“Susah kalau dapat yang tak bersyukur ni. Dah bagi betis nak paha”..Nourul Wahab “Mengamvk” Kerana Hal Ini..

Kisah majikan Malaysia yang berhadapan masalah pembantu warga asing seringkali timbul, termasuk dikalangan artis tanahair.

Terbaru, penyanyi Nourul Wahab ‘naik hantu’ kerana terpaksa melayan kerenah pembantu rumah warga asing yang didakwa gagal melakukan tugas dengan baik namun mahu menuntut gaji yang tinggi.

Walaupun tidak menyatakan dengan jelas mengenai perbuatan pembantu rumahnya itu, Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 41, menyatakan ia ada kaitan dengan tugas menjaga anak-anaknya.

” Geram sungguh kat orang gaji baru kerja dua bulan ni. Beritahulah betul-betul kalau tak suka budak. Kesian Zachary dengan Raphael.

” Tak apalah, selalunya jadi macam tu sebab Allah nak bagi rezeki pada orang lain yang lebih berhak dan memerlukan,” katanya.

Nourul meluahkan keluhan itu menerusi laman Instagram pada Selasa.

Selain itu Nourul yang baharu melahirkan seorang bayi perempuan bulan lalu berkata fikirannya turut terganggu gara-gara dibelenggu masalah itu.

” Fikiran terganggu… mana taknya, orang gaji buat hal! Susah kalau dapat yang tak bersyukur ni. Dah bagi betis nak paha.

” Alasan macam-macam… Especially orang asing yang dah lama di sini. Mereka selalu nak lebih. Kerja nak senang. Hang ingat aku cop duit?

” Ada orang hanya sekadar nak kerja. Ada orang nak gaji, dan kerja sungguh-sungguh sebab dia ikhlas. Sebab dia tahu kerja itu satu ibadah.

” Yang setengah datang sini (Malaysia) nak kerja senang sebab dia ingat lubuk duit. Pak hang ada investment ka tang ni?” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Nourul turut berkongsi berdepan masalah dengan beberapa pembantu rumahnya sebelum ini.

Malah, ketika sesi temubual bersama calon pembantu rumah juga ada yang meminta dibayar dengan harga begitu tinggi tetapi malas melakukan tugasan.

” Driver kami yang sebelum ni pun macam-macam karenah. Sekarang ni dapat seorang manusia baik yang bernama MJ. Sangat bagus dengan budak-budak pun dia bagus.

” Manusia mana ada yang sempurna. Tapi kita hargai kebaikan dan kelebihan mereka. Terima kasih Mj sebab sabar dengan kami.

” La ni maid pula. Hari ni bermula interview. Ada yang g1la tau minta dibayar RM3,000. Apa awak ingat saya nak suruh kamu mandikan, cuci punggung kami kah sampai nak banyak tu? Ni bangsa asing. Lebih baik cari orang yang lebih hargai kerja,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: mstar via tvlajen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *