Viral

Asri Janggut akhirnya berjumpa Ketua Polis Negara, bukan KPN sahaja yang dia jumpa

MOHD Asri Hamid, 42, atau dikenali Asri Janggut bertemu dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador di Bukit Aman, hari ini, susulan pendedahan beliau mengenai premis perjudian dan penjualan rokok haram di Bandar Baru Sungai Buloh.

Pertemuan yang berlangsung jam 3 petang itu dikongsi di laman sosial Facebook ‘Friends Of PDRM’ sebentar tadi.

Beliau berjumpa juga dengan mereka ini

Beliau dikatakan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di bangunan Parlimen.

Pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia itu sebelum ini mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Pendedahannya menerusi tiga siaran langsung di Facebook Hot Burger Malaysia tular sejak kelmarin.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan itu dan berkata ia satu fitnah yang mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.

Sementara itu ini respon Datuk Bandar Shah Alam

Saya belum dapat maklumat – Datuk Bandar Shah Alam

“SAYA belum dapat maklumat.” Itu jawapan ringkas Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim ketika ditanya mengenai video yang tular hari ini menunjukkan beberapa penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan operasi di kedai warga asing sekitar Sungai Buloh.

Harian Metro menghubungi beliau untuk mendapatkan ulasan dan pengesahan kebenaran video berkenaan.

Menerusi rakaman video berdurasi 46 saat itu, kedengaran suara wanita sedang memandu kenderaan sambil merakam video suasana dilihatnya itu menggunakan telefon pintar.

Rakaman video itu juga menunjukkan beberapa pegawai berpakaian seragam berada di sekitar kawasan berkenaan dan trak MBSA.

“Okay kita nampak dekat sini MBSA pagi ini sangat sibuk. Sudah tiada kedai buah, simen sudah tiada kena angkut,” kata wanita itu.

Harian Metro turut menghubungi Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA , Shahrin Ahmad, namun beliau turut memberi jawapan sama.

“Kalau ada info (maklumat) saya beritahu,” katanya.

Sejak kelmarin, tular di laman sosial video pendedahan Asri Janggut mengenai kewujudan beberapa premis judi, penjualan rokok seludup serta operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Sumber Hmetro/hitsallhmt

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *