(Vide0)Setelah lama berdiam diri, PU Abu akhirnya jelaskan status hubungan terkini dengan Nurhannah

PENDAKWAH bebas dan bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) , Muhammad Abu Sufyan Mohkhtar Rozaini, 25, menjelaskan hubungannya dengan Nurhannah Azra Mohd Zakir dalam keadaan baik dan mengakui masih tinggal sebumbung dengan isterinya itu.

Muhammad Abu Sufyan atau lebih dikenali dengan gelaran PU Abu menjelaskan perkara itu menerusi video berdurasi satu minit 22 saat yang tular di laman sosial, malam tadi.

Menerusi rakaman berkenaan, beliau berkata, apa yang berlaku antara mereka berdua sekadar konfl1ik kecil dalam rumah tangga.

“Hubungan saya dengan isteri saya, Hana Azraa baik baik saja. Kami okay masih suami isteri, masih tinggal sebumbung.

“Jadi,spekulasi yang berlaku baru-baru ini konfli1k kecil. Biasalah rumah tangga sedangkan lidah lagi tergigit apakah pula ‘kusyen dan sofa’.

“Saya harap netizen doa yang baik-baik supaya kami dapat hidup dalam keadaan baik dan harmoni,” katanya.

Dalam pada itu, PU Abu turut meminta semua pihak untuk tidak membuat andaian dan mengulas mengenai perkara yang di luar pengetahuan mereka.

Tolong Diam

“Lebih baik diam, jangan ulas atau komen apa-apa sebab kalau kita komen atau kalau kita cakap pasal benda tu, tak betul boleh jadi fitnah.

“Kalau betul sekalipun ia akan jadi mengumpat,lebih baik diam daripada kita cakap benda tak baik fasal orang lebih baik kita diam ataupun cakap yang baik-baik doa yang baik-baik untuk orang tu.

“Sebab apa, kalau kita dengan tuhan kita boleh minta ampun ‘direct’ (terus) dengan dia; kalau dengan manusia kita kenacari dia kat Padang Mahsyar untuk minta maaf dengan dia,” katanya.

Video itu dipercayai dimuat naik PU Abu malam tadi di laman sosialnya namun sudah dipadam berdasarkan semakan Harian Metro, hari ini.

Bagaimanapun, PU Abu ada memuat naik Insta Story di Instagram (IG) miliknya sejam yang lalu meminta semua pihak untuk tidak menganggap gelaran PU dan ikon pendidikan disandangnya sebagai tiket untuk bebas daripada melakukan kesilapan.

“Title (gelaran) PU bukan dari tuhan but (tetapi) dari Astro begitu juga dengan title ‘ikon pendidikan’ yang diberikan.

“Title tak memberikan ‘immune ‘ (imun) kepada seseorang untuk bebas dari buat salah. Tak adil kerana sepanjang saya bergerar PU tidak pernah saya mengkritik individu secara terbuka sebab saya tak tahu hujung pangkalhidup saya.

“Apa pun terima kasih atas nasihat dan kritikan yang telah diberikan. Moga Allah menjadikan saya lebih baik dari apa yang dikata. Terima kasih,” katanya.

Selasa lalu, timbul desas-desus mengatakan hubunganrumah tangga PU Abu dan Nurhannah Azraa yang dikatakan sudah berakhir.

Kontrove3rsi itu timbul apabila mereka didakwa membawa haluan masing-masing dantidak lagi tinggal sebumbung.

Terdahulu, pasangan yang dilaporkan bernikah di Satun, Thailand pada 2 Mei lalu turut mencetuskan kontroversi apabila berkahwin senyap-senyap sehingga PU Abu mence3raikan isteri pertamanya, Ain ‘Afini Latif, 23.

Rakaman PU Abu masih duduk sebumbung? Tapi Last sekali tu dia perli sapa? Bang2

Nak tengok dia (PU Abu) bahagia”-Nurhannah

SAYA cuma nak tengok dia (PU Abu) bahagia,” demikian jawapan Nurhannah Azra Mohd Zakir, isteri kepada bekas peserta Pencetus Ummah Muhammad Abu Sufyan Mokhtar Rozaini, 25, atau PU Abu berhubung desas-desus rumah tangga mereka yang dikatakan sudah berakhir.

Nurhannah Azra yang juga pengasas kosmetik berpangkalan di Kedah bagaimanapun enggan mengulas lanjut perihal rumah tangga mereka berikutan berada dalam keadaan emosi kurang stabil.

“Maaf, saya rasa cukup itu saja yang saya dapat kongsikan dengan media,” katanya.

Pasangan itu yang dilaporkan bernikah di Satun, Thailand pada 2 Mei lalu mencetuskan kontroversi apabila berkahwin senyap-senyap sehingga PU Abu menceraikan isteri pertamanya, Ain ‘Afini Latif, 23.

Hubungan pasangan itu dilaporkan mengalami masalah selepas didakwa membawa haluan masing-masing dan tidak lagi tinggal sebumbung .

Nurhannah juga dilaporkan mengesahkan hubungannya dengan PU Abu akan berakhir dengan baik.

Reaksi bekas isteri PU Abu

Sementara itu, bekas isteri PU Abu, Ain berkata, dia tidak tahu menahu mengenai keretakan hubungan bekas suaminya itu sehingga diberitahu media.

Ain berkata, dia ada berhubung dengan bekas suaminya itu dalam tempoh terdekat tetapi perbualan hanya berkisar mengenai anak lelaki mereka, Muhammad Adam Amsyar yang dilahirkan di Hospital Shah Alam pada 7 Jun lalu.

“Saya enggan mencampuri hal rumah tangga mereka, itu hal mereka. Malah, tiada perancangan untuk kami rujuk semula, bab-bab rujuk saya tak berani nak cakap.

“PU Abu ada kehidupan sendiri, begitu juga dengan saya,” katanya.

Ditanya mengenai ucapan Hana yang mendoakan kebahagiaannya dengan PU Abu, Ain enggan mengulas dan tidak tahu mengenai hal itu.

“Mungkin perlu tanya dia (Nurhannah) kenapa cakap macam itu,” katanya.

p/s: Apa-apa pun, semoga mereka tenang menjalani kehidupan berumah tangga

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: hmetro via mediaohsem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *