TERKINI: Bapa Atikah Suhaimie Buka Mulut Dedah Punca Batal Perkahwinan

Semua sedia maklum tentang perkahwinan Awi Rafael bersamaAtikah Suhaimi yang dijadualkan bakal berlangsung pada 17 Mac 2019 (Ahad) ini telah dibatalkan di atas sebab-sebab yang tertentu.

Berbagai-bagai spekulasi dari netizen tentang punca pasangan ini membatalkan  perkahwinan, namun sehingg artikel ini ditulis, masih belum ada lagi kenyataan rasmi dari pihak mereka.

Walaubagaimanapun, di dalam ruangan komen di Instagram, terlihat bapa Atikah iaitu Suhaime Jamali memperbetulkan punca sebenar mengapa perkahwinan ini dibatalkan.

Kata Suhaime, tindakan yang diambil sebenarnya adalah dari keputusannya sendiri bukannya Awi yang membatalkan perkahwinan ini.

“Saya bapa Atikah Suhaime, nak perbetulkan, majlis (Pernikahan Awie dan Atikah) bukan Awi batalkan tapi saya yang batalkan” – katanya di ruangan komen

Dalam komen yang lain,  Suhaime memberitahu bahawa Awi dan sekeluarga tidak boleh menerima kemahuan yang diinginkan untuk masa depan anak perempuannya.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu malah Awi sebelum ini turut meluahkan hasrat untuk merakamkan detik perkahwinannya pada Ahad ini untuk dimuat naik dalam lagu terbaharunya yang juga buah tangan buat bakal isterinya itu.

Sebagai peminat Awi Rafael dan Atikah, seharusnya kita memberi ruang dan masa kepada mereka sebelum beliau dapat menjawab apa-apa persoalan atau membuat kenyataan yang seterusnya

Sumber:hangat

Artikel berkaitan

(Video)Niat dihati adalah utk membina masjid, menutup aib dia yg dulu. Perkahwinan Dibatalkan, Awi Rafael Muat Naik Video.

Nampaknya peminat tidak dapat melihat selebriti Atikah Suhaime dan Awi Rafael disatukan sebagai suami isteri apabila perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini 17 Mac dibatalkan pada saat akhir. Berita itu diumumkan sendiri oleh Atikah menerusi akaun Instagramnya.

Atikah berkata mereka bekerja keras untuk merealisasikan impian untuk bergelar suami isteri, tetapi mungkin tidak cukup kuat berjuang untuk terus mempertahankan cinta mereka.

Bagaimanapun, Atikah berharap hubungan baik antara beliau dan Awi dapat dikekalkan dan berterima kasih kepada penyanyi tersebut yang sering menjaga dan mengambil berat tentang dirinya selama ini.

Hati siapa yang tidak sedih bila sedang menghitung hari untuk menempuh hari bersejarah tetapi ditimpa dengan berita yang sungguh menyedihkan dan terpaksa untuk membatalkan impian untuk berkahwin. Namun, itulah yang dinamakan jodoh. Semoga Atikah dan Suhaimi tabah dengan dugaan ini.

Klik untuk gambar besar

 

Penyanyi Awi Rafael  juga mengesahkan harus membatalkan perkahwinannya bersama pelakon Atikah Suhaime yang dijadulakan berlangsung pada Ahad ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Awi menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri untuk menarik diri dan tidak mahu membuka aib sesiapa.

awirafael

Awi harap semua teman akan faham.. Awi sudah coba buat yg terbaik utk dia & Awi sekeluarga sdh pun bersiap sedia utk Ahad ini. Niat dihati adalah utk membina masjid, menutup aib dia yg dulu & membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru. Kerna itu Awi tawakkal & terus tunang sejak tahun lalu. 

Namun.. Awi juga mempunyai Ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini.. Awi harap kawan2 semua akan faham. Dahlah.. Awi pun tak ingin bukak aib sesiapa. –

Jodoh di tangan Tuhan & mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat2 akhir ini. 🙏🏻 –

TQ to all my friends tht hv been so supportive & loving, don’t worry I will repay those that hv booked flights etc.. tq for calling me. To co-sponsors for e wedding.. cake & food etc, don’t worry i will call you too. We can give it to the children’s orphanage. –

Kpd rakan2 media, TQ kerana selalu memberi support kpd Awi.. dan kesianlah dia. Tetap berikan sokongan kpd dia, seperti yg kami semua dapat lihat sejak kami bertunang. –

Namun utk Awi.. Awi & keluarga tarik diri. Awi minta maaf, salam. 🙏🏻🙏🏻 Bismillah.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu dan dijangka berkahwin setahun kemudian iaitu hujung minggu ini.

www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara/ IG awi rafael

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *