“Ya, memang saya yang salah dalam semua hal!” – bekas isteri Tauke Jambu buat pengakuan

Bekas isteri kepada pelawak terkenal, Tauke Jambu iaitu Nadia Mohd. Affandi, 28, mengakui bahawa dia bersalah dalam semua hal berkaitan kemelut rumah tangga mereka.

Menerusi laman Instagram miliknya, Nadia mendakwa setiap butir kata Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 41, semuanya betul belaka.

Di sini, saya mahu meminta maaf kepada Tauke.

“Selama ini, saya yang silap beri kenyataan gara-gara terlalu ikutkan hati dan baran.

“Harap semua hentikan kecaman terhadapnya,” memetik status Nadia yang dimuat naik pada IG Story miliknya.

Pasangan itu mengesahkan telah berpisah pada 6 Januari lalu setelah bernikah pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Khayla Aydina yang baru berusia 3 bulan. – MHE TV

Sumber: mhetv

Sebelum itu

‘Ada pihak menghasut Nadia’

“KAMI masih lagi suami isteri. Cerita kami sudah bercerai menerusi Whatsapp itu tidak betul,” kata pelawak popular, Tauke Jambu ketika mengulas dakwaan dia menceraikan isterinya, Nadia Mohd Affandi menerusi Whatsapp baru-baru ini.

Dalam kenyataannya, Nadia turut mendakwa Tauke menceraikannya menerusi kiriman rakaman suara di aplikasi WhatsApp ketika dia di kampung.

Bagaimanapun, Tauke tetap menafikan sekerasnya dakwaan Nadia itu.

Menurut Tauke, sebagai suami dia memang berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya itu.

“Biasalah, dia tengah panas dan kami sedang bergaduh ketika itu.

“Orang perempuan memang cepat melatah. Tapi ada pihak yang menghasutnya.

“Cuma saya berharap semua pihak tidak sebarkan lagi fitnah dan doakan yang baik-baik,” katanya kepada Harian Metro.

Namun, kata Tauke, dia tidak menafikan memang ada perselisihan faham berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini.

“Memang kami ada bergaduh dan ia adat dalam rumah tangga.

“Tapi tindakannya itu salah. Saya sudah puas menasihatkannya dan sebagai lelaki saya perlu banyak bersabar dengannya,” katanya.

Ditanya sama ada dia akan berbincang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga dengan Nadia, kata Tauke, buat masa ini, dia mahu memberi fokus pada program Maharaja Lawak Mega terlebih dulu.

“Biarlah Nadia menenangkan dirinya di kampung dulu,” katanya.

Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Khayla Aydina yang dilahirkan pada 26 Oktober tahun lalu.

Sumber:hmetro

Tauke nak saman ‘Sultan Melaka’

AKU tak marah pada warganet (netizen) tapi pada pencetus,” luah pelakon dan pelawak, Tauke Jambu, 42, susulan difitnah dan dicaci pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Sultan Melaka.

Tauke atau nama sebenar Zamatul Amri Zakaria berkata, tidak kisah dengan kenyataan dikeluarkan pemilik akaun itu tetapi apabila bertindak mencaci namanya, ia adalah perkara yang melampau.

“Inilah yang dikatakan melanggar etika kewartawanan, orang nak jadi wartawan atau blogger keluar masuk universiti tapi dia terus nak naik, sebab itu tiada otak apabila ‘post’ apa-apa.

“Tindakannya memalukan nama sultan, wartawan dan blogger yang berkelayakan,” katanya.

Tauke ketika dihubungi Harian Metro, mendakwa selepas mencacinya secara terbuka di laman sosial, individu itu juga cuba mengapi-apikan situasi rumah tangga yang melandanya kini.

Susulan itu, dia sudahpun membuat laporan polis dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun Facebook itu.

Dia akui sejak isu itu berlaku dia kini malu untuk berdepan dengan khalayak umum selain tidak dapat memberi tumpuan kepada kerjaya.

“Saya berhajat mahu bersara dari dunia seni, biarlah menjadi orang biasa-biasa saja.

“Senang ‘lu kecam gua, gua kecam lu.’ Rumahtangga pun semakin retak,” katanya sedih.

Katanya, pada masa ini dia sibuk di pentas MLM (Maharaja Lawak Mega) dan akan membuat keputusan sama ada mahu berhenti atau teruskan dalam bidang seni selepas habis program itu.

Imbas kembali, dua hari lalu media tempatan melaporkan, isteri Tauke, Nadia Mohd Affandi mendakwa sudah berpisah melalui lafaz cerai di aplikasi Whatsapp hujung bulan lalu.

Namun, pada laporan Harian Metro, semalam, Tauke menafikan mereka sudah bercerai tetapi mengaku rumahtangga mereka sedang bermasalah dan kini dalam proses untuk menyelesaikan isu berkaitan dengan baik.

Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *