TinggaI Berapa Hari Sahaja Lagi Nak Konsert Exists Reunion Mamat PuIa Buat HaI. Ajai Akhirnya Buka Mulut

Bagi yang membesar sekitar awal 90an pastinya tidak akan lupa fenomena lagu Untukmu Ibu dan Rahsia Pohon Cemara yang dipetik daripada album pertama mereka berjudul Exists yang terjual sebanyak 250,000 unit ketika itu.

Selepas beberapa ketika kebanyakan ahli Exists membawa haluan diri masing-masing dengan Mamat bergelar penyanyi solo sementara Ajai bergelar penulis lagu dan terlibat dengan perniagaan.

Sehinggalah kini mereka kembali sebagai satu ‘team’ dalam sebuah konsert Exists Reunion yang bakal diadakan tidak lama lagi. Namun tinggal beberapa hari konsert berlangsung, peminat dikejutkan dengan berita penyanyi Mamat ditahan.

 

Komposer Ajai menganggap berita penahanan penyanyi Mamat pada Ahad lalu sebagai ujian awal kepada semua anggota asal kumpulan itu yang kini dalam persediaan untuk mengadakan konsert.

Ajai, 43, yang juga bekas pemain keyboard Exist, berharap semua peminat tidak berhenti menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk konsert Exists Reunion yang bakal diadakan pada 28 September ini.

” Assalammualaikum… Sememangnya kami di Exists mahukan segala yang dirancang dapat dilaksanakan. Ini satu ujian awal untuk kami.

” Kami harap para peminat akan terus mendoakan yang terbaik untuk ‘Exists Reunion’ Insya-Allah,” tulis Ajai.

Pemilik nama Mohd Faizal Maas ini memberitahu perkara tersebut menerusi laman Instagramnya pada Isnin.

Bekas vokalis Exists itu ditahan polis selepas disyaki mempunyai kaitan dengan kelahan ddah ketika menunggang motosikal bersama seorang rakannya.

Mamat ditahan polis di Taman Perling, Johor pada malam Ahad lalu selepas pihak polis menemui penyanyi itu dalam keadaan mencurigakan.

Mamat bersama rakannya itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kncing turut mendapati kedua-dua mereka psitif ddah.

Mamat sepatutnya bersama anggota asal kumpulan Exists bakal mengadakan konsert reunion pada 28 September ini di Stadium Malawati, Shah Alam dan 5 Oktober depan di Singapura.

Dalam pada itu, menerusi ruang komen foto yang dimuat naik Ajai, rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata positif dan berharap konsert tersebut diteruskan seperti yang dirancang.

Peminat luah rasa kecewa

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang meluahkan rasa kekecewaan apabila sudah membeli tiket semata-mata untuk melihat persembahan Mamat.

” Konsert perlu diteruskan… Kami dari Sarawak dah beli tiket dan hotel pun sudah ditempah semata-mata untuk Konsert Exists Reunion.

” Kecewa sangat. Saya beli tiket konsert salah satu sebab nak tengok Mamat menyanyi dan nak semua anggota Exists ada. Apa-apa pun saya tetap sokong dan akan pergi ke konsert itu.

” Sayang betul Mamat tak ada kat konsert reunion nanti terpaksa lah abang @byajai jadi pengganti di konsert nanti,” komen beberapa netizen.

Menerusi kenyataan rasmi penganjur konsert Exists Reunion, Shiraz Projects akan tetap dijalankan seperti yang dirancang.

Sementara itu berita terkini yang baru diperolehi, vokalis kumpulan Exists iaitu Mamat dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan poIis kira-kira pukul 4.30 petang, Selasa.

Berdasarkan perkembangan terbaharu itu, Mamat difahamkan akan tampil menghiburkan peminatnya dalam konsert Exists Reunion pada 28 September ini mengikut perancangan awal.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, penyanyi itu kini dalam keadaan sangat baik dan kelihatan tenang sebaik dibebaskan.

“ Alhamdulillah, keadaan Mamat okey. Saya belum sempat berbual panjang dengan dia. Kami akan berangkat ke Kuala Lumpur petang ini juga,” kata Shirazdeen.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Kredit:kinitrending

Leave a Reply