Viral! Lelaki Pangkat Tinggi Pukul Penjaga Parking. Akhirnya Punca Sebenar Didedahkan

Aduhai benda kecik je pun, patut settle je situ tak payah gaduh gaduh…

Sebuah video menunjukkan lelaki dipercayai berpangkat Dato’ mengasari pekerja pejabat parking viral baru-baru ni. Kejadian tu dikhabarkan berlaku dekat sebuah hotel 5 bintang di KL pada 18 September lalu.

Tweet yang viral tu mengatakan yang perkara tu berlaku disebabkan salah faham dan pekerja tersebut ada terima ugutan daripada lelaki tersebut.

Melalui video tu, lelaki tersebut dilihat muncul dan terus menyerang pekerja berbangsa India berkenaan. Dia kemudian baling walkie talkie ke arah pekerja tu sebelum masuk ke dalam pejabat dan terus menyerang.

Hari ini, Berita Harian melaporkan yang punca lelaki tu naik angin adalah disebabkan sesuatu yang sangat remeh.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid, berkata mengikut laporan pengadu, suspek berkenaan mula marah sebab pekerja tu tak mahu naikkan palang keluar sebab dia tak bayar tiket yang hanya berjumlah RM3 je! Ek eleh bayar jela kan senang.

Mujurlah pekerja tu tak alami kecederaan serius dan hanya cedera ringan di bahagian lengan.

“Suspek sudah dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan sebelum ia dirujuk kepada pihak pendakwa raya,” kata Ruslan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ringan kepada mangsa.

Kan tak pasal pasal dah jadi kes polis. Adoyai RM3 je pun, bayar jela kan settle masalah. Dia yang tak bayar dia pulak yang nak mengamuk…

Sumber

Bertengkar kerana RM3

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan video memaparkan seorang lelaki memarahi penjaga tempat letak kereta di sebuah hotel di ibu negara yang viral di media sosial baru-baru ini berlaku pada 18 September lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid, berkata mengikut laporan pengadu, suspek mula berbuat demikian selepas penjaga tempat letak kereta itu enggan menaikkan palang keluar hotel itu selepas mendapati suspek tidak membayar tiket berjumlah RM3.

“Kita terima laporan dari pengadu yang juga penjaga tempat letak kereta itu pada 19 September lalu, mangsa tidak mengalami kecederaan serius, cuma cedera ringan di bahagian lengan.

“Suspek sudah dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan sebelum ia dirujuk kepada pihak pendakwa raya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ringan kepada mangsa.

▶️ Berita Harian Online

#inforoadblock

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *