Viral

KPD Sg Buloh Cakap FITNAH, Datuk Zahid Mula Bersuara

Sepatutnya polis bagi bunga kepada saya sebagai penghargaan sebab dah bagi maklumat kepada mereka”.

Itu yang diluahkan pengasas Hot Burger, Mohd. Asri Hamid, 42, berkenaan dengan isu video tular berkenaan pendedahannya berkaitan dengan aktiviti perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Menurut Mohd. Asri, dia sudah berhubung dengan Bukit Aman berkenaan kes judi namun tindakan yang diambil hanyalah bersifat sementara.

“Saya dah berhubung dengan pihak tertinggi polis. Siap bagi bukti dalam bentuk video sahaja dan premis perjudian itu hanya ditutup dua hari sahaja,” katanya seperti dilaporkan portal Malakat Tribune.

PPIM Datuk Nadzim bagi jaminan

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mula memberi respon berkenaan isu membabitkan Mohd Asri.

Menyedari Mohd mungkin diancam, pihak PPIM akan memberi perlindungan kepadanya.

” Kita akan memberikan bantuan dari segi kaunseling serta perlindungan kepada Mohd Asri yang terdedah dengan anc4man daripada pihak tertentu.

” Apabila perkara sebegini didedahkan, pastinya ada anc4man kepada individu yang mendedahkan terutamanya membabitkan kegiatan jnayah seperti pusat juudi.

” Ini bukannya masa untuk kita menuding jari kepada mana-mana pihak, namun kami berharap pihak berkuasa akan bertindak segera membuat siasatan supaya masalah berkenaan dapat diselesaikan,” katanya.

“Mustahil dia buat fitnah”-Datuk Zahid Hamidi 

“Saya kasihan dengan nasib pengasas Hot Burger.Mustahil dia buat fitnah. Kepentingan dia cuma mahu penguatkuasa dijalankan secara berkesan. Aktiviti judi haram berleluasa. Yang menjadi mangsa mereka yang berpendapatan rendah tetapi mahu cepat kaya. Akhirnya mereka merana. Secara peribadi saya menyokong tindakan penutupan premis judi disegerakan.”-Zahid Hamidi

Baru satu jam di muat naik, status Zahdi Hamidi telah di kongsi oleh 353 netizan serta mendapat 3.3k tanda suka. Rata-rata dari mereka sangat bersetuju dengan beliau

“saye sokong cadangan dato,mcm ditempat saye seri alam masai johor kedai no ekor haram bersepah….. tp mcm tak ade tindakan di ambil

“Ya betul tu DSAZH ..sokong .. menutup pintu kerosakan dan kemudhoratan adalah kaedah dan jalan yg terbaik harap ianya dapat dikuatkuasakan demi negara dan rakyat Malaysia .

“Polis kena menghargai laporan dan keluhan netizen. Kata polis dh byk kali buat tindakan dan serbuan …tapi kalau tutup pusat judi hari ni minggu depan operasi balik…mesti ada sesuatu xkena…. harap disiasat dgn telus.

FITNAH dan R0sakkan Imej Polis… ISU “Premis Judi dan Rokok Seludup”

Sebelum ini, menurut KPD Sg Buloh, dakwaan wujud kegiatan perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang tular dalam laman sosial Facebook petang semalam hanya tohmahan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, individu terbabit tidak pernah tampil memaklumkan kepada polis mengenai kewujudan premis judi dan penjualan rokok seludup oleh warga asing dari Aceh, di kawasan berkenaan.

Menurut Shafa’aton, tindakan pengadu itu memuat naik 2 video secara langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia semalam boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Ketua Polis Balai Sungai Buloh, PDRM serta Ketua Polis Selangor.

FB Polis Daerah Sg Buloh tunjuk bukti premis judi telah lama tak beroperasi, sekali netizan kant0ikan

Laman Facebook Polis Daerah Sungai Buloh telah memuat naik dua gambar meja berhabuk membuktikan premis judi di Sungai Buloh telah lama tidak beroperasi dan ditinggalkan.

Walau bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat lebih 900 komen dari netizen yang rata-rata kurang bersetuju dengan kapsyen yang diberikan.

“Penjelasan paling logik adalah; Habuk tu membuktikan bahawa mesin jud1 baru saja diangkat dari meja tersebut. Habuk tu adalah habuk bawah mesin judi yang dah bertahun bertapak atas meja itu” – Anas Abd Jalil .

“Hahahahahahahhahaa. Habuk jadi bukti. Mudahnya hidup” – Amir Tajul

“Ini baru pindah, netizens bukan bodoh lah..SPRM Putrajaya tolong pantau!.” –Mohamad Nasrullizam Bin Yunus

“Berhabuk hanya bahagian belakang..bahagian depan tak berhabuk dan dapat di lihat dgn jelas.” – Saiful Hidayat Ramli

“Kelakarnya alahai caption.. Ingt ni tmpt homestay ke yg sentiasa bersih dan kemas..nama pun tempat jud1 haram…mereka bkn amek kisah sgt pn pasal kebersihan…yg penting aktiviti judi tu berjalan..” – Mohd Al Fuad

Gambar ini dikatakan oleh warga net masih elok dan nampak baru lagi ditutupnya. Aircond ada. Baru lagi cantik, lampunya menyala pula bukan kedai lama kena tinggal ke. Patutnya tak ada current ke bekas x ray juga ada. Kerusi lawa-lawa lagi. Cawan pun ada power buat kerja kata Wan Shaz Wan.

“Berhabuk hanya bahagian belakang. Bahagian depan tak ada berhabuk dan dapat di lihat dengan jelas.” – Saiful Hidayat Ramli.

“Jatuh integriti dan maruah polis kalau begini jawapan polis” – Epit Neo

“Nak tahu lama ke tak.. Cuba check bil api dgn bil internet.. Bila last pgunaan.. Tolong siapa2 area sungai buloh, pergi lot kedai tue.. Ambil. No meter dgn alamat..” – Ahmad Syarafuddin Sabri

“Plastik sampah tu macam baru je ditukar” tulis seorang pemilik FB Lyana Shah

Terdahulu Ketua polis daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar pada lawatan mengejut ke premis judi itu tengah hari tadi menggesa pihak media supaya mempercayai pihak polis dan berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan.

“Terima kasih sebab you all kerana percaya pihak polis. Kalau tak percaya pihak polis I tak mahu panggil lagi dah. Kena percaya kita lah, kita kan jaga you all”

Terdahulu, beliau menafikan dakwaan pentadbir laman facebook Hot Burger Malaysia yang mengatakan tiada tindakan diambil terhadap premis judi berkenaan.

Boleh lihat di sini berapa lama benda ni mungkin mereka ini sudah tidak beroperasi sebenarnya. Potong, dan ambil tindakan, potong grill di belakang itu untuk kita masuk.

Serbuan kali terakhir dua minggu yang lepas. Jadi kalau dia kata kita tidak ambil tindakan itu adalah tidak benarlah.

Sebab pihak polis memang sentiasa akan ambil tindakan sekiranya disalurkan maklumat yang tepat kita akan pergi untuk pastikan bahawa tempat itu betul-betul tidak ada apa- apa kegiatan perjudian.”

Beliau juga mengakui kegiatan sindeket judi ini sering berulang-ulang.

“Yang ini (premis judi) dia berulang-ulang, buka tutup, buka tutup. Mungkin kita tengok bila kita buat serbuan dia tutup. Lepas tu dia akan buka balik, bila dah slow dan sejuk dan sebagainya. Sindiket ini memang tidak akan putus. Dia akan bertukar-tukar”

Mengenai kedai rokok seludup, beliau mengesahkan sudah dua kali serbuan dibuat.

“Sebelum ini memang kita sudah buat serbuan. Kalau tak salah saya sudah dua kali serbuan dilakukan dan kita pernah ambil tindakan dan kita masih menunggu lagi arahan selanjutnya untuk kertas siasatan itu dirujuk kepada pegawai .. untuk arahan selanjutnya.”

Tambahnya serbuan sebelum itu sudah dilakukan sebanyak 8 kali sejak bulan may hingga bulan ogos.

“Kalau tak salah saya, dalam tempoh bulan itu sahaja, kita dah buat 8 serbuan. Lepas itu kita akan pantau kalau ada maklumat kita akan pergi balik.

Selian itu, beliau juga berkata premis judi tersebut berulang kali membuka dan menutup premis.

“Yang ini (premis judi) dia berulang-ulang, buka tutup, buka tutup. Mungkin kita tengok bila kita buat serbuan dia tutup. Lepas tu dia akan buka balik, bila dah slow dan sejuk dan sebagainya. Sindiket ini memang tidak akan putus. Dia akan bertukar-tukar”

Dalam pada itu, beliau meminta masyarakat memberi maklumat dan berjumpa dengan beliau.

“Masyarakat bagi maklumat, jumpa dengan saya sebab saya bersikap keterbukaan, dan saya bercakap tegas tentang perkara ini”

Lawatan mengejut tengah hari tadi dilakukan susulan tularnya satu video oleh pentadbir laman Hot Burger Malaysia yang mendakwa premis judi dan rokok seludup tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Ia disiarkan secara langsung di laman facebook Bernama TV.

Pada perkembangan yang sama. laporan polis telah dibuat terhadap pemilik akaun Facebook ‘Asri Janggut’ , Pengasas dan Pengarah Eksekutif Founder Hot Burger Malaysia

Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar sebagai berkata , laporan dibuat seorang pegawai polis kerana mendakwa video itu adalah satu f1tnah sehingga mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.

“Dalam video berkenaan juga didapati pemilik akaun berkenaan tidak berpuas hati atas tindakan penyitaan ke atas gerai burger milik beliau yang dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Pengadu merasakan video yang tular di media sosial berkenaan boleh menimbulkan f1tnah dan merosakkan imej pengadu sebagai Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, PDRM dan kredibiliti Ketua Polis Selangor,”

Kredit: hitsallhmt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *