Viral

Makin p4nas, pemain judi sendiri pula tampil cerita apa yang dia nampak

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberikan tumpuan kepada pegawai dan anggota penguat kuasa yang dipercayai menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pihaknya memandang serius video tular berkaitan isu rasuah penguat kuasa melindungi gerai haram, penjualan rokok seludup dan judi.

Menurutnya, isu tular itu mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada pihak tertentu.

“Saya sudah menghubungi Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Zamri Yahya pada pagi ini.

“Beliau memaklumkan pihak JIPS akan mengambil tindakan tegas ke atas premis perjudian termasuk mana-mana pegawai yang melindungi aktiviti perjudian itu kerana kesalahan terbabit di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati masyarakat agar menyalurkan maklumat kepada SPRM dan tidak menghebahkan sesuatu isu di media sosial kerana ianya tidak akan membantu proses siasatan.

Malah, katanya, tindakan itu hanya akan memberi peluang kepada pihak terbabit menghapuskan bukti dan keterangan yang ada.

Terdahulu, pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Pendedahannya menerusi tiga siaran langsung di Facebook Hot Burger Malaysia tular sejak kelmarin.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar semalam menafikan dakwaan itu dan berkata, ia satu fitnah yang mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.

Rata-rata netizan menyambut baik ketegasan SPRM dalam menangani isu ini

Dalam perkembangan lain, seorang netizan yang mengaku sebagai pelanggan tetap kedai judi terbabit juga tampil beritahu perkara sebenar

Seorang bekas pelangan kedai Judi di Sg Buloh mengaku bahawa video yang di viralkan oleh Abg Hot Burger Malaysia adalah betul dan BUKAN FITNAH !!!

FITNAH dan R0sakkan Imej Polis… ISU “Premis Judi dan Rokok Seludup”

Sebelum ini, menurut KPD Sg Buloh, dakwaan wujud kegiatan perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang tular dalam laman sosial Facebook petang semalam hanya tohmahan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, individu terbabit tidak pernah tampil memaklumkan kepada polis mengenai kewujudan premis judi dan penjualan rokok seludup oleh warga asing dari Aceh, di kawasan berkenaan.

Menurut Shafa’aton, tindakan pengadu itu memuat naik 2 video secara langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia semalam boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, Ketua Polis Balai Sungai Buloh, PDRM serta Ketua Polis Selangor.

“Mustahil dia buat fitnah”-Datuk Zahid Hamidi 

“Saya kasihan dengan nasib pengasas Hot Burger.Mustahil dia buat fitnah. Kepentingan dia cuma mahu penguatkuasa dijalankan secara berkesan. Aktiviti judi haram berleluasa. Yang menjadi mangsa mereka yang berpendapatan rendah tetapi mahu cepat kaya. Akhirnya mereka merana. Secara peribadi saya menyokong tindakan penutupan premis judi disegerakan.”-Zahid Hamidi

Penduduk Tampil Ceritakan Perkara Sebenar

Seorang pemilik akaun facebook bernama Azlan Zambry yang mendakwa sebagai penduduk disitu tampil mengesahkan memang wujud kedai judi di kawasan tersebut

“Video yang tular di Sungai Buloh adalah kawasan rumah dan saya tempat membesar.Apa yang berlaku dan dinyatakan adalah perkara benar. Sebagai contoh, kedai rokok Acheh yang dipaparkan di dalam video itu beroperasi lebih 30 tahun. Tidak pernah berusik!Saya tidak berniat mengganggu siasatan polis, tetapi ia perkara benar yang tidak perlu disangkal selain isu kedai judi yang wujud, malah saya pernah menyaksikan insiden rompakan dan tetakan yang berkaitan dengan kedai judi tersebut.”

Baru sahaja tiga jam status di muat naik oleh Azlan Zambry, sudah 426 perkongsian oleh netizan dan telah mendapat sehingga 565 reaksi dari orang ramai

 

Kredit: trendingsgt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *