“Terima Kasih Ayu Raudhah, Jatuh Bangun Saya Hanya Dia Yang Tahu”

Semalam adalah hari paling membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia apabila pasukan bola sepak negara berjaya ke final Piala AFF Suzuki 2018. Di kesempatan itu, kapten skuad Harimau Malaysia, Zaquan Adha Radzak menzahirkan ucapan terima kasih buat ibu dan isterinya, pelakon Ayu Raudhah di atas sokongan mereka selama ini.

“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada mak tanpa doa mak sesuatu kejayaan itu tidak dapat diperolehi.

“Dan juga untuk isteri saya yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya, dari awal jatuh bangun saya, hanya isteri saya yang tahu”, katanya kepada Astro Awani.

Dalam pada itu, Zaquan menyifatkan sumber kekuatan utama pasukan Malaysia berjaya melangkah ke aksi final adalah sokongan yang tidak terhingga daripada penyokong bola sepak negara dan rakyat Malaysia.

“Kepada seluruh penyokong bola sepak dan rakyat Malaysia, kami terus mengharapkan sokongan daripada anda pada final nanti jika stadium penuh dibanjiri seluruh rakyat Malaysia, ia memberi semangat untuk kami terus berjuang dalam bola sepak untuk final kali ini, pasukan kami tidak kuat tanpa sokongan rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah saya rasa satu rezeki untuk pasukan malaysia dalam situasi yang amat menggetirkan malam tadi kita hampir tewas pada saat akhir, tapi untuk kami kalau rezeki itu tak ke mana, bagaimanapun misi itu masih belum habis, kita masih ada misi untuk kejar di final nanti,” katanya.

Sumber:rotikaya via astroawani

Malaysia Ke Final, Che Ta Pakai Gaun Ke Stadium

Semalam merupakan hari yang paling membanggakan buat rakyat Malaysia apabila pasukan bola sepak negara berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki. Kegembiraan tersebut turut dirai oleh keluarga pasangan selebriti popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

Baru-baru ini, penampilan Che Ta ke stadium pada perlawanan Sabtu lalu menjadi perhatian dan bualan ramai. Rata-rata netizen tidak senang duduk melihat Che Ta yang tampil berkasut tumit tinggi serta solekan tebal lengkap dengan bulu mata palsu.

Tidak kurang juga ada netizen berpendapat dengan keadaan stadium yang panas pasti akan berpeluh dengan penampilan sebegitu. Namun, menerusi Instagram, rakan baik pelakon itu iaitu Anas Zahrin memberitahu Che Ta bakal membuat kejutan dengan menggayakan gaun pada perlawanan akhir itu nanti.

Rata-rata peminatnya menyokong cadangan tersebut serta memberikan idea agar Che Ta memakai gaun hitam kuning mengikut warna tema jersi pasukan bolak sepak kebangsaan. Ada segelintir netizen mengatakan, jika Che Ta memakai gaun ke stadium pasti ramai yang tak senang nak tengok bola kerana mata akan tertumpu kepadanya.

Kalau dah cantik, pakai apa pun cantik.  Boleh dikatakan ramai wanita kagum dengan Che Ta yang sentiasa yakin dengan apa yang digayakan olehnya. Apa pun pasti ramai yang tak sabar melihat penampilan Che Ta di aksi final nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *