Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Wanita China Menjerit Selepas Disamun. Bila Org Awam Datang, Kantoi Suspek Sebenarnya P0lis

  • Seorang Koperal polis ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian samun seorang wanita warga China di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana, Ampang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Azam Ismail berkata, ketika kejadian, mangsa yang juga jurujual berusia 29 tahun sedang minum bersama rakannya di sebuah kedai makan berhampiran lokasi kira-kira 7 malam.

” Mangsa kemudian dihampiri tiga lelaki disyaki warga tempatan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum mereka memegang kedua-dua tangan wanita itu dan menariknya ke kawasan letak kereta.

” Jeritan wanita terbabit meminta tolong didengari orang awam yang berada di lokasi yang kemudian memberikannya bantuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Siapa sebenarnya suspek?

Mohd Azam berkata, seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga koperal polis ditahan orang awam di lokasi terbabit, manakala dua lagi rakannya melarikan diri.

” Semakan mendapati suspek berkenaan adalah anggota polis berpangkat koperal, namun dia dalam status ditahan kerja.

” Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kerugian wang tunai kira-kira RM5,000 dan kehilangan barangan peralatan solekan.

” Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang keced3raan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti dua suspek yang masih bebas dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

” Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Kesksaan kerana melakukan samun berkumpulan,” katanya.

Menurutnya, suspek direman bermula hari ini sehingga 30 Ogos ini.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 29 saat menunjukkan seorang wanita ditarik dan disamun tiga lelaki tular di media sosial, hari ini.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet meminta pihak berkuasa agar menyiasat perkara itu dengan seadilnya.

” Jika benar anggota itu bersalah…tahan dan dakwa sahaja ikut undang-undang…wanita dari China itu juga harus disiasat adakah mempunyai dokumen lengkap atau tidak…ramai sangat warga negara China bebas kesana kesini dengan dokumen palsu..” tulis Sam

” Walaupon ada segelintir yg terbabas namun kita amat2 menghargai sebahagian besar anggota polis yg masih jujur dan amanah dlm menjaga keselamatan dan ketenteraman yg membolehkan kita semua hidup aman..” tulis Leo King

” Dah berusia 46 tahun tu salah seorang dari bekas anggota polis yg terlibat mungkin terdesak kewangan sebab kan RM 5000 buat romp4kan kan dah kena cekup. Harap jadi pengajaran pada yg lain. Kekal kan displin Berkhidmat Untuk Negara..” tulis Noraini

Sumber : limauais

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *