“Ya ya saya sudah tahu dia (Maryam) kelihatan seperti ibunya”..Rashidi Tutup Komen Gara-Gara Wajah Anak Ditegur Iras Vanidah Imran

PELAKON Rashidi Ishak menyelar tindakan segelintir individu yang kerap menegur mengenai wajah anak keduanya Maryam Rashika seiras bekas isterinya, Vanidah Imran.

Rashidi memuat naik status teguran itu selepas menutup ruangan komen di dua foto bersama anak perempuannya sempena ulang tahun kelahiran yang ke 15 tahun pada Khamis.

“Ya ya saya sudah tahu dia (Maryam) kelihatan seperti ibunya. Apa tujuan anda untuk ingatkan saya berjuta kali?” kata Rashidi.

Status yang dimuat naik Rashidi di laman Instastory pada Jumaat.

Sejak bergelar duda, laman Instagram pelakon filem BU ini sering mendapat perhatian netizen yang mahu mengetahui perkembangan terbaharunya.

Baru-baru ini, dia digosipkan mempunyai hubungan dengan seorang wanita apabila memuat naik foto bersama.

Bagaimanapun, Rashidi menafikan perkara tersebut dan menganggap ia sekadar spekulasi.

Rashidi bersama bekas isteri, Vanida Imran dan anak-anak mereka.

Pada 20 Mac lalu, Rashidi mengesahkan sudah bercer4i dengan Vanida Imran pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, Rashidi dan Vanida dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18 dan Maryam Rashika, 15.

SEBELUM INI, PELAKON Rashidi Ishak akhirnya tampil menjelaskan mengenai spekulasi sudah menjalinkan hubungan istimewa selepas foto bersama wanita bernama Mishael Lee itu tular di media sosial.

Tegas Rashidi, dia mereka tidak mempunyai sebarang hubungan dan menganggap perkara itu hanya sebuah spekulasi semata-mata.

“Namanya adalah Mishael Lee. Kami baru sahaja bertemu. Walaupun spekulasi berlaku, namun ia hanya spekulasi. Kami tidak mempunyai sebarang hubungan.

“Ini adalah perkara yang sangat peribadi, tetapi saya perlu membersihkan apa-apa salah faham dan tanggapan daripada posting saya sebelum ini. Tolong hormati dia. Mishael Lee saya harap anda ok,” ujarnya.

Rashidi muat naik foto dan penjelasan tentang wanita terbabit.

Sebelum ini, pelakon filem BU itu menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik foto bersama seorang wanita di laman sosial Instagrammiliknya.

Bagaimanapun, Rashidi memadam foto terbabit selepas ia menjadi tular dan menimbulkan spekulasi pelbagai pihak berkaitan hubungan tersebut.

Pada Ahad lalu, menerusi mStar, Rashidi enggan memberi sebarang kenyataan tentang perkara itu.

Manakala, wanita itu memuat naik status menjelaskan bahawa mereka hanya sekadar kawan.

Rashidi sah bercerai dengan pelakon Vanidah Imran pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, yang berusia 15 tahun.

sumber: Mstar

Rashidi sudah temui pengganti?

Terdahulu SEKEPING foto yang dimuat baik pelakon Rashidi Ishak bersama seorang wanita di laman sosial miliknya malam Sabtu menjadi persoalan netizen sama ada aktor itu sudah mempunyai pengganti.

Rashidi yang baharu sembilan bulan bercerai dengan pelakon Vanidah Imran itu menulis di ruangan komen wanita yang dikenali sebagai Mishael Lee itu dengan menggunakan tanda pagar seolah-olah patah hati.

#imhurtyoujustfriendzonedme (saya sakit anda ‘friendzone’ saya)” tulisnya.

Bagaimanapun, Rashidi memadam foto berkenaan selepas beberapa jam dimuat naik di laman instagramnya.

Pelakon filem BU yang dihubungi mStarenggan mengulas tentang hubungan itu.

“Saya tidak mahu komen apa-apa,ini bermakna awak tidak akan dengar apa-apa daripada saya,” ujarnya pada Ahad.

Wanita berkenaan menjelaskan hubungannya dengan Rashidi tidak lebih daripada kawan.

Sementara itu, wanita berkenaan turut memuat naik foto yang sama menjelaskan hubungannya dengan Rashidi hanya sekadar kawan.

“Kepada pengikut saya, anda patut tahu saya dan Rashidi tidak dating. Kami baharu sahaja berjumpa dan saya jelaskan bahawa kami hanya kawan,” ujarnya.

Rashidi bercerai dengan pelakon Vanidah Imran selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga pada 2002.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, yang berusia 15 tahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: Mstar via soyalemon

Leave a Reply