“Try buat pagar guna bugatti pulak lepas ni..”-Lelaki Terlajak Kaya, Buat Pagar Automatik Rumahnya Guna Motor Yamaha RXZ

Yamaha RX-Z boleh dikatakan sebagai antara motor keluaran Yamaha Motor Co Ltd paling laku keras sejak ia mula memasuki pasaran Malaysia sekitar tahun 1980-an.

Walaupun ia motor kelas ekonomi namun model ini menjadi buruan peminat roda dua dari dulu hinggalah sekarang.

Tapi bagi seorang lelaki yang menetap di Chonburi, Thailand iaitu Mr Thanmelakukan tindakan yang berbeza sehingga membuatkan ramai orang khususnya pencinta motosikal model RXZni berasa pelik dan kagum pada masa yang sama..

Nak tau kenapa?

Sumber : Youtube

Sebab lelaki ni jadikan puluhan motosikal Yamaha RX-Z sebagai pagar automatik sekeliling rumahnya..korang boleh imagine tak?

Difahamkan yang Mr Than ni rupa-rupanya seorang pemilik bengkel dan peminat sejati motosikalso no wonder lah di ada banyak koleksi RX-Z ni kan.

Pakai kemeja biru kotak-kotak tu Mr Than..

Actually hal ni dikongsikan seorang anak muda bernama Mohd Irwan yang pergi sendiri ke rumah Mr Than bagi melihat ‘pagar istimewa’ di rumah lelaki tersebut

Katanya sebanyak 35 model Yamaha RX-Zdigunakan untuk transform jadi pagar rumah tersebut..mak oi, kalau jual boleh beli rumah weh.

Korang tengok sendiri antara gambar-gambar yang dikongsikan Irwan sewaktu kat sana.

Irwan ‘pose’ depan deretan RXZ..

Sumber : Youtube

RXZ ni siap berbumbung lagi

Ini rumah Mr Than…besar weh!

Kata Irwan, cuma part yang agak menyedihkan bila tengok motor-motor tersebut yang kusam dan kotor seolah-olah tak dijaga dengan baik oleh pemiliknya.

Tetapi bukan ke Mr Than kata dia peminat motor sejati?

Seat motor siap ade tompok-tompok huhu..

Nampak kusam dan berkarat..

Tapi memang ‘rare’ habis pagar rumah ni, macam mana lah Mr Than dapat idea yang kebabom ni kan!

Tapi paling best tak kena curi pulak motor-motor Mr Than ni..mungkin orang sana kaya-kaya kot

Tak kisah la kan orang nak kata idea giler ke membazir ke ape, yang penting tak guna duit orang lain..

Sumber:lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *