Semasa

Bapa Pelawak Terkenal Afdlin Shauki Menghembuskan Nafas Terakhir Awal Pagi Ini,Afdlin Shauki Dedah Pesan Terakhir Aruwah Bapanya

BAPA kepada pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki iaitu Aksan Abu Bakar meninggal dunia kira-kira pukul 2.57 pagi Selasa di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Afdlin sebelum itu memuat naik foto Allahyarham memasuki bilik pembedahan bagaimanapun tidak mendedahkan penyakit yang dihidapi bapanya itu.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayah saya telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Selasa.

Afdlin meminta orang ramai yang mengenali bapanya memaafkan segala kesalahan yang tidak disedari arwah

“Sama-sama kita mendoakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman, ” ujarnya.

Dalam pada itu, Afdlin turut menyampaikan pesan dan meminta agar orang ramai yang mengenali bapa itu memaafkan kesalahan yang dilakukan tanpa disedari.

Pesan Terakhir arwah

“Tiada lagi Aksan Abu Bakar, bapa kepada 10 anak, suami kepada dua orang isteri.

“Bapaku tercinta dia berpesan untuk meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah beliau lakukan. Tolong ampunkan ya” tulisnya.

2.57 am 11/8/2020 di HUKM Cheras tingkat 2. Innalillah wainna illaihi rojiuun. Senyuman terakhir papa yg tak habis -habis membuat orang berasa tenang dan ceria. Tiada lagi Aksan bin Abu Bakar. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri. Bapa ku yg tercinta.

Dia berpesan kepada ku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesal4han yang pernah beliau lakukan kepada sesiapa yang mengenali beliau. Tolong ampunkan ye.. please! Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata yg beliau tidak ada rasa dend4m atau sak1t hati dgn sesiapa.

Ya Allah kau ampunilah d0sa-d0sa beliau dan terimalah amalan dan kebaikan beliau. Tempatkanlah roh beliau di kalangan roh-roh orang yang beriman. Al-fatihah. I love you papa…

Assalammualaikum,

Dukac1ta dimaklumkan bahawa ayahanda tersayang kami En Aksan bin Abu Bakar telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Selasa 11/08/2020, pukul 2:57 pagi di HUKM, KL. Sama2 kita doakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan dgn golongan orang-orang yang beriman.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
‎بسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــم
‎ِِ.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. ‎ آمِّيْنَ..

Pada tahun 2019, Afdlin Shauki keh1langan adik akibat dari k3malangan

“Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau dan halalkan makan dan minumnya.

“Jika adik saya ada berhutang dengan sesiapa, bolehlah menghubungi saya,” tulisnya.

Plakon Bikers Kental itu pernah memohon bantuan orang ramai untuk mengesan kereta Perodua Myvi berwarna hijau yang dipercayai mel4nggar Jefri pada petang Ahad

Kredit: mb

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *