[VIDEO] Diam-Diam Misha Omar Kini Bergelar Pembaca Berita Astro? Ini Respon Beliau

Disebalik kariernya sebagai seorang penyanyi yang berjaya, siapa sangka Samiha @ Aisah binti Omar atau lebih popular dikenali sebagai Misha Omarsebenarnya menyimpan hasrat untuk menjadi seorang pembaca berita sejak kecil lagi.

Hasrat Ditunaikan 

Hasrat itu didedahkan Misha selepas dia diberi kesempatan oleh pihak Astro Awani yang merealisasikan impiannya untuk membaca berita di saluran televisyen swasta itu. Menurut Misha, dia berterima kasih dan dan berbesar hati apabila pihak Astro Awani mengundangnya untuk membaca berita biarpun untuk seketika.

“Dulu masa kecil pernah juga berangan nak jadi pembaca berita, kalau cikgu suruh baca text berbentuk berita, apa lagi, kau berangan jadi Christine Ling dalam kelas”

Video

Peminat Teruja 

Menerusi perkongsian video pelantun Sampai Bila itu di laman Instagram nya,rata-rata peminat dan rakan artis begitu teruja melihat gaya penyanyi kesayangan mereka itu membaca berita seperti sudah lama berpengalaman.

Malah ada diantara mereka yang berseloroh dengan mengatakan sanggup tonton berita yang dibaca Misha setiap hari. Sedap sungguh suara Kak Mitch bukan?

Biodata Misha Omar, Penyanyi Lagu Sampai Bila

Biodata
1. Pemilik nama penuh Samihah @ Aisah binti Omar. Dikenali sebagai Misha Omar.

2. Lahir pada 6 Januari 1982 di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Kini berusia 37 tahun (2019).

3. Anak kepada pasangan Omar Ismail (bapa) dan Zainab Mat Nor (ibu).

4. Mempunyai tujuh orang adik-beradik. Beliau merupakan anak keempat. Kakaknya, Mimi Omar berkhidmat sebagai pengurus peribadinya.

5. Merupakan penyanyi, penggubah lagu, penerbit rakaman, penulis lirik, pelakon, model iklan dan pengacara.

6. Sebelum memasuki dunia seni, beliau merupakan peminat setia kepada penyanyi Liza Hanim.

7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2001.

8. Memperjuangkan muzik bergenre Pop, Pop Rock, R&B, Balada dan Etnik Kreatif.

9. Bernaung di bawah label syarikat rakaman BMG (2002-2004), Sony BMG (2004-2008) dan Sony Music Malaysia (2008 sehingga kini).

10. Bakatnya dicungkil menerusi pertandingan Bintang RTM 2001 di usia 19 tahun. Bergelar finalis akhir yang mana ketika itu turut disertai beberapa peserta yang juga berjaya mencipta nama sebagai penyanyi pada hari ini, iaitu Sarah Raisuddin, Farawahida, Amir Mahiyidin (vokalis kumpulan Sofazr), Azharina Azhar dan Asmidar.

11. Single pertamanya berjudul Bunga-Bunga Cinta yang dinobatkan sebagai juara utama Anugerah Juara Lagu ke 18 (AJL) termasuk Anugerah Vokal Terbaik, telah berjaya melonjakkan namanya sebagai artis baharu.

12. Di peringkat antarabangsa, MIsha pernah meraih anugerah emas di Anugerah Muzik Asia di Shanghai pada tahun 2003. Juga tercalon di MTV Asia Awards sebanyak dua kali dan dipilih untuk membuat persembahan di MTV World Stage pada 2009.

13. Pernah tampil dengan tiga album solo iaitu ‘Misha’ pada tahun 2002, Aksara (2004) dan Misha Omar (2008), serta album kompilasi, Dia… Misha (2011).

14. Sebagai pelakon, beliau pernah membintangi filem-filem arahan Yusof Haslam dan A Razak Mohaideen, termasuk beberapa drama televisyen dan pementasan persembahan muzikal di Istana Budaya.

15. Antara lagu-lagu hitsnya seperti Halaman Cinra, Lilitan Asmara, Semoga Abadi, Dedebu Cinta, Tiada Lagi Tangisan, Riwayat Cinta, Pulangkan, Cinta Adam Dan Hawa, Sampai Disini, Nafas Cahaya, Sembunyi (duet bersama Andy Flop Poppy) dan Ku Seru.

16. Mendirikan rumah tangga dengan Firoz Ezzwan Rossly dan sehingga kini perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak.

 

Sumber: hangat

Via iluminasi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *