Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Dakwa polis & askar ramai tak solat, Asri Janggut ditegur netizen

Sejak kebelakangan ini, nama Asri Janggut telah menjadi sebutan susulan daripada tindakannya yang mendedahkan aktiviti perjudiaan dan juga penjualan rokok haram yang berlaku berdekatan dengan kedainya iaitu Hot Burger Malaysia.

Pendedahan tersebut bukan sahaja membawa kepada penahanan 4 orang anggota MBSA, malahan turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara yang meminta agar anggota berkuasa melakukan siasatan terhadap hal tersebut.

Polis & askar tak solat…

Asri yang juga ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah ditemubual oleh beberapa pihak dan juga telah memberikan pendapat serta kenyataan kepada media.

Namun begitu, kenyataan Asri yang mendakwa kebanyakkan yang memasuki perkhidmatan polis dan tentera ini tidak menjaga solat telah mendapat kecaman umum.

 

Dedahkan hal judi bagus, tapi…

Menurutnya, kebanyakkan daripada para anggota tidak menunaikan solat dan juga sesuka hati menghisap rokok. Hal ini membuatkan netizen mulai bersuara kerana kenyataan yang didedahkan Asri agak tidak tepat dan seakan menyentuh isu peribadi.

Terlajak kata boleh diundur

Jangan nak samakan semua orang sama

Dah minta maaf

Namun begitu, Asri Janggut telah memohon maaf diatas keterlanjuran kata-katanya itu dan rasa sangat bersalah dengan apa yang dinyatakan sebelum ini.

 

Sumber: Malaysia Militarypower, Asri Janggut

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *