ISU SEMASA

Gadis Ini Rampas Tunang Orang. Malam Tu Dia Saje Je Ambil Midnight Nak Tengok Wayang. Perangkap Tunang Orang Tu Duduk Couple Seat. Sampai Macam Ni Sekali Yang Dorang Buat Kat Couple Seat Tu.

Assalamualaikum semua. Aku jenab berumur lebih 20 tahun. Dalam hidup setiap orang mesti tak lari dari kisah cinta nak nak umur yang makin meningkat dan serius dalam hubungan tetapi sebaliknya. Apa yang kita berharap dan merancang tak semestinya akan tertunai. Sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mengetahuinya. Aku harap kisah aku ni dapat dijadikan pedoman buat kita semua.

Aku baru 3 bulan putus cinta dengan tunang orang. Mula mula kenal,dia adalah orang atasan aku. Aku pun tahu status dia dari awal lagi. Pada awalnya hanya sekadar kawan dan menghormati dia sebagai bos tetapi lama kelamaan aku mula jatuh hati.

Dia sanggup buat apa saja untuk aku,tinggalkan kerja dia untuk menolong aku,berhabiskan duit untuk aku,bila aku skit dia orang pertama terpacak depan rumah aku. Cakap apa saja semua benda dia akan buat sampai kerana budi aku jatuh cinta.

Kami hanyut dalam dunia kami sendiri bagai dalam dunia ni hanya ada aku dan dia sahaja (jangan fikir bukan2 ya) sampailah prestasi kerja dia menurun dan selalu dimarahi orang atasan kerana hilang dari radar tempat kerja. Kemana lagi kalau tak hilang ke tempat kerja aku dan akhirnya dia berhenti kerana tak tahan tapi kami masih bersama.

Sepanjang dia menganggur dia tak pernah berubah malah sentiasa ada untuk aku sampaikan hasrat dia untuk meminjm dengan along kerana hutang kereta yang tertunggak lalu aku offerkan diri untuk bagi dia pinjam duit. Apalah sangat banding duit yang dia habiskan untuk aku.

Setelah beberapa bulan dia menganggur,akhirnya dia dapat kerja baru dan dia tarik aku masuk ke company itu. Mula mula aku takut tapi akhirnya aku setuju. Aku hantar notis sebulan ketempat kerja lama aku. Beberapa minggu lepas itu,dia senyap untuk beberapa hari.

Dan akhirnya aku dapat tahu dia memilih tunang dan keluarga dia berbanding aku. Dia cakap dia sayangkan tunang dia dan keluarga dia dan tak sanggup kehilangan mereka. Allah saja yang tahu perasaan aku sewaktu itu. Berhari hari keminggu aku menangis merayu padanya sehingga aku tak lalu untuk menguruskan diri. Jawapan yang diberi pada aku “saya sayang tunang dan keluarga saya”.

Disebabkan aku dah hantar notis berhenti jadi aku terpaksa masuk company yang sama dengan dia. Aku masih berharap belas ehsan darinya,aku merayu bagai tiada maruah kerana sayangnya aku pada dia. Bekerja satu bumbung ibarat membahayakan nyawa sendiri.

Aku bagaikan orang meroyan,siang gelak macam tiada apa apa yang berlaku,bila malam menangis kerana tak mampu nak bendung rasa dihati. Betullah orang cakap, orang paling banyak ketawa tu sebenarnya orang paling sedih. Sehinggakan aku persoalkan pada seseorang kenapa Allah uji aku sebegini?

Senang saja jawapannya, ‘sewaktu kau dan dia,aku tengok kau dah tak jaga solat,balik 2/3 pagi,balik kampung jarang. Allah hadirkan ujian untuk bagi kau sedar tapi semudah itu kau mengeluh. Semakin berat ujian semakin Allah nak bersihkan.’ Terkesan dihati aku.

Masih segar lagi ingtan aku, hari tu nk tgk wayang cerita Polis Evo 2, tanyangan pukul 8 malam dan 11.20 malam. Sengaja aku pilih midnight. Couple seat. Duduk paling hujung. Nak lepas kan rindu. Pada hal aku tak layan sgt pon cerita tu. Hanya suka dalam dakapan dia.

Aku alpa, keindahan dan keseronokan yang seketika akhirnya memakan diri aku. Dia tak kacak mana pun, cuma muka dia tu agak manis bila dipandang, ala2 Remy Ishak. Dia pula manis berkata2 dgn aku. Selama itu aku muhasabahkan diri aku,aku ingat balik selama dengan dia banyak buruk atau baik yang aku dapat. Sejak itu aku menjauhkan diri dari dia. Aku cuba meminta hutang aku tapi aku dimarahinya balik.

Katanya aku tak kenang jasa dia selama dia bantu aku,jadi aku dengan seikhlasnya untuk menghalalkan hutang aku padanya disebab budi. Semakin untuk pulihkan hati dan bangkit semula, tiba tiba aku dapat whatsapp dari dia mengatakan yang dia rindu dan sayangkan aku.

Dia rindu nak peluk dan dakap aku, malam itu malam paling bahagia bg aku. Hati aku berkobar2 semangat untuk dapatkan dia kembali. Aku keluarkan balik baju2 yg pernah dia belikan pada aku yg pakai time keluar bersama dia. Yes aku da ready dengan nafas baru, bangkit kembali dgn si dia.

Malam tu aku tidur tak lena, asyik skrol gambar2 lama kami berdua, tengok resit2 makan dan wayang yg pernah aku belnja dia sebelum ni. Video pon aku masih simpan rakam telatah dia makan shell out. haha.. Comot sangat kalau dia makan ketam ke udang, sbb kulit nk kopek dulu.

Bahagianya aku macam orang meroyan tapi tak lama selang beberapa hari kemudian dia up status makan bersama tunang tersayang. Rupanya aku diberi harapan palsu. Ujian Allah untuk aku membuatkan aku makin sabar dan kuat. Akhirnya aku buat keputusan untuk berhenti kerja dan sambung belajar.

Aku harus kuat,nekad pergi jauh dari dia,bayang bayang dia yang tak kan kembali lagi. Aku akan hantar notis sebulan. Doakan aku tabah dan kuat untuk hadapi selama sebulan selama sebumbung dengan dia. Rasanya cukup hint suruh aku berhenti berharap. Aku hanya ingin teruskan hidup dan melupakan segalanya.

Makin hari ke hari ke minggu ke bulan aku sedar semua ini ada hikmahNya. Ada rahmat Allah nak beri dan gantikan dengan sesuatu yang kita sendiri tak pernah duga. Aku semakin cemburu bila lihat status whsapp nya sering kali bertuka tuka makan dgn tunang, berjalan ke sana ke mari, pergi bersama beli cincin. Aku cuma berangan angan saja masa utk beli cincin dgn dia, tapi malang hint untuk beli cincin pun tak nampak.

Aku fikir dia hanya sekadar berkawan dgn aku untuk melupakan bekas tunang dia sebelum ini. BETUL!!sangkaan aku betul, aku hanya kain buruk untuk dia lap keburukan dan kesedihan seketika. Dia kembali kepada tunang dia, lagi bahagia aku tgk mereka berdua. Kemana saja berdua.

Betapa besarnya nikmat Allah pada hambaNya sedangkan hambaNya sering alpa dan masih belum merasa cukup dengan apa yang disekelilingnya. Permulaannya memang aku sering salahkan dia salahkan diri aku sampai satu masa hati aku terasa dijentik oleh Allah.

Allah hadirkan dia dalam hidup kita untuk memberi pengalaman atau pengajaran dalam sebuah hubungan. Aku sedar apa yang berlaku semua ini adalah suratan takdir ilahi. Bukan aku tak redha dengan ketentuanNya, dan tak mungkin aku mengulangi kekhilafanku lagi.

Zul, aku doakan kau bahagia dengan si dia yg kau cintai, hargai la cinta si dia. Aku perlu lupakan kau, mungkin jodoh kita tak panjang, aku panjatkan restu untuk korang berdua. Disetiap doaku tak pernah putus mohon padaNya, Allah maha dzat yang bolak balikkan hati ini andai dia bukan untukku. Moga Allah ampunkan segala dosa dosaku dan dosa dosa dia sepanjang perkenalan kami. Allah uji kerana Allah sayang.

Artikel berkaitan : Gadis Ini Terkejut Bila Lagi Seminggu Nak Kahwin Tunang Ajak Duduk Serumah. Gadis Ini Menolak. Lepas Je Nikah Gadis Ini Dihenyak Hari Hari Sehingga Satu Hari Dia Datang Bulan Dan Ini Yang Terjadi.

Assalamualaikum… Tahun ini tahun ke 5 aku berkahwin buat yang kali kedua… Maknanya dah 10 tahun aku bebas… Allah je tahu perasaan aku lepas ex aku jatuhkan talak. Abang aku, mak aku dan ayah aku yang teman aku di mahkamah menangis kesyukuran… Syukur mereka dapat anak mereka semula…

Aku anak perempuan tunggal dalam lima adik beradik… Aku lahir dalam keluarga yang sentiasa menyokong satu sama lain… Tak ada istilah aku perempuan, kerja rumah aku yang buat… Tugas aku dan mak bertumpu pada dapur… Bab2 lain dibahagikan sama rata antara abah dan adik beradik aku…

Disebabkan oleh aku anak perempuan tunggal, aku dimanjakan abang2 aku… Dan tempat mengadu adik-adik aku… Typical middle child syndrome, aku nak apa yang aku nak. Aku keras kepala. Impulsif dan selalu ikut perasaan.

Perangai itu telah membawa aku kepada dia. Ex aku. Ada rupa. Ada gaya. Ada karier. Walaupun keluarga aku pada awalnya menolak dia, disebabkan oleh aku seorang yang go getter, aku mendapat restu ahli keluarga untuk bernikah dengan dia.

Abang aku selalu kata “Apa yang kau nampak pada lelaki chauvanist ni? Dah la adab dengan orang tua kelaut.” Aku hanya jelingkan apa abang aku kata. Apa dia tahu bisik hatiku. Semasa bertunang banyak sangat petanda yang aku tak patut teruskan pernikahan. Dia pernah ajak aku bersedudukan. Katanya kami akan bernikah tak lama lagi.

Aku anggap, oh itu perkara biasa. Lelaki dan nfsu 1 nya. Kasar tutur dan bicara pada aku tak terkira. Alasannya? Tertekan dengan segala urusan bernikah. Sedangkan dari A to Z aku uruskan. Oh ya. Ibu bapanya sudah tiada. Majlis semua keluarga aku uruskan.

Umur 23 tahun, genap setahun setelah aku tamat belajar, aku menjadi seorang isteri. Sewaktu aku masih dalam fasa bulan madu, dia tidak segan menunjukkan perangainya. Suka tengok benda bukan bukan. Aku selalu rasa seperti objek pemuas nfsu. Dalam setiap kali bersama memang sudah tak ada ‘jiwa’. Dan itu hanyalah sekadar menunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri.

Belum lagi keresahan bila aku datang bulan. Dia pernah tertangkap ke rumah urut. Katanya aku datang bulan terlalu lama. Tak akan aku ketepikan hukum untuk dia. TAK AKAN. TITIK. Di rumah aku persis Cinderella. Dari sekecil kecil kerja rumah. Sampai la ke sebesar besar kerja rumah. Ya la, rumah itu dia yang beli dia yang bayar. Jadi adil la aku jadi kuli buat segala bala katanya.

Tahi telinga aku dah keras bersama dengan dia. Semua kata kata kesat dan perkataan mencarut jadi makanan telinga aku hari-hari. Asbab seperti teh o kurang manis pun boleh jadi punca aku dipanggil dengan kata kata yang kesat.

Tangan aku penuh warna biru direntap. Berapa kali tumbukan ke pintu dilepaskan betul betul sebelah wajah aku. Berapa kali kerusi disepak sambil kata dia harap dia dapat sepak aku sebegitu. Harta benda yang dipecah dicampak tak usah dikira banyaknya.

Bila baran memuncak, cakap nak bahayakan nyawa aku pun pernah. Selepas dia buat aku rasa macam aku ini kuman yang tak bermakna, dia akan meminta maaf dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Allah lindungi aku. Dia tak pernah hinggapkan tangan kakinya pada aku.

Aku bagaikan kudis dalam hidup dia. Saat berat aku hanya 50kg dengan tinggi 167cm, hari-hari dia panggil aku gemuk. Hari-hari aku dipanggil buruk. Tapi yang kelakarnya si gemuk dan si buruk ni la kau henyak hari-hari.

Aku juga dilarang bertemu keluarga aku. Bila dimarah keluarga kerana aku mengasingkan diri, aku tak dapat ceritakan hal sebenar. Kerana aku mahu menjaga air muka ex aku. Bermacam alasan aku beri pada mak, abah, along, angah dan adik-adik. Sampai kering idea. Akhirnya adik beradik pulaukan aku. Aku cuma berhubung melalui telefon dengan mak dan abah.

Setahun hidup aku hanya dia dan kerja. Berkawan pun dikawal ketat. Aku cuma berhubung melalui FB atau whatsapp. Aku diasingkan dari dunia luar. Sampai la satu hari aku dapat tahu perihal perempuan satu lagi. Sejak dari tu aku jadi memberontak. Aku bukan diri aku sendiri. Bila aku dimarahi aku hamburkan semula makian. Bila dia menumbuk pintu, menyepak kerusi meja, aku hanya menjeling dan berkata “Kau jangan ingat aku ni patung yang kau boleh buat sesuka hati… Aku ada abang2 dan adik2 yang boleh buat kau makan pakai straw”…

Aku mula jadi isteri nusyuz. Pulang kerumah keluarga aku tanpa izin. Tak ada setitis pun air mata aku gugur masa ni. Aku dah nekad yang aku nak berpisah. Cuma cara masih kabur. Sampai satu hari setelah setahun setengah, saat beban itu tak tertahan lagi. Aku nangis semahunya pada keluarga aku. Cerita kan semuanya. Penderitaan fizikal dan mental yang aku hadapi. Abang2 aku mula meruap. Mujur aku ada mak dan abah. Mereka yang buka jalan untuk aku. Kumpul bukti kata mereka. Supaya aku dilepaskan dengan ‘aman’.

Setiap kali balik kampung, aku akan pasang spy cam di bilik tidur aku. Aku gunakan telefon pintar yg murah dan aku hubungkan dengan powerbank. Aku letakkan apps spy cam. Camera akan dihidupkan bila ada pergerakan. Dalam kes aku, banyak pergerakan. Patutla mula-mula marah. Lama2 siap tanya bila aku nak balik kampung.

Mula-mula aku nak ambil 3 bulan notis untuk berhenti kerja. Tapi lepas nampak apa yang aku nampak, setiap hari macam neraka dekat rumah tu. Aku terpaksa ambil 24jam. Mujur aku ada saving. Dapat la aku bayar balik bekas company aku.

Lepas ex aku pergi kerja, aku pack barang. Abang2 aku ambil dekat rumah. Kami buat report polis tentang apa yang dia pernah bagi. Dan alhamdulillah ada bukti di whatsapp. Jadi aku keluar rumah dengan report polis untuk bukti dimahkamah kalau diperlukan. Nombor telefon aku deactivate dan tukar baru. Aku block dia di socmed. Lepas dah sampai rumah keluarga aku, aku hantar email kat dia. Email video aksi dia. Dia merayu dimaafkan seperti selalu. Aku tak akan pandang belakang. NEVER.

Segala urusan nak berpisah aku buat. Sedara aku selaku peguam shariah banyak bantu dan beri nasihat. Aku langsung tak ada berurusan dengan dia. Video itu jadi benda utama perundingan untuk dia lepaskan aku secepat mungkin.

Sedara aku berunding dan cakap dengan dia. Kalau dia tak nak lepaskan dan aku tuntut fasakh, segala video dia hakim akan tengok sebagai bukti tuntutan fasakh aku. Kisah dia akan jadi bualan dalam mahkamah sebab dalam mahkamah bukan kami sahaja. Ada ramai lagi pasangan lain dalam tu. Jadi dia pilih lepaskan aku secara aman. Tepat usia aku 25 tahun aku dilepaskan.

Pasal dia menangis merayu depan rumah. Datang cari aku. Merayu kat mak abah aku. Malas aku nak cerita. Semua tu adalah tangisan buaya. Tiada benda yang lebih palsu dari tangisan dia. Kisah aku tak habis disini. Walaupun aku benci dia. Tapi tak adalah aku terus move on 100% lepas berpisah. Sebulan juga aku macam patung hidup. Tak ada arah tujuan. Salahkan diri aku sendiri.

Kemudian aku dapat kerja baru. Mula berjumpa kawan kawan lama. Yang paling penting setiap hari aku dihiasi kasih sayang dari keluarga aku sendiri. Aku baru faham kenapa Allah tak kurniakan aku anak walaupun aku pernah berdoa setiap hari untuk zuriat dulu. Tanpa zuriat aku boleh terus padam dia macam dia tak wujud pun. Dengarnya setahun lepas berpisah dia dah berkahwin. Selebihnya tak tahu la apa cerita.

Hidup aku sesudah dia dihiasi travel log. Dihiasi kisah2 manis aku dengan kawan2. Trip umrah kami sekeluarga. Aku cuba scuba diving. Aku cuba hiking. Aku ingatkan hati aku dah padam untuk cinta. 5 tahun lepas bergelar janda aku bernikah sekali lagi selepas berkali kali istikarah sebelum dirisik keluarga dia. Tak ada mimpi ke apa. Cuma Allah berikan perasaan kasih dekat suami aku.

Aku pernah cakap dulu dengan suami aku yang aku janda dan pernah berkahwin. Muka dia macam terkejut. Kemudian dia cakap tak apa. Yang penting bukan bini orang. Dan ketawa. Dia kata dia tak akan bincang kisah lampau melainkan aku mahu. Aku betul2 ingat dia akan reject aku.

Aku masih ingat masa dia bawa aku ke kenduri kesyukuran mak dan ayah dia balik dari haji. Kami memang klik. Keluarga dia sangat mesra. Hari dia merisik, abah aku cakap yang dia tak nak letak kan hantaran sebab aku janda. Mak dia kata kami nak beri hantaran sebanyak rm1x, xxx. Dia menantu sulung kami. Orang nak beri, kita merasalah.

5 tahun post marriage. Dulu aku tak pernah rasa aku akan jumpa seseorang lagi. Ada masa aku memang putus asa. Benci lelaki. Nak hidup solo forever. Tapi hati kita ni milik Allah. Sekarang anak dah seorang. Kadang2 termenung juga. Umur 35 anak baru satu. Kawan aku ada yang dah sampai empat anak. Tapi siapa aku nak menidakkan perjalanan hidup yang aku pilih sendiri. First time kahwin dulu taknak pulak buat istikarah kan. Padan muka aku. Naluri Allah dah bagi tapi nak ikut keras kepala.

Tapi aku terima kepayahan aku jadi mak di usia lanjut. Sekarang aku rapat dengan keluarga aku. Suami aku pun walau kadang2 ada juga la gaduh. Aku terima semua baik buruk dia. Selama dengan dia lagi banyak suka dan hanya sedikit sangat dukanya.

Kalau dulu hidup aku ditanggung ex aku semua. Tapi bahagia tak ada. Sekarang ni, walaupun perbelanjaan kena 50-50, sikit pun aku tak kisah. Duit boleh cari. Kebahagiaan tu susah sikit. Kisah aku tak tahu la bahagia sampai bila sebab semua ni pinjaman Allah swt. Yang pasti kalau pisang berbuah dua kali, saving aku dah ada. Escape plan dah ada. Dan aku tahu aku ada keluarga yang selalu menyokong aku dalam susah atau senang.

Mak mertua aku pun feminist. Kalau anak dia buat hal, anak dia yang kena kitai. Kitorang kamceng. Jari kelinking dah paut dah sejak aku kahwin dengan anak dia dulu. Panjang cerita aku kan. Syukur masih ada lagi happy ending. Aku doakan semua isteri atau suami yang jadi sasaran suami domestik dapat mencari jalan keluar. Dan kamu dapat sokongan yang kamu perlukan. Kalau tidak dari keluarga harap ada NGO yang sanggup bantu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Apampink media
Sementara itu, ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *