Zarina Dedah Natasha Hudson Cu rang Dengan B3kas Suami?

Menerusi kemaskini di Instagram yang kini sudah dipadam, Zarina Anjouliemendedahkan kisah rumah tangga seorang selebriti yang kini sudah berpisah tetapi punca penceraian mereka masih tidak diketahui.

Zarina Anjoulie mendakwa yang Natasha Hudson pernah curang dengan bekas suaminya, Carleed Khaza sehingga pasangan itu memutuskan untuk bercerai beberapa bulan yang lalu.

Dalam pendedahan yang sama, Zarina Anjoulie mendakwa yang Natasha Hudson kini sudah menemui pengganti dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Natasha Hudson dalam perkembangan terbaru mengatakan yang beliau kini sudah memulakan hidup baru di Kelantan kerana sudah puas menetap di ibu kota besar.

Ini bukan merupakan pendedahan pertama tentang kisah rakan artis lain yang dibuat Zarina Anjoulie namun kita tidak mengetahui sejauh mana kebenaran disebalik pendedahan beliau ini. (rtky/m)

Terima Mesej Lucah, Netizen Tegur Cara Pemakaian Zarina Anjoulie

Ramai yang tahu pelakon Zarina Anjoulinesememangnya seorang yang lantang bersuara. Zarina juga seringkali tampil dengan pendapatnya mengenai isu yang berlaku di sekelilingnya dan sebelum ini pernah mendedahkan beberapa cerita panas selebriti.

Baru-baru ini, menerusi Instagram Zarina mendedahkan dia ada menerima mesej lucah daripada lelaki yang mengajaknya untuk melakukan perkara tidak senonoh. Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan marah kerana individu tersebut berani menghantar mesej sedemikian kepada pelakon tersebut.

Bagaimanapun, ada netizen mengatakan, Zarina perlu menjaga cara pemakaiannya supaya tidak menjadi mangsa lelaki gila seks. Tidak kurang juga ada selelintir netizen menegur cara pemakaian Zarina yang bertudung tetapi tidak menutup bahagian yang sepatutnya.

Namun ada juga berpendapat ianya tiada kaitan dengan cara pemakaian seseorang wanita, sedangkan ada saja wanita berpakaian sopan pernah menjadi mangsa gangguan seksual.

Ini bukanlah perkara baru dalam industri hiburan tanah air, malah ada beberapa selebriti lain turut pernah mendedahkan menerima foto-foto lucah daripada netizen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *