berwarna merah jambu dan berbaju tshirt hitam.

Selepas dia duduk di sofa, dia disoal siasat oleh individu yang datang membuat serbuan terbabit.

Terdahulu, Ifan atau nama sebenarnya, Riefian Fajarsyah kehilangan isterinya Dylan Sahara dan tiga anggota kumpulannya selepas meninggal dunia dalam kejadian tsvnami Anyer, Banten.

Sumber: mstar

(Vide0) Ifan Seventeen Ditangkap Berdua-duaan Dengan Seorang Wanita Berstatus Isteri Orang?

Terdahulu selepas kem4tian isteri pada penghujung tahun lalu, berita kurang enak muncul dari penyanyi Ifan Seventeen. Ifan dikhabarkan jadi serbuan dalam sebuah pangsapuri dengan seorang perempuan dengan status isteri orang.

Video serbuan itu sendiri menjadi tular menerusi beberapa akaun instagram gosip sejak pagi ini (3/6/20190. Namun entah mengapa, selang beberapa minit video tersebut telah dihapuskan

Sumber Video: Detik.com

 

Dari info yang diterima Suara.com, video tersebut memperlihatkan seorang wanita berbaju hitam dan berambut panjang keluar dari sebuah bilik. Wanita yang didakwa bernama Citra Monica itu terlihat panik kerana wajahnya dirakam oleh beberapa orang lelaki.

Wanita terlihat berang dan tidak selesa dengan kamera yang dirakam.

“Kamu kok jahat amat sih sama aku,” kata wanita tersebut.

Tak lama selepas itu, muncul seorang lelaki mirip Ifan Seventeen. Ifan terlihat mengenakan t-shirt berwarna hitam dan ceseluar pendek berwarna pink.

Wajah Ifan Seventeen terlihat santai dan tersenyum. Bekas suami arwah Dylan Sahara itu kemudian betanya kepada orang yang merakam, “dari mana mas?”

Kemudian, Ifan Seventeen diminta untuk duduk oleh si lelaki perakam. Ifan kemudian menyebut, “Allahu akbar. Ada apa ini mas?”

Lalu lelaki tersebut kemudian bertanya, “ini sama siapa mas? Tapi sudah menikah?”

Ifan Seventeen kemudian menjawab, “Katanya sudah cerai. Citra, ini teman aku, teman SMA, ke sini lagi main-main,” jawab Ifan Seventeen.

Berita tersebut kini tengah menjadi buah mulut netizen di Indonesia, namun sehingga waktu ini belum ada ulasan lanjut dari pihak Ifan.

Sumber: hangat & detik.com

Leave a Reply