“Tapi semalam saya salah, sebenarnya ada..”- Dituduh Isu ‘Body Shaming’ Sherry Al Hadad, Ini Respond Mark Adam

Kesal dengan kata-kata yang mungkin dianggap ‘gurauan’ pada awalnya, penyanyi dan guru vokal, Mark Adam secara profesinal mengakui khilafnya gara-gara menyentuh perihal fizikal Sherry Al Hadad.

Kenyataan yang dibuat secara seloroh pada sesi komen juri itu sebelum ini dikritik ramai.

Bagaimanapun, Mark tampil memohon maaf secara terbuka menerusi video yang dirakamnya di Instagram, sebentar tadi.

“Pertama kali saya nak minta maaf pada semua dengan apa yang berlaku semalam di Big Stage 2019.

“Saya kalau bergurau macam di rumah dengan rakan-rakan artis.

“Tapi semalam saya salah, sebenarnya ada sambungan lagi tapi saya tak sempat nak sambung. Niat saya bukan untuk menghina Sherry, Alif atau pihak di luar sana yang terasa.

“Saya mohon maaf dan apa yang terjadi adalah tidak profesioanal. Saya akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi, maafkan saya semua.

“Saya sangat menyesal malam kejadian. Maafkan saya semua,” kata Mark tenang.

Video:

 

Popular dengan personaliti yang selamber dan lucu, ruangan komen di Instagram bintang tersebut dihujani pelbagai reaksi.

 

 

Semalam, Mark ada menyentuh mengenai fizikal bintang Geng itu.

“This opportunity is very big you see, even the host is big,” katanya ketika sesi penjurian juri usai persembahan peserta Thailand, Chaleeda Gilbert.

Terdahulu, Mark merupakan juri jemputan menerusi program realiti, Big Stage 2019 malam tadi disamping Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan sebagai juri tetapnya. Video : Instagram Mark Adam

Artikel berkaitan: “Kalau aku jadi Sherry dah baling dan mikrofon itu – Netzen

“Kamu betul, dia berbakat besar, bro!” – Alif Satar dipuji selamatkan Sherry selepas terima komen ‘body shaming’ Mark Adam.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih.

PENYANYI Mark Adam menerima kecaman apabila komen dan gurauannya terhadap pengacara Sherry Alhadad ketika konsert Big Stage malam Ahad dianggap keterlaluan dan mempersendakan fizikal wanita itu.

Mark selaku juri jemputan pada program berkenaan memberi ulasan terhadap peserta program berkenaan iaitu Chaleeda Gilbert sebagai berpeluang besar turut mengaitkan bentuk badan Sherry.

“This opportunity is big you see. Even the host is big (Peluang ini sangat besar, malah hos pun besar)” ujar Mark.

Bagaimanapun, Alif Satar yang turut menjadi hos pada program itu menyelamatkan keadaan dengan berkata, rakan seperjuangannya itu berbakat besar.

“Kamu betul, dia berbakat besar, bro” ujar Aliff.

 

Sherry dilihat terkejut dengan kenyataan Mark Adam.

Klip video berdurasi 28 saat itu menjadi tular dan menjadi perdebatan di laman sosial sehingga nama tiga selebriti ini menjadi trending di Twitter pada Isnin.

Rata-rata netizen menganggap gurauan penyanyi lagu Si Katak itu tidak kelakar sebaliknya bersifat body shaming.

“Saya tak faham mengapa kamu semua anggap Mark Adam sebagai kelakar? Dia tidak sepatutnya cakap begitu.

“Kalau aku jadi Sherry dah baling dan mikrofon itu, hormatilah kami yang sasa (besar) ni ya. Bukan main Mark Adam ni,” ujar netizen.

Segelintir netizen pula memuji tindakan pantas Alif yang cuba meredakan keadaan selepas air muka Sherry kelihatan sedikit berubah.

“Respek gila dekat Alif Satar sebab dia tak pernah body shaming badan Sherry walaupun selalu bekerjasama sebagai pasangan hos” ujar netizen.

Mark kawan saya… Lagipun benda sama pernah jadi sebelum ini.

Sementara itu, Sherry Alhadad ketika diminta dihubungi enggan mengulas isu berkenaan.

Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 35, berkata, dia bagaimanapun menghormati Mark yang merupakan rakan industri yang sudah lama dikenalinya.

“Kalau boleh saya tak mahu mengulas mengenai perkara ini sebab saya taknak ia menjadi besar.

“Mark adalah kawan saya… Lagipun benda sama pernah jadi sebelum ini. Jadi saya tak mahu cakap apa-apa mengenainya.

“Orang-orang dalam industri mereka semua adalah kawan saya. Jadi saya menghormati mereka,” ujarnya.

Program Big Stage musim kedua bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber: mstar

Kredit;nalurikini

Leave a Reply