Viral

Selepas Pendedahan Berani Asri Janggut, Ini Nasihat Padu Yusuf Azmi Kepada KPD Sg Buloh

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan rasa kasihan dengan nasib pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid yang kini dicari polis dan menyokong tindakan penutupan premis judi disegerakan pihak berkuasa.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya, Ahmad Zahid berpendapat mustahil Mohd Asri yang sebelum ini mendakwa sudah mengemukakan aduan berhubung operasi premis judi dan premis menjual rokok seludup di sekitar Sungai Buloh, Selangor kepada pihak berkuasa, membuat fitnah.

Menurutnya, Mohd Asri yang juga pemilik Facebook Hot Burger Malaysia sebenarnya hanya mahu tindakan penguatkuasaan dijalankan secara berkesan.

“Saya kasihan dengan nasib pengasas Hot Burger. Mustahil dia buat fitnah. Kepentingan dia cuma mahu penguatkuasa dijalankan secara berkesan.

“Secara peribadi saya menyokong tindakan penutupan premis judi disegerakan,” katanya dalam laman Facebook rasmi hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan polis akan memanggil Mohd Asri bagi membantu siasatan berhubung video tular yang mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut berpandangan aktiviti judi haram semakin berleluasa di negara ini.

“Aktiviti judi haram berleluasa. Menjadi mangsa mereka yang berpendapatan rendah tetapi mahu cepat kaya. Akhirnya mereka merana,”katanya.

Yusuf Azmi tampil bersuara

Siapakah Yusuf Azmi ini? Namanya pernah jadi siulan anak muda, rakyat Malaysia. Semuanya dek kerana sikap ‘garang’ dan beraninya pernah membela nasib pengguna yang ditindas di Malaysia.

Hari ini Yusuf terpanggil untuk mengulas isu yang tengah tular mengenai peniaga buger mendedahkan pusat perjudian

“Menurut Yusoff Azmi, dia sudah lama kenal Asri. Pada tahun 2017, Asri pernah di aniaya oleh rakan kongsi.Beliau seorang yang baik Bukan senang nak benteras sindiket perjudian. Bukan nak cari salah mana mana pihak. Kita perlu lihat dan perlu kaji, kesan dari covid-19 rakyat melalui pelbagai ujian yang berat untuk mencari makan.

“Itu mungkin luahan hati dari seoarang peniaga kecil di tepi jalan, kerana bukan perkara yang mudah untuk berniaga di tepi jalan. Saya yakin pihak bewajib, khusunys pihak polis di sg buloh boleh menilai kembali perkara ini secara rasional. Kita tak boleh nak salahkan KPN, atau ketua polis negeri kerana kes yang terlibat berlaku di daerah sungai buloh

“Ketua Polis Daerah Sungai Buloh mungkin perlu panggil Asri untuk mengadakan perbincangan. Kita perlu mengucap terima kasih kepada Asri kerana menunjukkan keberanian. Sepatutnya tidak ada perlu ada satu pergaduhan antara peniaga kecil dengan pihak berwajib.

“Kepada sahabat saya Ketua Polis Daerah Sungai Buloh jangan melihat perkara ini sebagai tuduhan, lihat perkara ini merupakan satu kebaikan kepada masyrakat kerana berani melapor

“Judi merupakan perosak masyarakatAsri bukan ancaman, tapi sebenarnya pusat perjudian itu yang menjadi ancaman.

 

Assalamualaikum kepada Pengguna di Malaysia..Akan Bersiaran langsung sebentar lagi Berkenaan Adakah PDRM Dan Majlis Bandaraya tak jalankan tugas? atau Sendikit Perjudian semakin berani menentang Pihak Berwajib?Susulan Tular Pemilik Gerai Hot Burger Atau Dikenali Saudara Asri di Panggil untuk memberikan Keterangan..

Posted by Yusuf Azmi on Sunday, August 9, 2020

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, Mohd Asri yang disyaki menularkan video berkenaan akan dipanggil dalam masa terdekat.

Beliau berkata, video yang tular di media sosial itu boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej polis dalam menangani kegiatan perjudian di Sungai Buloh.

Bagaimanapun, Mohd Asri dalam satu kenyataan susulan mengakui kesal dengan keputusan polis dan mengharapkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, membanteras kegiatan berkenaan

AMK tawar khidmat guaman kepada Asri Janggut

Angkatan Muda Keadilan (AMK) sedia menawarkan khidmat guaman sekiranya pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid dikenakan tindakan undang-undang susulan pendedahannya mengenai premis judi dan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh kelmarin.

Ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, tawaran itu diberikan sebagai solidariti kepada Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut atas tindakan beraninya membuat pendedahan terhadap kegiatan itu.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menumpukan kepada isu atau perkara yang dibangkitkan dan bukannya menyiasat pemberi maklumat.

“Berdasarkan kenyataan PDRM semalam, Asri Janggut kini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Tindakan sedemikian jika tidak diurus dengan baik boleh menghakis kredibiliti pihak berkuasa, mengurangkan keyakinan orang ramai untuk berkongsi maklumat kepada PDRM,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan PDRM yang akan menyiasat pengadu susulan pendedahan videonya mengenai kegiatan haram itu melalui Facebook Hot Burger kerana didakwa memfitnah pihak berkuasa.

Kredit: trendingsgt

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *