Viral

Asyik Belanja Beg Tangan Puluhan Ribu, Teman Lelaki Ceritakan Sbb Knp Tak Kahwin-Kahwin Dgn Ruhainies

Kekasih hati pelakon Ruhainies, ahli perniagaan yang juga yang dikenali sebagai Mr. E menghadiahkan beg tangan mewah edisi terhad sempena ulang tahun kelahiran yang ke-28 pelakon itu semalam.

Mr. E berkata, dia sudah menghadiahkan lebih enam beg tangan kepada pelakon itu dan setiap satu dianggarkan bernilai puluhan ribu.

” Sebenarnya, Ruhainies amat menyukai beg tangan. Beg tangan terbaharu yang saya hadiahkan sempena ulang tahun kelahirannya adalah beg yang keenam buatnya.

” Sebelum ini pun, saya ada hadiahkannya beberapa aksesori lain seperti jam tangan.

” Macam beg tangan, harganya tidak perlulah saya kongsikan. Cuma ya, saya boleh kata dalam puluhan ribu.

” Hadiah istimewa untuk yang tersayang, mengapa tidak?

” Lagipun saya memang suka berikan hadiah edisi terhad yang tidak mudah didapati di mana-mana untuk Ruhainies.

” Bagi saya, dia seorang yang cukup istimewa di mata dan ia bukti cinta sejati saya terhadapnya,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadi Ruhainies yang diadakan di Hotel W, di sini, semalam.

Selain kelibat Mr.E, majlis terbabit turut dihadiri rakan terdekat dan peminat tercinta pelakon itu.

Menurut Mr E, dia mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada aktres itu.

” Saya sudah bersedia menjadi suaminya sampai bila-bila. Hal ini juga sudah kami bincangkan secara serius.

Permintaan ibu bapa Ruhianies, tunggu kakaknya kahwin dahulu

” Insya Allah jika tiada aral melintang, kami akan mendirikan rumah tangga selepas kakaknya berkahwin, sebagaimana permintaan ibu bapa Ruhainies.

” Kalau bukan tahun ini, kami mungkin akan mendirikan rumah tangga tahun hadapan.

” Apa pun, kami akan kongsikan berita gembira itu kepada semua nanti. Doakan yang terbaik,” katanya.

Lahir 27 Julai 1992, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang.

Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Hello, Mr. Perfect! yang mana beliau memegang watak sebagai Alya Adriana dan Nurul Ain.

Selain bergelar pelakon, Ruhainies juga merupakan duta kepada produk jenama Ruza dan Ruhainies Rosy Secret. Beliau juga ialah adik kepada pelakon Risteena Munim.

Sementara Risteena yang kini berusia 30 tahun sudah bertunang dengan pelakon Isa Khan pada 23 November lalu sewaktu bercuti di Bali, Indonesia.

Kredit: asiakini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *