Walaupun Sibuk di set pengambaran, krew produksi JS Picture Tetap tunaikan solat jemaah. Tapi Ramai Tak Sangka Bila Tahu Siapa Imam Mereka..

Walaupun Sibuk di set pengambaran, krew produksi JS Picture Tetap tunaikan solat jemaah. Tapi Ramai Tak Sangka Bila Tahu Siapa Imam Mereka.

Kesibukan kerja tidak sepatutnya dijadikan satu alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, lima waktu yang dituntut bukanlah memakan masa yang banyak sebenarnya.

Justeru itu, apa jua keadaan sekalipun wajib untuk kita memelihara solat kerana, jika tidak dilaksanakan dibimbangi tiada keberkatan dalam setiap rezeki yang kita perolehi.

Satu krew produksi solat jemaah
Satu contoh yang baik, menerusi muat naik IG story pengarah dan penerbit Sheila Rusly memaparkan krew produksi dan para pelakon memberhentikan seketika pengambaran bagi menunaikan solat secara berjemaah.

Video 1tengok  siapa imamnya patut lakonan semua menjadi

Video 2 alhamduilah siap wirid doa siap.. Terbaik

Jadi Pengarah boleh, jadi Imam boleh…
Bukan sahaja kejayaan drama jadi keutamaan, dilihat produksi JS picture amat menitik beratkan soal solat walau sesibuk mana pun pengambaran ketika itu.

Kalau ketua yang bagus mesti anak buah akan ikut, berperanan bukan sahaja sebagai penerbit dan pengarah, Jinggo mengambil peluang untuk mengimamkan solat.

Video 3.. allahu solat asar pulak..

Berharap akan ada banyak lagi produksi yang akan menghormati waktu solat sewaktu menjalani penggambaran seperti yang dilakukan oleh JS Picture.

Komen netizen

dr dlu lg tgok ig story js picture setiap waktu dorg akn berhenti utk hormat waktu solat , suka sgt life sheila rusli n tok sidang . perfect👍🏻

Benda wajib mmg wajib buat…bagus la perlu ke nak heboh.. Maaf la kadang2 aku tak suka cara artis semua dia nak tujuk… Ade perkara tak perlu pun tujuk dah mcm riak la pula

Sebelum ini pernah tular dimana netizen ini seolah-olah telah membuat tuduhan tak berasas dengan mendakwa Sheila tidak menunaikan solat ketika Azan sedang berkumandang. Nampaknya netizen ini begitu ambil berat tentang dosa orang lain dari dosa diri sendiri. Masyallah!

Netizen ini telah menyuarakan pertanyaan kepada pelakon dan pengarah popular Sheila Rusly dengan mempersoalkan bagaimana dia dan kru menunaikan solat ketika sesi penggambaran program Ketuk-ketuk Ramadan dijalankan.

 

Jinggo Beri Nasihat Padu

Screenshot mesej ini telah dikongsikan oleh suami Sheila, Jinggo iaitu pengarah dan penerbit terkenal dari JS Pictures. Dalam kapsyen yang ditulis, Jinggo beranggapan netizen ini tidak berfikir dahulu sebelum bertanya soalan malah pertanyaan yaangh diutarakan boleh jadi fitnah.

“Boleh tanya tapi kita kena tahu apa yang kita nak tanya sebelum kita bertanya orang. Komen itu boleh tapi kita kena tahu macamana nak menulis komen sebab usaha kita nak mengingatkan orang lain tapi komen kita pulak menfitnah orang lain. Niat nak buat pahala. Dosa pula yang dapat” – kata Jinggo

Tuduhan Yang Membawa Fitnah

Mengenai hal tidak solat ketika azan berkumandang, Jinggo menyifatkan netizen ini telah membuat tuduhan melulu sedangkan netizen ini tidak berada di lokasi penggambaran.

“Awak kata azan berkumandang? Mana awak tahu kalau awak tak ada kat situ. Awak buat apa kat situ kalau awak tahu azan berkumandang? Kalau salah tulis, salah baca, awak pun sama lah macam jurukamera saya yang awak kata tak sembahyang tu. Nampak tak sekarang apa jadi bila awak salah tulis orang lain salah baca. Nampak tak dosa tercipta bila kita silap mencari pahala?”

Kepada yang bertanya kepada Sheila dan Jinggo, rahsiakan ibadah anda jangan menilai dan menghukum orang dari apa yang kamu lihat diluarnya. Pahala tu belum cukup tapi jangan mudah tambah dosa dengan komen sebegini. Terus-terang, Hangat.com sendiri rasa geli hati baca komen dari netizen ini.

Sumber : Sheil Rusly via nalurikini.com via mediaohsem vi hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *