Hiburan

Nabila Huda menang|s ketkutan di IG cetus panik rakan selebriti – “Macam nampak ada bayang hitam kat luar!”

Aktres Nabila Huda, 36, tidak dapat mengawal perasaan takut selepas rumahnya didatangi seorang individu yang mencurigakan.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Abil, ketika kejadian berlaku dia keseorangan tanpa suami, Mohd Izwan Johar dan anak perempuannya, Keisha Laila.

“Korang! Weh serius la weh. Saya tak tahu. Saya macam nampak orang kat balkoni. Saya tutup lampu lepastu saya dengar sesuatu.

“Dah la suami saya tak ada, Keisha tak ada. Saya nampak macam ada..

Weh tak kelakar! Macam mana ni weh? Pintu kunci tak?” kongsinya menerusi Instagram Stories sebentar tadi.

Tambah pelakon drama Kamar Kamariah, dia merasakan bayangan yang dilihat itu adalah pencuri.

“Macam nampak tadi ada bayang hitam kat luar. Macam besar. Dia pakai baju warna hitam. Saya tak tahu hanya nampak bayang.

“Takkan pencuri? Saya rasa pencuri. Weh macam mana ni weh?

“Weh saya takut gila. Saya takut,” katanya sambil nangis teresak-esak.

Sambungan..

 

Aktres Nabila Huda, 36, tampil memberi penjelasan dengan menyatakan dia berada dalam keadaan baik selepas insiden rumahnya didatangi manusia yang mencurigakan.

 

Jelas Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil, dia seorang yang paranoid terutamanya ketika berseorangan di rumah.

“Saya tahu semua orang risau dan tertanya-tanya apa yang terjadi dekat saya. Secara jujurnya, tidak ada apa-apa yang berlaku kepada saya.

Saya dalam keadaan sihat. Saya memang takut duduk rumah sorang-sorang.

“Buat lagi bertambah paranoid tahap maksimum tu saya macam nampak kelibat orang dekat balkoni.

“Saya tak tahu itu orang ke apa tapi dia pakai masks (topeng muka). Tak ada pencuri atau orang cuba nak bunuh atau pun perompak. Itu sahaja.

“Korang kena fahan saya ni pelakon. Saya punya paranoid mesti besar dari tanggapan korang.

“Contohnya luka dekat tangan tu sikit ja tapi saya menjerit macam kepala saya dah nak kena kerat,” katanya menerusi Instagram Stories.

Sementara itu, pelakon utama drama Kamar Kamariah ini mempersoalkan siapa individu yang memakai masks yang dilihat pada malam itu.

“Untuk semua kawan saya, saya baik saja. Yang jadi persoalan siapa orang atau manusia yang saya nampak pakai masks,” katanya lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :gempak online
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *