Hiburan Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Unlock Face ID telefon sampai terlupa pakai mask, gadis dikompaun RM500 akui salah sendiri… kecoh pula hal buka aurat

JADIKAN sebagai pengajaran.

Demikian kata Alia Armani Muhd Taqdir apabila dia dikenakan kompaun oleh penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akibat membuka topeng muka di Stesen KTM Alor Setar, Kedah pada Rabu.

Kisah mengenai pelajar berusia 20 tahun itu menjadi tular setelah dia berkongsi pengalaman berkenaan menerusi dua video TikTok pada hari sama.

Mesra disapa Alia, dia mengakui tidak terlepas menerima kecaman netizen apabila ada yang memperkatakan mengenai penampilannya dalam video itu.

“Masa tu saya tengah tunggu tren untuk ke Sungai Petani. Saya duduk dalam tempat yang ada aircond. Saya buka mask sekejap sebab nak unlock Face ID telefon. Kalau pakai mask susah nak detect.

“Ralit main telefon, saya lupa nak pakai semula sehinggalah dihampiri pegawai penguat kuasa.

Video yang dikongsi di TikTok.

“Saya kongsi pengalaman di TikTok lepas dapat surat tu. Ada pula orang komen kecam kata saya tak bertudung.

“Orang kaitkan pasal aurat sedangkan tak ada kena mengena dengan video itu,” ujarnya kepada mStar.

Menurut penuntut bidang Pengurusan Perniagaan itu, dia reda dengan kejadian itu dan mengambil ia sebagai satu peringatan diri.

Malah katanya, dia menerima segala komen dengan hati terbuka dan berharap ia menjadi pengajaran buat orang lain juga.

Antara komen diterima.

“Saya kongsi dua video mengenai kes itu di TikTok. Dalam satu malam, dah lebih 400,000 tontonan. Memang terkejut. Tapi saya dah private video tu.

“Saya tak kisah sangat orang komen, tak kecil hati pun. Salah diri sendiri juga sebab main telefon.

Kata Alia, dia reda dengan kejadian itu.

“Pesan saya, jangan buka mask sesuka hati, lagi-lagi di tempat awam,” ujarnya yang turut mengusahakan produk kecantikan sendiri.

Kata Alia lagi, dia pada Khamis telah berkunjung ke Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar untuk menyelesaikan kompaun berkenaan dan diarahkan membayar RM500 sahaja.

sumber : coretandiariviral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Sementara itu, dibawah ini ada lagi artikel menarik untuk anda ikuti

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *