Semasa Viral

Pemilik Burger Lapor Kes Judi Mahu Lari Sembunyikan Diri, ‘Klu Sy Dibunvh Anda Tahu Nak Cari Siapa’

” Saya call, saya hantar video dan whatsapp semua..saya cerita (buat laporan), kemudian kedai mesin juudi tu tutup dua hari..tetapi lepas itu buka balik..

” Lepas itu bila saya complaint lagi, dia tutup balik..Kemudian lebih kurang tiga minggu lepas staff saya datang jumpa dan bertanya adakah betul saya yang complaint kedai mesin juudi ..

” Maksudnya cina-cina kedai mesin juudi ni tahu saya yang complaint.

” Macam mana tauke-tauke kedai mesin juudi tahu saya yang complaint? Macam mana dorang boleh tahu kalau bukan orang dalam yang bagitahu.

Itu perkongsian individu bernama Asri Hamid yang mendedahkan terdapat kegiatan premis perjvdian serta penjualan rkok selvdup di kawasan Sungai Buloh dan tidak mendapat tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.

Dakwaan yang dimuatnaik dalam bentuk video tersebut tular sejak pagi ini dan mendapat perhatian orang ramai.

KPN bersuara

Malah pihak berkuasa termasuk Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador sendiri telah memberi respon terhadap dakwaan individu terbabit.

Hamid berkata, tindakan tegas pasti diambil terhadap mereka yang bersekongkol dalam aktiviti jenayah itu.

” Bukit Aman sudah memulakan tindakan sebaik pendedahan mengenai kegiatan itu dibuat menerusi video oleh seorang peniaga, dipercayai penjual burger di kawasan Sungai Buloh.

” Bagus ada pihak yang berani dan ikhlas mendedahkan situasi sebenar di lapangan, dan kita bertindak segera ke atas semua kegiatan yang salah ini,” katanya.

Saya kemungkinan akan dibvnuh..

Video pertama berdurasi 13 minit 28 saat sudah ditonton oleh 3.6 juta orang selepas 18 jam disiarkan, manakala satu lagi video berdurasi 8 minit 29 saat ditonton oleh 1.4 juta penonton.

Sementara itu menerusi video itu juga, Asri berkata sekiranya dia m4ti disebabkan pendedahannya itu, orang ramai tahu siapa yang perlu dicari.

” Saya minta tolong share benda ni, kalau kata saya m4ti, benda ni dan video ini dah tersebar.

” Sebab saya kemungkinan akan dibvnuh. Saya nak lari bawa anak isteri saya untuk sembunyikan diri buat masa ini.

” Ini kerana kedai juudi pasti akan tutup malam ini, sebab video ini pastinya sekejap sahaja kecoh.

” Kalau saya m4ti, tuan-tuan tahulah nak cari siapa. Saya harap sangat KP Johor ( Datuk Ayub Khan) datang tukar jadi KP Selangor. Sebab KP Selangor tak tegas macam KP Johor, kami suka KP Johor..” katanya

Penduduk setempat tampil pertahankan peniaga burger

Seorang penduduk setempat tampil mempertahankan pemilik Hot Burger Malaysia yang membangkitkan isu kegiatan perjudian di beberapa unit kedai dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh, semalam.

Menurut Azlan Zambry, apa yang dinyatakan dalam video tersebut benar-benar berlaku malah kedai rokok seludup milik warga Acheh itu dipercayai telah beroperasi di lokasi tersebut lebih 30 tahun.

“Apa yang berlaku dan dinyatakan adalah perkara benar. Sebagai contoh, kedai rokok Acheh yang dipaparkan di dalam video itu beroperasi lebih 30 tahun. Tidak pernah berusik!,” katanya menerusi Facebook.

Azlan menambah, dia hanya mahu menyatakan kebenaran dan tidak berniat untuk mengganggu siasatan polis.

“Saya tidak berniat mengganggu siasatan polis, tetapi ia perkara benar yang tidak perlu disangkal selain isu kedai judi yang wujud.

“Malah saya pernah menyaksikan insiden rompakan dan tetakan yang berkaitan dengan kedai judi tersebut,” ujarnya.

Rata-rata netizan memuji tindakan berani penjual buger ini

“Bagus tindakkan berani yang harus dipuji bukti dah ada tak payah takut dan gentar. PPIM tolonglah saudara kita yang mengalami kesusahan ketika ini. Semoga di permudahkan segala urusan.

” Betul kedai rokok seludup tu dah bertahun, saya pindah sini pun dah 4 thn kdai tetap operasi macam biasa, geng2 dia tepi goreng pisang berhadapan kfc bandar baru sg buloh, satu lgi Dpn rumah org lorong 1A/5, tepi kedai Asam pedas stor acah jual sabun itu pun ada… Smua jual rokok seludup

“Sahabat mari support hot burger . Yg baik kita sokong
Insyaallah brother ni di pelihara dan dipermudahkan
Mohon pdrm dan sprm ambil tindakan sewajar nyer.RASUAH perosak negara!

” Semoga usaha abg asri ni diberkati Allah swt.Pihak berkuasa selalu mintak rakyat bersama dgn mereka..tp bila rakyat dh meluat nanti dan tak mau kerjasama jgn amik hati..

Sumber: asiakini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *