Wanita Ini Mengandung 5 Kali Tetapi Semua Keguguran. Jumpa Ustaz Tiba2 Muncul Seorang Nenek Beritahu Sesuatu

Foto sekadar hiasan. Membicarakan tentang saka adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Gangguan ‘saka’ adalah jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak disedari, yang biasanya melibatkan keturunan. Seperti perkongsian pusat perubatan ini, seorang wanita tidak sedar dirinya diganggu saka sehinggalah bertemu ustaz ini..Se ram!

Kesian, seorang pesaa kit datang. Terima rawatan untuk ikhtiar dapatkan zuriat. Beliau dah berkahwin 7 tahun. Tapi sepanjang perkahwinan beliau, beliau pernah mengandung sebanyak 5 kali….Kesemua kandungannya gugur.

Sebelum beliau gugur, beliau akan pasti mimpi tumpah daa rah, mimpi nenek tua urut perut, mimpi jatuh tempat tinggi, mimpi menyusukan budak, mimpi benda ada orang nak buu nuh,. Setiap kali mimpi2 tersebut, keesokan harinya beliau akan keguguran.

Semua kandungan beliau tidak bertahan lama, paling lama pun 3 bulan. Beliau tidak pernah dapatkan rawatan islam. Bila terbaca artikel tanda2 gangguan makhluk halus yang saya share, beliau tergerak untuk dapatkan rawatan Islam dengan saya.

Bila saya Ruqyah kan beliau, ternyata ada gangguan dalam badan. Beliau berubah menjadi Nenek Kebayan yang amat tua…Saya bertanya kepada nenek tua itu.

Saya: Kenapa kamu ganggu dia??

(Ia hanya menggelengkan kepala sambil terkunyah2 seperti sedang makan sireh…keadaannya bongkok seperti orang tua)

Nenek itu jawab…

Nenek Tua: Dia keturunan aku…dia milik aku…Jangan ganggu dia lagi!!!!!!

Saya: Dia bukan milik kamu…Keluar kamu dari Tubuh badannya….

Nenek: Aku cakap…ko tak faham2 ke? Dia milik aku!!! Aku benci ko kerana ambil hak milik aku

(Nenek tua itu menunjuk ke arah suaminya)

Suami Pesa kit: Kenapa ko ganggu dia??

Nenek: Dia keturunan aku…aku di amanah oleh nenek moyang dia untuk menjaga dia. Aku jaga dia dari dia masih kecil lagi. Aku amat sayangkan dia….Aku tak suka ko??? Ko rampas dia dari aku??? Pulangkan dia pada aku kerana dia milik aku. Aku jaga dia dari kecil lagi.

(Dengan nada yang amat tegas)

Saya: Pergi!!! Lepaskan dia sekarang???

Nenek: Aku tak peduli…dia Milik aku. Apa pun terjadi aku tak kan lepaskan dia. Aku tinggal di rahimnya. Aku makan janinnya. Aku tiada makan, aku terpaksa makan janin dia. Dulu tuan aku ada…Nenek Moyang Kau ada dia bagi aku makan. Aku tak nak dia mengandung, dia Milik aku…dia tuan aku..sampai bila2 aku tak kan biarkan kamu berdua bahagia.

Tanpa lengah, saya pun Ruqyah beliau dan Izin Allah SWT, Jin nenek tua itu pergi dengan jeritan yang amat kuat…

Sesiapa yang mengalami gangguan saka keturunan, sekiranya dah berumahtangga boleh mengakibatkan hubungan suami isteri menjadi panas. Sukar mendapat zuriat. Bagi wanita akan mengalami kitaran haid tak normal.

Nasihat saya, sekiranya anda ada gangguan saka Keturunan, dapatkan rawatan Islam berhampiran. Jangan putus asa. Kesembuhan semua di atas dengan izin Allah SWT…In Sha Allah.Moga di jauhkan ia berlaku pada kita dan saudara mara kita…Aamiin….

9 TANDA-TANDA ADA SAKA PADA DIRI ANDA

Adakah nenek moyang anda pernah mengamalkan saka? Mungkin ya, mungkin tidak, tetapi tanda-tanda saka dalam badan boleh dikenalpasti. Jangan terkejut jika anda mungkin mewarisinya. Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada tidak mengendahkannya.

Apakah itu saka?

Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.

Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan, terutamanya kepada anak cucu yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si maa ti.

Seperti yang selalu saya jelaskan dalam artikel-artikel saya sebelum ini, apabila seseorang itu ada gangguan di dalam badannya, tidak boleh tidak, mesti akan zahir tanda-tanda gangguan pada dirinya.

Di antara tanda-tanda seseorang itu mempunyai saka di dalam badannya ialah:

1. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
2. Selalu bermimpi berada di awangan.
3. Sering dikejar binatang dan dipatuk ular.

Tanda-tanda berikut adalah petanda yang sangat jelas seseorang itu mewarisi saka:

4. Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
5. Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
6. Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur.

7. Rumah tangga sering bermasalah, sering berbalah dalam perkara yang kecil, anak-anak yang degil.
8. Berdebar-debar tanpa sebab.
9. Sa kit-sa kit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa saa kitnya.

Apa yang anda perlu buat?

Jika ada tanda-tanda saka dalam badan anda ini, anda perlu segera berjumpa dengan pengamal perubatan Islam yang bertauliah.

Selidik dahulu salasilah keturunan anda terlebih dahulu.Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-ibadat wajib, memperbanyakkan membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat.

Jangan putus asa sekiranya anda gagal mengeluarkan saka dari hidup anda.

Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra’ dan ayat ke-57 Surah Hud. Sebaiknya, jika anda benar-benar bersungguh-sungguh ingin membuang saka dari tubuh badan anda, sentiasalah mengamalkan ayat-ayat ruqyah atau pun amalan zikir al-Ma’thurat setiap pagi dan petang dan cepat-cepat dapatkan rawatan dengan pengamal perubatan Islam.

Sumber : Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin via world-wide24

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *