Tiada lagi operasi kh*lwat waktu malam – Dr Mujahid

KUALA LUMPUR: Tiada lagi ketukan pintu di waktu tengah malam oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau salah laku lain.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh orang Islam di belakang pintu tertutup bukanlah urusan pihak kerajaan.

“Katakan anda melakukan sesuatu dalam ruang peribadi anda, saya tidak akan campur tangan.

“Sebagai contoh, pengambilan alkohol adalah satu kesalahan bagi seorang Muslim, tetapi jika anda melakukan perbuatan itu di dalam kawasan anda, maka sebagai sebahagian daripada kerajaan, saya tidak akan campur tangan,” ujarnya.

Dr Mujahid yang bertanggungjawab dalam urusan agama Islam mengakui bahawa dia memikul tugas yang berat dalam mengubah imej kementeriannya.

Malah, beliau berkata, dia berhadapan pelbagai isu panas seperti LGBT, perkahwinan bawah umur, kes liwat tahfiz dan sebagainya sejurus menerima jawatan itu.

Dalam temu bual eksklusif bersama The Star, Dr Mujahid berkata, beliau cuba untuk mengubah cara berfikir yang disifatkannya sebagai “konservatif agama” dalam kalangan penjawat awam yang mahu menegakkan kesucian agama Islam dengan pemahaman mereka sendiri.

Tambahnya, Islam yang dikehendaki beliau adalah berkonsepkan “belas kasihan untuk semua” (rahmatan lil alamin).

“Kisah kerajaan Islam akan diterjemahkan ke dalam dasar kita, semua aktiviti kehakiman Islam, semua hubungan kita dengan agama lain.

“Islam yang mengasihi tidak membahayakan kepentingan rakyat atau kepentingan perpaduan dan keharmonian negara,” katanya.

Malah, dia turut mengutuk tindakan memecahkan pintu bagi menangkap pesalah khalwat dan berharap ia tidak diulang lagi dalam pembaharuan yang mahu dilaksanakannya.

“Penguatkuasaan khalwat ini telah disalahgunakan dan dieksploitasi dalam beberapa kes. Mereka (pegawai) tidak sepatutnya menggangu ruang lingkup peribadi seseorang individu,” ujar beliau lagi.

Video:

Sumber:mstar

Kenyataan saya tak salah: Mujahid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan beliau akan menjelaskan kenyataannya berhubung penguatkuasaan jenayah khalwat, Isnin ini.

Beliau yang enggan memberikan kenyataan lanjut berhubung laporan tersebut berkata, pihaknya akan melakukan perbincangan meja bulat berhubung isu berkenaan.

“Tiada apa yang salah dalam kenyataan saya itu. Tunggu Isnin ini saya jelaskan. Buat masa ini saya tidak mahu komen,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Dalam laporan eksklusif The Star, akhbar itu melaporkan tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam.

Mujahid menegaskan apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan.

Dalam temubual itu, Mujahid turut dilaporkan mengutuk tindakan memecahkan pintu untuk menahan pesalah khalwat dan berharap ia tidak akan berlaku dalam pembaharuan yang akan dilakukan nanti.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kenyataan-saya-tak-salah-mujahid-1.888362

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *