““Suka kena kecam kan? Ida buat haji, kau buat dangdut tergedik-gedik belakang tu.”Padah tayang video tak sen0noh, Rozita tak sabar balik nak libas Aliff Syukri

Usahawan kosmetik Aliff Syukri memuat naik video dirinya menyanyikan lagu barunya berjudul ‘Cowok Baru’ di Instagram. Menurut Aliff, lagu terbarunya itu akan dikeluarkan tidak lama lagi dan merupakan lagu yang paling sedap dan merdu di muka bumi ini.

Dalam video itu turut menunjukkan rakannya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat, tengok asyik menari bagaikan tiada hari esok di belakang Aliff.

Nantikan Rabu depan, jam 12 tengah hari lagu ‘Cowok Baru’ di YouTube saya,”

Harap anda semua boleh bersabar. Saya faham terlalu ramai rakyat Malaysia yang inginkan dengar lagu yang paling sedap dan merdu di muka bumi ini. Saya ya.” katanya.

Bagaimanapun, ibunya, Rozita Ibrahim, meninggalkan komen berikut:

 

Suka kena kecam kan? Ida (isteri Aliff) buat haji, kau buat dangdut tergedik-gedik belakang tu. Nape nak kena cili ke poen si Sajat tu?

“Ko pulak Kri (Aliff), mak balik nanti ku libas ko yer. Nanti ko yer, tak habis-habis buat hal,” kata Rozita.

Bukan sahaja ibunya, malah Isteri Aliff Syukri juga tinggalkan kata-kata deep buatnya.

Isterinya yang berada di Makkah, memesan supaya Aliff menjaga maruah dan matlamat tidak menghalalkan cara.

 

Aliff Pula membuat luahan di IGnya mengatakan tak ada orang yang menyokong atau menghargai bakatnya.

Captionnya: di mana ptut abg mengadu lagi?? Menjadi seorang @aliffsyukriterlajaklaris bukanlah benda yang mudah.. antara bisnes dan bakat terpendam… bagi abg untuk memahami semua orang abg tak mampu😥😥 abang lemah abang tiada arah tuju.. Tak ada orang yang menyokong.. tiada ada orang Yang menghargai bakat abg..abg akan buktikan lagu #cowokbaru akan meletop no1💪🏻💪🏻dan abang akan buktikan satu hari nanti abang akan terkenal bukan shaja di Malaysia tetapi di pilipin dan juga Thailand doakan usaha abang berhasil.. Walau apa yang berlaku abang akan tetap kedepan.. #cowokbaru

 

Komen Rozita itu mendapat banyak sokongan netizen yang turut menyarankan dia menggunakan pelepah sawit untuk melibas Aliff.

Tidak kurang juga ada netizen yang menyeru orang ramai melaporkan video tersebut agar ia dipadamkan dari Instagram Aliff.

 

Sumber: Instagram Aliff Syukri & monyethijau&thereporters

Leave a Reply