Viral

Mahligai 17 Tahun Musn4h, Opie Zami Sah Bercer4i

PELAKON dan pengarah, Opie Zami, 46, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Zamzarina Mohamed, 43, selepas 17 tahun berkahwin di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, jam 10.47 pagi, hari ini.

Isteri Sendiri Minta Cerai

Opie atau nama sebenarnya Mohamad Soupi Zami yang melafazkan perceraian itu di hadapan Hakim Syarie Ahmad Mahir Zanial mengakui reda dan memenuhi permintaan Zamzarina yang menuntut cerai.

“Saya hormat dengan permintaan isteri dan reda terhadap ketentuan ini. Isteri saya tak salah, saya yang gagal membentuknya menjadi isteri mithali.

“Isteri saya bagus dan seorang ibu yang baik. Bagaimanapun, punca perceraian terlalu peribadi untuk saya kongsikan,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Sementara itu, Zamzarina selaku plaintif yang diwakili peguam Azmanira Ismail@Zanudin mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Opie selaku defendan pada 16 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Masalah Sudah 10 tahun 

“Kemelut rumah tangga kami sebenarnya sudah bermasalah sejak 10 tahun yang lalu. Ini bukan pertama kali saya pergi ke mahkamah.

“Sebenarnya sudah tiga kali saya turun naik mahkamah. Selepas ini, saya akan uruskan hak penjagaan anak-anak dan tuntutan nafkah.

Manakala, Opie tidak diwakili mana-mana peguam.

Opie dan Zamzarina mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Shah Saidi, 15; Aliff Shah Syedi, 13; dan Arrif Shah Saidi, 8.

Mohd Saufi “Opie” Zami merupakan seorang pelakon, pelawak dan pengarah Malaysia. Beliau yang mula popular pada tahun 1999 dan aktif berlakon dalam banyak watak komedi. Beliau paling dikenali menerusi watak Mat Rock dalam sitkom popular Spanar Jaya. Beliau merupakan anak kepada pelawak veteran Zami Ismail dan abang kepada pengarah M. Hitler Zami

 

Tampil Setelah 20 Tahun, Spanar Jaya X Suntik Nafas Baru

Siri komedi yang popular sekitar tahun 1998 ini kembali menemui penonton dengan wajah lebih segar dan menampilkan barisan-barisan pelakon baru seperti Sangeeta, Douglas Lim, Ben Amir, dan Uqasha Senrose. Selain mengekalkan pelakon lamanya, Opie Zami.

Kemunculan siri komedi ini setelah 20 tahun pastinya menjanjikan kandungan sitkom dalam Spanar Jaya X lebih padat dengan lawak-lawak yang lebih fresh.

Jadi, kalau nak tahu apakah agaknya kesudahan siri ini setelah Pak Selamat (Allahyarham Zaibo) menyerahkan bengkel Spanar jayanya kepada Mat Rock (Opie Zami) yang merupakan pekerja setianya? Dan, apakah pula yang terjadi kepada bengkel tersebut setelah mengalami masalah kewangan? Korang jangan lupa saksikan Spanar Jaya X yang diterbitkan oleh produksi Enfiniti Production dibawah arahan pengarah terkenal Ahmad Idham.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *