Hiburan

Abu Bakar Juah Telah Menghembuskan Nafas Terakhir Selepas menjalani 12 pusingan kimoterapi.Sama-Sama Kita Sedekahkan Al-Fatihah

PELAKON veteran, Abu Bakar Juah, 72, meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam jam 6.35 petang, hari ini akibat kanser hati.

Berita itu disahkan anak ketiga Allahyarham, Safinas Abu Bakar, 32.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan tenat selepas dibenar keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak lebih dua minggu lalu.

Sebelum ini, pelakon filem Matinya Seorang Patriot dan Dukun itu disahkan menghidap kanser usus pada 2016. Selepas menjalani 12 pusingan kimoterapi, doktor mengesahkan pelakon veteran itu bebas daripada kanser.

 

Kanser datang kembali

Selepas disahkan bebas kanser, bapa kepada empat cahaya mata itu mengamalkan cara hidup sihat dengan mengambil pemakanan berkhasiat dan bersenam.

Bagaimanapun, pada awal tahun ini, doktor mengesahkan penyakit kanser kembali menyerang, malah lebih agresif hingga merebak ke hati.

Abu Bakar yang juga bekas Pengarah Penjara Taiping itu meninggalkan balu, Rusidah Mohd Yassin dan empat anak.

Drama terakhir yang pernah dibintanginya ialah Mr Grey pada 2018.

Abu Bakar Juah hidap kanser usus

 

PELAKON veteran Abu Bakar Juah, 72, yang berdepan beberapa komplikasi penyakit termasuk kanser usus, kembali dimasukkan ke Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak Sabtu lalu untuk pemantauan doktor.

 

Pelakon versatil yang boleh melakonkan pelbagai watak ini berkata, dia juga perlu menjalani pembedahan berkaitan penyakit batu hempedu yang dideritainya.

 

Terdahulu situasi kesihatan Abu Bakar dilaporkan tidak stabil dan lemah apabila mula sakit sejak 2017 dan menjalani rawatan di rumah.

 

Dia juga didapati mempunyai ketumbuhan dalam usus dan ‘blockage’ yang sudah dibuang.

 

Abu Bakar sudah menjalani proses kimoterapi selama 15 bulan dan bulan lalu, doktor mengesahkan hatinya sudah tidak boleh berfungsi kerana ada batu hempedu.

 

Sejak berita mengenai sakitnya tular, Abu Bakar tidak putus-putus dikunjungi oleh kenalan lama dan teman-teman artis.

 

Menurutnya lagi, dia juga perlu bergerak perlahan-lahan memandangkan keadaannya masih lemah.

 

Pelakon berasal dari Taiping, Perak, berkahwin dengan Rusidah Mohd Yassin sejak 1980. Mereka mempunyai empat anak dan seorang cucu.

 

Didie Alias Minta Doakan Pelakon Veteran Abu Bakar Juah

 

Pelakon Didie Alias menzi4rahi pelakon veteran Abu Bakar Juah yang kelihatan terl4ntar s4kit dan uzvr di rumahnya.

 

Didie meminta semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pelakon tersebut yang digelar Ayah.

“Ya Allah ya tuhanku kau permudahkanlah urusan ayahanda kami Abu Bakar.

“Sama-sama kite sedekahkan al-Fatihah buat ayah ya,” katanya.

Didie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

 

Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman videonya yang mencium dahi pelakon tersebut ketika melawat di kediamannya.

 

 

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bers1mpati dengan nasib pelakon veteran itu.

 

Malah ramai yang mendoakan kesihatannya meskipun tidak mengetahui punca beliau jatuh s4kit.

 

Abu Bakar merupakan pelakon veteran yang popular menerusi drama-drama Melayu sejak 90-an.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Facebook
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *