Viral

Selepas kes tular, ini keadaan terkini Kedai ‘warga Acheh’ di Sg Buloh

Sejak kelmarin, tular di laman sosial video pendedahan Asri Janggut mengenai kewujudan beberapa premis judi, penjualan rokok seludup serta operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor

MBSA TERJ4H Kedai Aceh Sg Buloh pagi tadi

Dalam pada itu penguatkuasa Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) dilaporkan oelah seorang awam agak sibuk pagi tadi menerjah kedai Aceh (yang dikatakan menjual rokok selud0p) di kawasan Sg Buloh yang hangat diperkatakan sekarang ini.

Melalui rakaman video yang diupload ke medsos tersebut, ternyata kedai Aceh yang sebelum ini bermain wayang dengan menjual buah-buahan tetapi di sebalik buah itu, mereka menjual rokok selud0p telah ditutup. Sebahagian daripada binaan konkrit juga telah tiada lagi.

Kedai ‘warga Acheh’ sudah diroboh, ramai peniaga tidak lagi berniaga di tepi jalan

SUNGAI BULOH: Tiada lagi kelibat peniaga warga asing berniaga di tepi jalan malah kedai menjual buah dan rokok seludup didakwa milik peniaga asing juga sudah dirobohkan.

Tinjauan Astro AWANI mendapati khemah-khemah peniaga yang diletakkan di atas tapak parkir seperti didedahkan dalam video ‘Asri Janggut’ baru-baru ini juga sudah tidak kelihatan.

Berdasarkan maklumat daripada penduduk tempatan, pihak berkuasa melakukan operasi di kawasan itu pada Ahad dan difahamkan kedai menjual buah milik warga asing yang tular itu turut dirobohkan pada hari sama.

Menurut mereka, kawasan berhampiran yang biasanya dipenuhi peniaga kini juga lengang kerana peniaga bimbang barangan mereka turut disita dan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.

Tinjauan Astro AWANI ke lokasi lain juga mendapati beberapa gerai yang difahamkan selalunya menjual rokok seludup juga tidak beroperasi pada hari tersebut.

Tinjauan Astro AWANI mendapati khemah-khemah peniaga yang diletakkan di atas tapak parkir seperti didedahkan dalam video ‘Asri Janggut’ baru-baru ini juga sudah tidak kelihatan.

Menurut seorang peniaga berhampiran, semua peniaga itu tidak lagi berniaga selepas kes tersebut tular dalam media sosial selain pihak berkuasa kerap menyerbu kawasan itu dalam beberapa hari ini.

Dalam pada itu, tinjauan mendapati kedai mesin judi yang ditularkan dalam video sama juga tidak beroperasi, pintu ditutup rapat dan tiada langsung motosikal berada di luar premis tersebut.

Begitupun, penduduk setempat mengakui bahawa ada kedai mesin judi di kawasan itu malah mereka memberitahu ia sudah lama bertapak di kawasan itu dan dilakukan secara tersembunyi.

Meskipun sudah berulang kali diserbu namun ia kembali beroperasi beberapa minggu atau beberapa bulan selepas diserbu.

Terdahulu, tular dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Perkara itu mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang memaklumkan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut dan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menerusi sidang akhbar semalam memaklumkan, pihaknya telah melakukan enam serbuan di lokasi berasingan di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

Pada sidang media sama pihaknya memaklumkan polis akan akan memanggil individu dikenali sebagai Asri Janggut yang disyaki menularkan video berkenaan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan akan menyiasat dakwaan pihak berkuasa cuba lindungi premis perjudian haram di sekitar kawasan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya pada Isnin.

Siasatan bukan untuk hukum Mohd Asri – Hamzah

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan siasatan terhadap pengusaha Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, bukan untuk menghukum, sebaliknya prosedur biasa untuk menyiasat dakwaan dilakukannya.

Beliau berkata, siasatan itu dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai segala tuduhan dan tohmahan dikeluarkan pengusaha terbabit berkaitan kewujudan premis perjudian di Sungai Buloh.

“Ia bertujuan bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil berhubung perkara itu.

“Kita memberi jaminan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat perkara terbabit dengan adil,” katanya.

Hamzah berkata demikian ketika hadir bersama Mohd Asri bagi meninjau lokasi dipercayai dijadikan sebagai premis judi di alan Besar Bandar Baru Sungai Buloh, hari ini.

Pada sama sama, Hamzah menasihatkan orang ramai supaya menggunakan saluran betul dalam melaporkan sebarang aktiviti jenayah termasuk kegiatan judi bagi mengelak keselamatan diri mereka terancam.

Beliau berkata, tindakan membuat laporan menggunakan media sosial boleh mengundang risiko bahaya kepada pihak terbabit.

“Kita memang menggalakkan orang ramai memberi maklumat mengenai kegiatan jenayah di kawasan mereka, namun biarlah ia dibuat mengikut undang-undang ditetapkan dan tidak bertindak secara melulu.

“Jangan sewenang-wenang membuat perkara viral (tular) kerana ia boleh membahayakan keselamatan diri dan keluarga.

“Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbaur tuduhan di media sosial, sebaliknya buat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan,” katanya.

MBSA Serbu Kedai Acheh

Anggota penguatkuasa MBSA membuat serbuan di kedai-kedai Acheh sekitar Sg Buloh pagi tadiVideo : Orang Awam

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, August 9, 2020

Asri yang di temuramah wartawan juga memberitahu hari ini pihak MBSA telah datang sekali lagi melakukan operasi menutup mana-mana permis yang melanggar peraturan termasuklah pegerai-pegerai kecil

Menurut Asri lagi, dia mengambil kesempatan merayu kepada pihak MBS supaya memberi kelonggaran kembali kepada pegerai-pegerai kecil untuk terus mencari rezeki di kawsan tersebu

Asri juga meminta maaf kepada kawan-kawan pegerai kecil lain yang terkesan selepas video yang di buat beliau tular

Kredit: trendingsgt. Tq

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *