Terkini: Aliff Aziz & Bella Astillah Sah Bercerai Talak Satu

Kemelut rumahtangga yang melanda pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah hari ini berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam temubual bersama wartawan selepas selesai kes, Aliff Aziz mengakui yang beliau masih menyayangi isteri dan anaknya namun akur dengan apa yang terjadi sebagai balasan untuk sikapnya selama ini.

Bella Astillah pula berkata beliau akan meneruskan hidup seperti bersama anaknya tanpa kehadiran Aliff Aziz dan mengakui memohon penceraian selepas kontroversi demi kontroversi melanda rumahtangga bersama Aliff Aziz.

Menurut Bella Astillah yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, beliau sudah mencuba yang terbaik untuk menyelamatkan keadaan rumah tangga mereka, namun penceraian adalah jalan terbaik. Bella juga menasihatkan Aliff agar berubah kearah yang lebih baik dan memikirkan tentang keluarganya terlebih dahulu.

Sumber: rotikaya

‘Inilah fasa paling getir seumur hidup saya’ – Aliff Aziz

KUALA LUMPUR 16 Mei – Bukan yang pertama, bukan juga yang kedua tapi sudah berkali-kali kita dengar kisah cuurang pelakon dan penyanyi Aliff Aziz yang juga suami kepada Bella Astillah.

Ibarat tiada erti sesal, Aliff menerima kecamman hebat warganet yang menyatakan sokongan padu terhadap isterinya yang telah beberapa kali ‘ditipu’ dan dipermainkan.

Namun Aliff yang juga bapa kepada seorang anak secara eksklusif kepada Utusan Online berkata, sekarang adalah fasa paling getiir yang dia lalui sepanjang 28 tahun hidup.

“Aliff minta jasa baik ye. Aliff tak nak bercakap dengan sesiapa buat masa sekarang.

Tambah beliau

“Ini fasa paling getiir dalam hidup saya tapi insya-Allah,” katanya.

Bagaimanapun, Aliff enggan meneruskan perbualan tersebut dan meminta ruang kerana dia baru sahaja menjalani pembedahaan.

“Maaf, sekarang Aliff baru habis pembedaahan dan tidak ada apa nak borak buat masa sekarang,” katanya lagi.

Selasa lalu sekali lagi nama Aliff terpalit kontr0versi apabila gambar tidak sen0noh bersama gadis bawah umur tular dan menggemparkan industri hiburan tanah air.

Kru Utusan Online menerjah ke sebuah hotel di ibu kota yang dipercayai menjadi tempat berlindung pelakon itu setelah gambar tersebut tersebar.

Menurut sumber, hotel tersebut merupakan lokasi ‘persembunyian’ Aliff untuk 10 malam berturut-turut bermula 13 Mei lepas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,

Sumber : Utusan via kekasihjiwang

 

Leave a Reply