Tiba Tiba Remy Ishak ‘Dijerit’ Jamal Abdillah,Ini Punca Nya Dan Reaksi Remy Memang Tak Di Duga

Pelakon popular, Remy Ishak berkongsi sekeping foto bersama penyanyi senior berbakat, Datuk Jamal Abdillah.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Remy, dia terserempak dengan Jamal ketika mahu ke sebuah rancangan temu bual di stesen televisyen dan radio tempatan.

Remy turut meluahkan rasa terharu kerana dapat bertemu penyanyi idolanya itu.

Idola sepanjang zaman! Terserempak dengan Datuk Jamal Abdillah waktu nak ke interview dan promosi Dendam Pontianak di MHI @tv3malaysia dan @koolfmmy pagi tadi.

“Terharu sungguh saya bila idola ni jerit panggil nama saya dari jauh! “Remy..!! Sangkar!!”- laung beliau dari jauh! Pergh,” tulis Remy sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Remy turut mengucapkan terima kasih kepada pelantun lagu Gadis Melayu itu kerana menyedari kewujudannya dalam industri seni.“Terima kasih Datuk sebab noticed saya dalam dunia seni ini, saya memang membesar dengan lagu-lagu nyanyian Datuk sejak kecil, suara saya pun sebiji macam Datuk kalau saya menyanyi, agak-agak boleh tak kita berduet satu hari nanti,” seloroh Remy mengakhiri kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum melihat foto dua penggiat seni berbakat itu.

Selain Dendam Pontianak, Remy kini tampil membintangi filem terbaru arahan Khabir Bhatia iaitu Sangkar.

Filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Sangkar juga turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi

Selain Remy, Sangkar turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara, Brunei dan Singapura.

SUMBER

Leave a Reply