Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Ini Tak Kelakar!” – Farah Lee Kesal Keluarga Rakam Video Kanak-Kanak Kena S3rang & Pvkul Ayam Sampai M4ti

Bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar, Farah Lee kesal dengan tindakan keluarga yang merakamkan aksi ganas seorang kanak-kanak diserang seekor ayam jantan.

Tegas Farah, situasi terbabit akan menjejaskan emosi dan meninggalkan memori buruk dalam perkembangan minda kanak-kanak.

Sekali gus, akan mendatangkan kesan trauma dan dendam dalam diri kanak-kanak tersebut.

“Kanak-kanak yang sepatutnya merasa ‘safe’ bersama parents/carers hanya direcord dan digelak-gelakkan sahaja sepanjang situasi ‘fight’ ini, trust & protection kelaut.

“Kemudian, kanak-kanak yang sepatutnya diajar tentang kasih sayang terhadap semua makhluk hanya direkod dan didiamkan sahaja sepanjang penderaan dan ‘balas dendam’ dilakukan kepada haiwan tersebut, empathy & care tak wujud.

“Ya, mungkin budak tu ‘okay’ je sekarang.

“Tapi, kalau anda tahu bagaimana otak berkembang, anda akan sedar bahawa budak itu tidak okey.

“Trauma, abusive, trust issue, dendam ; antara emosi yang bakal ditanam (jika tidak disembuhkan semula) dan disalut dengan memori-memori lain.

“Kemudian satu hari nanti, apabila perkara yang hampir seangkatan berulang, ‘luka’ tersebut akan triggered dan reaction yang sama (kadang lebih teruk) akan turut berulang dan menganggu emosi si anak ini, juga mereka disekeliling,” jelasnya.

View this post on Instagram

Budak & Ayam Apa perasaan kalian apabila melihat video ini.? Kanak2 yang sepatutnya merasa 'safe' bersama parents/carers hanya direcord dan digelak-gelakkan sahaja sepanjang situasi 'fight' ini — trust & protection kelaut. Kemudian, kanak2 yang sepatutnya diajar tentang kasih sayang terhadap semua makhluk hanya direcord dan didiamkan sahaja sepanjang penderaan dan 'balas dendam' dilakukan kepada haiwan tersebut — empathy & care tak wujud. Ya, mungkin budak tu 'okay' je (sekarang). Tapi, if you really know how their brain works, you'll definitley agree that he is NOT.! – trauma, abusive, trust issue, dendam ; antara emosi yang bakal ditanam (jika tidak disembuhkan semula) dan disalut dengan memori2 lain. Kemudian satu hari nanti, apabila perkara yang hampir seangkatan berulang, 'luka' tersebut akan triggered dan reaction yang sama (kadang lebih teruk) akan turut berulang dan menganggu emosi si anak ini, juga mereka disekeliling. Jangan pelik jika masyarakat kita pendera, tiada empati, baran, pendendam dll jika inilah cara kita menangani situasi sebegini. Ikutlah juga sunnah Rasulullah dalam mendidik anak2 – bagaimana Baginda menyalut akhlak dan adab manusia kecil ini based on LOVE. Sharing this video supaya kita belajar dan tidak mengulangi perkara yang sama. Saya beranggapan, yang merekod video ini tidak tahu tentang kesan diatas terhadap kanak2. Jika posting saya ini sampai kepada anda, saya nasihatkan untuk meminta maaf kepada anak tersebut dan menerangkan yang perkara memukul/melepaskan emosi sebegitu adalah tidak betul. Saya menulis disini sebagai menjalankan tanggungjawab seorang manusia untuk amar makruf nahi mungkar — Anak2 adalah amanah kita semua. Bukan ibubapa mereka sahaja, kita semua, semua kita. Ini bukan cerita kelakar, ini adalah penderaan emosi. Please. Take. Note. — jika kita inginkan masyarakat yang lebih positive pada masa akan datang dan kita yakin yang kita akan ditanya oleh Allah tentang bagaimana kita telah menjaga amanah yang diberikan ini. Ia bermula dengan, KITA. #ommabebel #FLparenting

A post shared by F. L. (@farahlee_) on

Dalam video berkenaan juga, kanak-kanak terbabit membalas tindakan ayam yang menyerangnya dengan memukul ayam tersebut menggunakan sebatang kayu hingga mati.

Tambah Farah, kanak-kanak seharusnya dididik dengan nilai-nilai murni dan perasaan kasih sayang sesama makhluk seperti sunnah Rasulullah S.A.W.

“Jangan pelik jika masyarakat kita pendera, tiada empati, baran, pendendam jika inilah cara kita menangani situasi sebegini.

“Ikutlah juga sunnah Rasulullah dalam mendidik anak2 – bagaimana Baginda menyalut akhlak dan adab manusia kecil ini berlandaskan kasih sayang.

“Saya berkongsi video ini supaya kita belajar dan tidak mengulangi perkara yang sama.

“Saya beranggapan, yang merekod video ini tidak tahu tentang kesan diatas terhadap kanak-kanak.

“Saya nasihatkan untuk meminta maaf kepada anak tersebut dan menerangkan yang perkara memukul/melepaskan emosi sebegitu adalah tidak betul.

“Ini bukan cerita kelakar, ini adalah penderaan emosi,” tambahnya.

Perkongsian Farah itu mendapat perhatian ramai yang menyelar tindakan keluarga kanak-kanak terbabit.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *