Infomaklumat ISU SEMASA Viral

“Asal Kelantan, Patutlah Peng0tor” Baru 8 Hari Mas0k Universiti, Pelajar Dah Kena Hent4m… Mas4k Mi Seg3ra Dalam Baldi, 7 Rakan Sebilik J0in Sekali

Kepada pelajar yang pernah menjalani zaman belajarnya di asrama, tidak dinafikan lagi aktiviti makan mi segera bersama kawan bukanlah perkara yang aneh.

Ianya seperti ritual setiap pelajar, sampai ada yang bertindak luar kotak pemikiran dengan menggunakan baldi sebagai tempat memasak mi segera dalam kuantiti yang banyak.

Itulah perkara yang dilakukan oleh seorang pelajar bersama tujuh rakannya pada hari Khamis pagi sebelum bertindak kongsikan video itu ke laman sosial Twitter. Bertujuan untuk suka-suka kongsikan video itu, Muhammad Musafir Kelana, 19, tidak sangka dirinya menerima pelbagai bentuk kecaman.

“Saya baru lapan hari mendaftar sebagai pelajar. Hari tu kami cuti, jadi kami masak 10 bungkus mi segera untuk lapan orang dalam baldi.

“Asal Kelantan, Patutlah Peng0tor” Baru 8 Hari Mas0k Universiti, Pelajar Dah Kena Hent4m… Mas4k Mi Seg3ra Dalam Baldi, 7 Rakan Sebilik J0in Sekali
Muhammad bersama rakan-rakan sebiliknya.

“Saya kongsi video di Twitter, tak sangka orang kecam. Saya faham kenapa mereka kecam. Kalau saya jumpa baldi yang berkerak pun saya tak akan makan.

“Tapi kami guna baldi baharu. Memang tak sempat guna untuk cuci baju lagi sebab baru masuk asrama,” ujar penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pagoh, Johor itu.

“Sebenarnya mak saya orang Kelantan, tapi saya lahir di Kedah.”
MUHAMMAD MUSAFIR KELANA

Menurut pihak mStar, Musafir yang kini belajar dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal telah menerima bedilan komen yang berbentuk kasar ekoran video dimuat naiknya.

Dengan tenang, dia tidak kisah dengan berbagai komen negatif yang diterima, namun dia meminta orang luar yang hendak komen negatif untuk tidak menyentuh isu negeri.

“Asal Kelantan, Patutlah Peng0tor” Baru 8 Hari Mas0k Universiti, Pelajar Dah Kena Hent4m… Mas4k Mi Seg3ra Dalam Baldi, 7 Rakan Sebilik J0in Sekali
Paparan skrim rakaman tular berkenaan.

“Masa sekolah menengah, lima tahun saya duduk asrama. Jadi saya dah biasa. Saya gelak je baca komen, mungkin mereka geng-geng makan atas pinggan seramik 24 jam.

“Saya faham, lain orang, lain cara membesar. Pesanan saya, nak judge atau sampaikan kritikan tu, biarlah beradab. Ada yang main sentimen negeri. Saya asal dari Kelantan, dia kata patutlah pengotor.

“Asal Kelantan, Patutlah Peng0tor” Baru 8 Hari Mas0k Universiti, Pelajar Dah Kena Hent4m… Mas4k Mi Seg3ra Dalam Baldi, 7 Rakan Sebilik J0in Sekali
Muhammad merupakan penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pagoh, Johor.

“Sebenarnya mak saya orang Kelantan, tapi saya lahir di Kedah,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Musafir juga berasa pelik bagaimana video yang dikongsikannya dengan tujuan suka-suka boleh mendapat jumlah tontonan sebanyak lebih sejuta.

“Asal Kelantan, Patutlah Peng0tor” Baru 8 Hari Mas0k Universiti, Pelajar Dah Kena Hent4m… Mas4k Mi Seg3ra Dalam Baldi, 7 Rakan Sebilik J0in Sekali
Muhammad sudah terbiasa dengan kehidupan asrama sejak sekolah menengah lagi.

Tambah Musafir, dia melihat keseluruh perkara yang berlaku ini dari perspektif yang positif dan akui tidak terkesan sedikitpun dirinya dengan komen-komen yang diterima.

Namun katanya, dia melihat apa yang berlaku dari sudut positif dan mengakui langsung tidak terkesan dengan segala komen yang dilemparkan.

Sumber : mstar/zox

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *