“Ya Allah satukanlah jodoh kami” – Aliff Aziz mahu rujuk semula

SELEPAS berkongsi rasa rindu terhadap anak tersayang, penyanyi Aliff Aziz membayangkan pula hasrat untuk rujuk semula dengan bekas isteri, Bella Astillah.

Aliff, 28, dalam satu perkongsian menerusi status di laman Twitter miliknya pada pagi Selasa mengharapkan Allah menyambung semula jodoh mereka selepas hampir dua minggu bercer4i.

“Ya Allah satukanlah jodoh kami. Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya,” kata Aliff.

Perkongsian itu juga turut mendapat reaksi positif daripada peminat yang mengaminkan doa berkenaan.

Namun, ada juga yang menyindir ‘jodoh’ yang dimaksudkan itu bersama wanita manakah pula kerana dia sering dikaitkan dengan beberapa episod cur4ng dalam rumah tanggangnya.

Aliff dan Bella, 25, bercer4i dengan talak satu pada 16 Mei lalu.

Pada waktu ini Bella perlu menjalani tempoh edah sebanyak tiga kali suci atau lebih kurang empat bulan.

Dalam tempoh beredah ini, mana-mana pasangan bercer4i boleh rujuk semula sama ada secara lafaz lisan atau perbuatan iaitu melakukan hubungan suami-isteri.

Bella yang ditemui wartawan di luar makamah Syariah Kuala Lumpur selepas percer4iannya tidak menafikan masih ada perasaan sayang terhadap Aliff namun minta diberi ruang buat sementara waktu.

Aliff sering dikaitkan dengan isu cur4ng selepas beberapa kali kantoi keluar bersama wanita berbeza.

Pada Jumaat lalu, Aliff berkongsi rasa rindu terhadap anaknya, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun dengan berkongsi gambar dia mencivm permata hatinya itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber  : Mstar via beritasemasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *