Infomaklumat Viral

Lelaki BerBerjubah Putih Bantu Menolak Kereta Semasa Hujan. Bila Tengok Betul Betul, Semua Orang Terkejut..

Dengan memberikan bantuan juga dapat menolak bala, sebagaimana dinyatakan ” Sedekah  itu dapat menolak tujuh puluh pintu bala ” HR Thabrani.

Terdahulu, Tularnya didalam media sosial beberapa hari yang lalu, gambar seorang lelaki berjubah putih ada menolak kereta dalam keadaan hujan lebat.Setelah diselidik rupa-rupanya, lelaki itu adalah merupakan Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Berdasarkan status yang telah dikongsi pengguna Facebook menggunakan id, Mohamad Razif, gambar itu telah mendapat lebih 4,000 sukaan dan 1,833 perkongsian termasuk pelbagai komen yang memuji tindakan rendah diri Zulkifli.

“Entah abang tu tahu atau tak.. Mufti Wilayah yang bantu tolak kereta dia dalam hujan,” tulis Razif lagi.

Dengan memetik kata-kata Imam Al Syafie, Razif menulis lagi ,Orang yang paling tinggi kedudukannya ialah orang yang merasa dirinya tidak punya kedudukan. Orang yang paling hebat keutamaannya ialah orang yang merasa dirinya tidak punya keutamaan.Sementara itu, Shahrul Nizam Yahaya berkata Zulkifli sepatutnya dilantik menjadi mufti untuk seluruh negeri di dalam Malaysia kerana memiliki akhlak yang baik.Norsam Sham pula berpendapat, Zulkifli layak dilabelkan sebagai ulama sejati.

“Semoga negara kita mempunyai lebih ramai ulama seperti Mufti Wilayah persekutuan itu,”tambahnya lagi.

Sewaktu wartawan Utusan Online menghubungi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pegawai yang bertugas mengesahkan tentang penularan gambar tersebut. L”Antara info yang dapat saya kongsikan, kejadian berlaku di antara pukul empat hingga lima petang di sebuah jalan di sekitar Dengkil, kelmarin,” katanya. – via UTUSAN ONLINE

Sumber: kualalumpurviral/newsallmhi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *