ISU SEMASA

Cik Bunga Kantoi Buat Nasi Kangkang Untuk Suaminya. Gadis Itu Terkejut Tengok Cik Bunga Kangkangkan Periuk Nasi Pada Malam Jumaat. Seram Sejuk Terus Lari Masuk Bilik

Foto sekadar hiasan..

Hi Assalamualaikum untuk semua pembaca , aku Alisya dan ini merupakan kali PERTAMA aku coretkan kisah seram aku dekat sini. Kalau cerita aku di approve aku nak ucapkan terima kasih dekat fiksyen shahsha . So berdasarkan tajuk kat atas mesti ramai yang dah tahukan mengenai ‘Nasi Kangkang’ ni .

Senang cerita nasi kangkang ni tujuan dia satu je iaitu untuk si isteri nak si suami ikut telunjuk dia . Okay aku ada satu pengalaman di mana aku nampak dengan mata aku sendiri orang yang mengamalkan nasi kangkang ni JENG JENG JENG

Okay aku mulakan cerita . Aku merupakan seorang siswa di salah satu ipta di ibu kota . Korang tahu la kan first sem memang disediakan tempat tinggal tapi bila dah masuk sem kedua, student kena cari tempat tinggal sendiri . So nak dijadikan cerita kawan aku , zana ni dah jumpa satu rumah dekat la jugak dengan Universiti kitaorang .

Alhamdulillah aku lega la dengar sebab tak payah nak mencari lagi tapi si zana ni musykil satu benda la pasal rumah yang bakal kitaorang sewa ni sebab sewa rumah dia murah sangat (50 hengget je uolls) dan kawasan rumah tu jauh dari kawasan rumah orang memang sangat terpencil tapi kitaorang buat tak tahu je sebab murah dan rumah tu dekat dengan U kitaorang.

Untuk pengetahuan korang ,pemilik rumah tu tinggal dekat sekali dekat rumah tu(suami isteri) sebelum pindah memang kitaorang tak tahu pemilik rumah duduk situ . So si zana ni janji dengan tuan rumah (isteri) yang kitaorang akan pindah masuk minggu depan dia pun kata okay .

Hari yang ditunggu-tunggu tiba, kitaorang pun dah siap hangkut barang masuk kereta so drive terus la pergi rumah tu . Kitaorang ada berhenti dekat area rumah tu sebab nak beli goreng pisang yela tengah hari kan . So aku pun turun la beli then makcik goreng pisang tu tanya aku

‘Eh anak ni dari mana nak kemana tak pernah nampak pun sebelum ni’ ‘Saya memang bukan orang sini makcik , saya ni ke sini sebab nak menyewa dekat area-area sini’ ‘Oh iyeke kamu nak menyewa di mana?’ Aku pun tunjukla alamat yang aku tulis di kertas dekat makcik tu . Tiba-tiba air muka makcik tu berubah macam terkejut

‘Kamu nak menyewa dengan cik bunga ke Allahu Akbar’ ‘Kenapa ye makcik?’ Heran jugak aku ‘Macam nilah , makcik nak pesan kamu tu perempuan , jadi hati-hati sikit ye duduk dengan cik bunga tu’. Aku pun tak cakap banyak terus bayar dan cakap terima kasih . Terdapat seribu tanda tanya yang belum terjawab .

Kenapa dengan cik bunga ? Kenapa makcik tu suruh aku hati-hati ? .malas nak pikir aku masuk kereta terus drive sambil makan goreng pisang, zana ada tanya apa benda yang aku sembangkan dengan makcik tu , cukuplah sekadar aku menggelengkan kepala tak mahu dia risau .

Perjalanan nak ke rumah sewa tu ambil masa lebih kurang sejam memang suram kawasan dekat situ . Bila dah sampai dekat area situ adalah jugak aku bertanya dengan orang sekitar di mana alamat rumah tu yela malu bertanya sesat jalan. Yang aku perasan bila aku tunjuk alamat tu dekat orang , ramai yang menyuruh agar aku berhati-hati tetapi diberitahu jugak bagaimana nak ke rumah itu.

Aku dah tak pikir panjang terus je drive sampai la kitaorang tiba dekat rumah tu . Dari jauh dah nampak ada seorang perempuan tengah tunggu dekat depan pintu rumah. Aku kata dekat zana ni mesti tuan empunya rumah . Kitaorang pun turun dari kereta dan bersalaman dengan dia . Keadaan rumah agak menyeramkan(rumah kayu) depan rumah ada tempayan untuk basuh kaki alah macam rumah orang dulu-dulu .

Lepas dah salam perempuan tu perkenalkan diri katanya namanya cik bunga . Oh inilah cik bunga tu . Umurnya aku anggarkan dalam lingkungan 50-an tetapi muka dan badannya seolah-olah orang muda. Kita orang dijemput masuk dan dia kata. ‘Kamu berdua jangan lupa disiramnya kaki dengan air tempayan itu pantang larang jika hendak memasuki rumahku’

Gaya cik bunga bercakap macam orang dulu-dulu . Kitaorang pun ikut jelah bila dah naik rumah baru cik bunga bagi tahu yang dia dengan suami dia tinggal di sini dan dekat sini hanya bilik yang disewa (ada dua bilik) terkejut jugak kitaorang . Masa tu memang macam nak cancel je menyewa dekat situ . Lepas tu dia ada bagi beberapa pantang larang dekat rumah dia walaupun dah 2 tahun berlalu tapi aku ingat lagi pantang larang dia

1.bilik nombor 2 jangan pernah masuk (sentiasa dikunci, bilik cik bunga no.1, bilik aku no.3 and bilik keempat bilik zana) 2.masa cik bunga masak kami diharamkan masuk dapur. Malam jumaat kitaorang kena tido awal sebelum pukul 10 (masa untuk dia buat nasi kangkang).

4.jangan pernah bercakap dengan cik jali (suami dia) kitaorang duduk situ 4 hari je dan tak pernah nampak cik jali, nampak dia pun masa pagi sebab pergi beli kan lauk. Cik jali tak dibenarkan tido dalam rumah, dia tido dekat luar dekat pondok yang macam bekas reban ayam situla tempat dia duduk, makan tido. menitis jugakla air mata

Aku dah rasa lain macam bila dia tetapkan pantang larang . So lepas dah angkat barang masuk bilik aku cakap dengan zana yang aku nak menyewa tempat lain tapi zana kata tinggal la sini dulu sebab nak mencari rumah sewa memang susah .

Hari pertama okay sebab kitaorang sampai petang pastu sembang dengan cik bunga pun dekat magrib lepastu dia suruh kitaorang masuk rehat . Hari kedua kita orang dah habis kelas around 4 pm lepastu balik la . Bila sampai dah dekat depan rumah kitaorang nampak cik bunga marah cik jali dikatanya bodoh lah tak berguna lah.

cik jali pulak nampak macam pak turut ikut je apa cik bunga kata macam dah kena guna-guna . Kitaorang tanyala kenapa marah cik jali, cik bunga jawab senang je ‘Suami aku itu bdoh orangnya itu sebab aku tidak suka padanya dasar suami bdoh’

Kitaorang diam jela pastu terus naik . Bila dah mandi apa semua , kita orang nak solat asar cik bunga datang marah kitaorang dia kata kitaorang belagak alim pakai tudung nak tunjuk baik la sembahyang sebab nak perli dia tak sembahyang la (ye memang cik bunga tak pernah solat) . Masuk hari keempat duduk situ memang kitaorang tak tahan yela time solat dia marah kitaorang, time mengaji dia gelak-gelakkan time azan dia selalu menjerit panas panas.

Aku memang betul-betul tak paham sampai la satu malam . Malam tu malam jumaat di mana cik bunga tak bagi kitaorang keluar bilik . Aku memang masa tengah tido akan terjaga nak ke tandas jadi malam tu Allah nak tunjuk, aku rasa tak nak terkucil je terus lupa pesanan cik bunga.

malam tu aku tengok jam dah pukul 12 lebih aku pun bangun nak ke tandas (tandas dekat dapur) gelap kan masa tu jadi aku tak sengaja ternampak cik bunga duduk dekat dapur dengan kain batik disenteng ke atas betis, dia kangkang dan ada periuk nasi dekat bawah kangkang dia tu aku nampak air menitik jatuh dalam periuk

wallau hu a’ lam aku tak tahu apa yang cik bunga buat aku dengar dia baca mantera dia aku dah lupa yang aku tahu dia seru benda tu tengah dia baca mantera tu dia pandang aku . Allahu muka dia lain tak macam cik bunga , muka dia macam orang tua dengan rambut mengerbang dengan pandangan mata yang tajam dia jerkah aku, suara yang garau

‘AKU SUDAH BILANG AKU HARAMKAN KAU DATANG SEWAKTU AKU MEMASAK HAHAHAHAH’ Masa tu meremang bulu roma aku terus aku lari ke bilik zana dan aku perasan cik bunga mengejar aku , masa aku lari tu aku rasa lama betul nak sampai bilik zana. Ya allah tak tahu aku nak gambarkan macam mana masa tu aku rasa macam cik bunga betul-betul duduk belakang aku .

Aku terus tolak pintu bilik zana masa tu zana pun terkejut tengok aku. Syukur masa tu zana tak kunci pintu lepas dah masuk aku terus kunci. Lepas aku kunci tu macam ada orang ketuk pintu kuat sangat sambil jerit ‘bukak aku pun nak masuk jugak’ sambil mengilai.

Aku dengan zana masa tu memang dah kecut perut sampai bacaan ayat quran pun berterabur . Kitaorang cuba jugak baca ayat kursi sampai lah ketukan pintu tu hilang aku tengok jam pukul 3 pagi . What ! Maknanya lama kejadian tu jadi.

Sepanjang malam tu aku dengan zana tak boleh tidur kita orang dengar macam suara cik bunga sedang bergurindam . Korang bayangkan gurindam dia tak macam gurindam yang kita dengar gurindam dia seolah-olah sayu ,seram lepas tu dengan bahasa dulu dia . Sampai sekarang aku ingat lagi gurindam tu (masa aku duduk sorang-sorang aku macam dengar gurindam tu).

Aku cakap dengan zana yang pagi besok kita keluar dari sini dan nak tahu apa jadi ada suara perempuan sayu sangat merayu cakap jangan pergi sambil mengilai lepastu tingkap dengan tiba-tiba terbuka macam ada angin kuat sangat . Kitaorang tak putus-putus baca ayat quran sampailah subuh barulah semuanya berhenti . Kitaorang tunggu sampai dekat luar cerah baru kitaorang keluar dari bilik.

Masa tu nak tahu aku nampak cik bunga sendukkan nasi dari periuk yang semalam aku nampak dia kangkang tu bagi cik jali makan, kesian aku tengok cik jali. Dia tengok kitaorang sambil tersenyum macam tak ada apa yang jadi sambil mempelawa kitaorang makan sekali, memang tak la nak makan rasa loya ada la bila ingat aku ada makan benda dia masak.

Lepas tu aku masuk bilik aku kemas barang , zana pun dah kemas barang dia kitaorang mintak izin kat cik bunga yang kitaorang nak pindah sebab kitaorang dah dapat rumah lain (alasan) lepastu muka cik bunga sedih sangat dia kata ‘Kalau begitu siapa yang mahu jadi pengganti ku’

Aku masa tu dah seram sejuk lepas tu terus kitaorang salam dia lepastu blah . Masa kitaorang masukkan barang dalam kereta cik bunga duduk dekat pintu rumah dia sambil bergurindam sayu . Yang aku ingat dalam gurindam dia tu dia titipkan aku (dia sebut nama aku) dekat ‘benda’ dia . Dia kata aku pengganti dia lepastu dia kata aku ni tuan baru la apa lah .

Aku dah seram sejuk terus masuk kereta lepas tu tiba-tiba cik bunga datang tepi tingkap kereta aku dan cakap . ‘Jika ada kelapangan nanti datanglah menjenguk bondamu ini , akan ku turunkan ilmuku kepada mu’ Aku dab seram sejuk terus je drive and even dah dalam kereta kitaorang still dengar cik bunga bergurindam .

Zana just cakap yang cik bunga nak jadikan aku anak angkat dia. Aku macam apalah yang kau cakap ni .zana kata lagi masa hari ketiga kitaorang duduk situ masatu aku ada kelas zana takde so dia duduk umah jela. Cik bunga sembang dengan zana yang dia berkenan nak aku jadi anak angkat dia .aku masa tu terus meremang .siapa nak jadi anak angkat dia yelah dengan amalkan benda syirik macam tu.

Aku cakap dekat zana yang 4 hari kita duduk dengan cik bunga dah banyak bagi pengajaran dekat kita . Patutlah makcik yang jual goreng pisang tu suruh hati-hati .masa aku drive tu sambil zana cerita cerita seram yang ada dekat rumah tu aku dah perasan yang dekat 2 jam aku drive aku still dekat tempat yang sama . Aku berenti jap tepi jalan pastu aku baca ayat qursi baru aku drive dan jumpa jalan keluar.

Zana masa tu tengok aku pelik je . Kitaorang ni dengan tak mandi busuk bagai berhentilah dekat satu masjid ni area2 situ jugak . Aku dengan zana turun pergi ke toilet masjid tu . Toilet ada satu je so aku masuk dulu lepas aku keluar zana masuk . Masa nak tunggu zana tu ada sorang lelaki ni dengan berkopiah bagai datang sapa aku.

‘Assalamualaikum, awak ni dari mana ye tak pernah nampak pun sebelum ni?’ ‘Waalaikummussalam ,saya dengan kawan saya ada menyewa dekat hujung kampung sana tapi dah pindah keluar harini’ ‘Menyewa? Dekat rumah sapa ye’ ‘Cik bunga’

Istigfar panjang dia. Lepas tu dia cerita la pasal cik bunga tu .Kisahnya cik bunga tu pengamal ilmu hitam tu sebab rumah dia jauh dari kawasan rumah orang . Lelaki tu nama dia irfan . Irfan cerita dulunya cik bunga tu baik tapi dia bersuamikan cik jali yang panas baran , kaki perempuan . Pantang cik bunga silap sikit mesti dipkulnya cik bunga so cik bunga tak tahan dia terus cari guru nak belajar pasal ilmu nak menundukkan suami dia la nak bagi cantik la.

Irfan cerita lagi masa cik bunga muda dia guna cairan haid dia (masa dia datang bulan) untuk buat nasik kangkang tu sebab cik jali jadi macam tu . Cik bunga tu ada membela ,ramai orang kampung pernah terserempak dengan kelibat cik bunga tengah malam sambil bergurindam . Sekarang ni cik bunga dah tua jadi dia nak cari la pengganti dia sebab tu dia dia cari orang yang nak menyewa dengan dia.

Syarat penyewa mesti perempuan . Aku pun macam terkejut la sebab aku rasa macam aku yang dipilih cik bunga . Lepas tu aku cerita dekat irfan yang cik bunga nak jadikan aku anak angkat la nak turunkan ilmu lah . Terkejut irfan lepas tu dia ajak aku masuk masjid sekali la dengan zana lepas tu dia kata

‘Bila kita masuk masjid dia tak dapat ikut , tak dapat dengar’ Seram jugak la aku masa tu . Irfan suruh aku lunjurkan kaki lepastu dia ada baca ayat quran dia gerakkan tangan dia dari kepala aku sampai ke kaki . Badan aku rasa ringan lepas tu irfan kata ada benda yang cik bunga hantar suruh duduk dalam badan aku . Allah, seram . Masa aku type ni pun meremang habis.

Walaupun dah 2 tahun berlalu, masih segar dalam ingatan aku dan bila masa aku teringatkan cik bunga pasti aku dengar gurindam cik bunga . Sampai sini dulu cerita aku , yang baik dari Allah yang kurang dari aku sendiri . Maaf sekali lagi sekiranya ceritaku terlalu panjang dan tidak seseram yang kalian jangkaan. Terima kasih kerana sudi baca cerita aku yang tak seberapa ini assalamualaikum.

Sumber : Fiksyen Shasha

Bini Dah Sarat Mengandung Tinggal Tunggu Hari Je Nak Bersalin. Tergamam Tiba Tiba Dapat Foto Laki Tengah Suka Niiikah Dgan Prmpuan Lain. Mengejutkan Ini Yang Jadi Pada Bini Pertama Buat Lelaki Ini Menyesal.

Foto sekadar hiasan. Tergamak seorang suami lepaskan isteri disaat isteri sedang mengndungkan zuriat sendiri. Inilah yang dikatakan habis madu sepah dibuang. SegaIa pengorbanan selama ni sekelip mata dilupakan setelah kehadiran orang ketiga. Sudahlah berkahwin senyap-senyap dan menghilangkan diri, malah isteri pertama dilepaskan hanya kerana mencari suami untuk menuntut nafkah anak-anak.

Nasib malang menimpa puan ini setelah suami berkahwin lain dengan pilihan keluarga. Anak didalam rahim juga tidak diendahkan. Aku seorang isteri yang mempunyai seorang anak berusia 6 bulan dan sedang hamiI. Kehidupan aku sebagai isteri bahagia sehingga hari raya tahun lepas aku mendapat tahu suami bernikah dengan orang lain yang ternyata pilihan keluarganya. Walaupun aku bukan pilihan keluarga tapi kedua belah keluarga merestui.

Pada raya kedua suami beritahu pada aku dia harus pulang ke kampung untuk menguruskan urusan harta dan tidak mmbenarkan aku ikut kerana aku 7 bulan mengndung. Kampungnya di seberang jadi doktor pun menasihati untuk tidak menaiki kapal terbang. Dua minggu suami di sana. Satu hari kawan aku pm (private message) memberitahu melihat gambar suami aku sedang bernikah. Bila aku melihat sendiri gambar itu, betapa sedihnya hati aku melihat suami aku dengan isteri barunya bersama mak mertua, kakak dan adik ipar aku.

Setelah suami pulang aku minta suami untuk menerangkan segalanya dan suami minta maaf dan berjanji untuk menjadi suami yang lebih adil dengan syarat aku merahsiakan perkahwinan aku dengan suami daripada isteri barunya. Aku maafkan dan terima kerana anak yang sedang aku kndungan dan jugak dia terpaksa akur kata-kata ibunya yang sakit.

Sepanjang dua bulan selepas suami aku menikah, dia jarang pulang kerana untuk menjaga rahsia itu. Walaupun begitu suami aku adil sehinggalah perangai suami mulai berubah. Suami menjadi mrah dengan kerap dan aku mendapati suami aku menipu. Kadang kala aku dan suami brbalah hanya kerana aku minta berjumpa dia. Aku sedih kenapa dia berubah.

Sampai satu saat dia hilang selama dua minggu lalu aku mencari dia dan kerana itu aku dilepaskan secara tergantung. Hanya kerana aku mencari dan menghubungi lantas dia tinggalkan aku. Sekarang sudah tiga bulan suami tinggalkan aku tanpa sebarang nafkah. Dan ternyata isteri baru juga sedang hamiI dan sudah tahu mengenai aku. Aku dicacii semua. Aku sebatang kara dan suami tinggalkan aku tergantung

Sekarang kndungan aku mengalami msalah dan doktor mencadangkan untuk ggurkan demi nywa aku. Aku cuma mahu jumpa suami dan mengubah dia kembali kerana masa kami kenal sehingga berkawin dia tak macam sekarang. Aku yakin dia berubah kerana perempuan itu. Geram dengan perangai lelaki yang macam ni. Anak didalam kndungan tu zuriat sendiri kenapa sanggup abaikan. Anak adalah refleksi kepada sikap kita, jangan terkejut bila dah tua anak tak mengaku sebagai bapa pula.

Reaksi warganet. Perkongsian dari ibu hamil ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Sri Mewangi –Begitulah nasib wanita. Pandai2lah bawa diri jika kena pisah. Kalau masih ada keluarga haraplah keluarga beri sokongan moral. Siti Mariam Abdul Kadir –Suami tak guna. Kalau dia sanggup nikah lain disaat kau mengandungkan anak dia. You better let him go. He is not worth your tears.

Sharifah Nor Al Baity –Teringat kawan saya. Suaminya nikah lain di saat2 dia sedang menanti hari. Cuma bezanya suami berterus terang dia nak nikah lain tapi kawan tak bole nk buat apa sebab sglanya tlh di atur. Hncur lebur perasaan kawan saya ni.

Seminggu lepas suami dia nikah, dia sakit nk bersalin. Tapi malangnya dia macam takde semangat lansung. Dia tak nak teran dalam labour room. Nyawa dia masa tu. Trpksa operasi. Sekarang suami dia dah lepaskan istri kedua atas sebab apa saya tak pst.

Saat Isteri Tengah Tahan Sakit Nak Bersalin Suami Selamba Je Boleh Mengorat Jururawat. Lepas Je Isteri Bersalin Suami Terus Jatuhkan Talak Hanya Kerana Geli Nak Uruskan Isteri.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

SUDAH menjadi lumrah dalam rumah tangga, pasti ada pasang surutnya. Namun pasangan suami isteri harus bertolak-ansur antara satu sama lain dan duduk menyelesaikan masalah dihadapi dari hati ke hati. Jika masing-masing ego, nescaya kemelut itu akan berlarutan sehingga membawa kepada perpisahan dan keretakan rumah tangga.

Menerusi perkongsian seorang peguam, dia mendedahkan realiti sebenar yang dihadapi pasangan suami isteri sehingga membawa kepada perpisahan. Menurut Sheikh Muadz, perkahwinan memang sesuatu yang indah tetapi pelbagai perkara perlu diambil kira jika mahu rumah tangga kekal hingga hujung nyawa.

“Berkahwin memang indah. Tapi perlu difikirkan banyak perkara. Aku ni yang pernah bekerja di firma guaman tahu sangat kes perpisahan di Malaysia ni. Pasal ubat gigi pun boleh pisah,” katanya dalam satu posting di Instagram. Namun Sheikh Muadz terpanggil untuk berkongsi pengalaman seorang jururawat ketika bertugas mengenai gelagat lelaki bergelar suami yang pastinya amat mengejutkan.

Berdasarkan postingnya itu, dia menceritakan bagaimana ada suami yang tergamak mengorat jururawat ketika isterinya bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka. “Di wad, isteri tak sedar diri, sempat mengorat staf yang bertugas. Kat labour room isteri nak bersalin, call suami suruh masuk tengok… suami reply ‘OK selamat berjaya’,” katanya.

Ceritanya lagi, lebih menyedihkan ada isteri dijatuhkan talak oleh suami gara-gara mengalami kecctan. Malah lelaki tersebut juga enggan menguruskan persalinan isterinya yang kini terlantar lemah di katil kerana alasan menyusahkan.

“Kat wad suami geli dengan najis isteri, tak nak tukar pampers atau tolong staf tukarkan pun. “Di wad, jatuh talak sebab isteri dah cacat,” katanya. Jelas Sheikh Muadz lagi, terdapat suami yang membiarkan isteri mereka berpantang seorang diri dalam keadaan bayi kena jaundis.

“Kat rumah pesakit (melawat rumah ke rumah postnatal) suami biar isteri sorang-sorang berpantang dengan anak jaundice. “Dia relax tengok TV. Alasan anak ketiga so pandai-pandailah si isteri,” katanya. Menerusi pendedahan jururawat tersebut, Sheikh Muadz turut kecewa apabila ada suami yang sanggup memaksa isteri melayan nafsu mereka selepas bersalin.

“Kat klinik ibu dan anak, episiotomy (jahitan di alat sulit selepas melahirkan) terbuka sebab… suami… hmmm tak tahan,” ceritanya. Tegas Sheikh Muadz, perkongsian tersebut bukan untuk menakut-nakutkan mereka yang bakal mendirikan rumah tangga tetapi membuka mata orang ramai mengenai realiti yang berlaku hari ini.

“Tujuan post ini bukan untuk menakutkan cuma untuk membuka mata masyarakat bahawa perkahwinan itu bukan hanya terhad pada malam pertama sahaja. “Kepada yang belum ada calon, usah terburu. Kenal hati budi dahulu. Jangan hanya kerana konon mahu terlalu ikut Islam, pasangan dipilih secara membuta tuli.

“Islam juga suruh kita siasat latar belakang mereka melalui orang tengah. Bukan kenal satu dua hari terus nikah atas alasan jaga ikhtilat. Itu Islam ikut pemahaman kamu sendiri. Fikir-fikirkan,” katanya. Posting Sheikh Muadz menjadi tular di media sosial.

Perkongsian tersebut yang turut tular di Twitter mendapat pelbagai respons dalam kalangan warganet. “Kesian kan. Perempuan bila dah kahwin umpama hidup dia dijadikan taruhan. Tengoklah kalau nasib baik Alhamdulillah, kalau tak? Dianiaya… dapat lelaki baran tak ada sifat kesian semua benda nak kena hadap nanti,” kata Sha.

“Jenis masa bujang pinggan makan mak basuhkan, baju kotor campak, lepak hari-hari tak ada tanggungjawab, si ibu cakap laki kahwin takut bini nak beli PS5. Kalau kahwin, main game anak nangis berak nak makan buat pekak. Marriage come with responsibility, ada duit rupa tak ke mana. Emo pulak sis,” kata Atia.

Sumber: mStar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *