Viral

Cov1d-19: Dua Kluster baru mula dikesan. Ini kawasan yg terlibat

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti dua lagi kluster baharu Covid-19, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kluster dikenal pasti itu adalah Kluster Kurau dan Kluster Meranti.

Beliau berkata, dua individu positif Covid-19 menerusi kluster Kurau yang mana kes pertama kluster ini iaitu kes ke-9,050 dilaporkan pada 7 Ogos.

“Kes kedua kluster ini iaitu kes ke-9,082 adalah abang ipar kepada kes ke-9,050, yang mana beliau dikesan hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat.

“Susulan itu, individu dan keluarganya yang berada di Pulau Pinang turut disaring. Pada 9 Ogos, beliau dikesan positif Covid-19 manakala ahli keluarga seramai lima orang yang disaring dikesan negatif.

“Setakat ini sejumlah 115 individu kontak rapat disaring, daripada jumlah itu 106 individu negatif dan sembilan masih menunggu keputusan.

“Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kluster kedua pula adalah kluster Meranti mula dikesan pada kes ke-9,083 iaitu seorang petugas kesihatan dikesan positif Covid-19 pada 8 Ogos.

“Beliau mempunyai kontak kepada kes ke-8,968, iaitu kes Covid-19 yang dikesan hasil daripada saringan pra pembedahan.

“Selepas disiasat, kes ke-8,968 didapati pernah mempunyai sejarah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan di mana kes ke-9,083 bertugas,” katanya.

Menurutnya, saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif sedang dijalankan yang mana setakat ini 15 individu sudah disaring.

“Punca jangkitan kluster ini adalah masih di dalam siasatan,” katanya.

PKPP

Dakam mad da itu KERAJAAN belum memutuskan sama ada akan menyambung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) atau melaksanakan langkah lain selepas 31 Ogos ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan diputuskan selepas data jangkitan Covid-19 semasa dianalisa dengan lebih terperinci.

“Kita kena tengok keadaan terkini sebelum 31 Ogos ini dan akan bincang balik apa yang akan kita lakukan selepas tarikh itu.

“Dahulu kita pernah mencatat tiada jangkitan Covid-19 tiga hari berturut-turut pada awal bulan lalu.

“Jika tiada kadar jangkitan hingga 31 Ogos mungkin kita akan kata tak perlu lagilah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988). Namun waktu itu, kita kena jaga diri kita sendiri, bukan lagi mengharapkan barisan hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Pagoh, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Pengerusi Kempen Pembudayaan Norma Baharu mengakui terdapat individu yang masih degil dan ingkar dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya,ia termasuk mengabaikan pemakaian pelitup muka walaupun ia diwajibkan sejak 1 Ogos lalu.

Beliau berkata, denda RM1,000 ke atas individu ingkar memakai pelitup muka diharap memberi kesedaran kepada rakyat supaya mematuhi arahan ditetapkan.

Kredit: trendingsgt

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *